Kenaikan kadar pos telah memberi pulangan tarif yang tertunggak selama 10 tahun kepada Pos Malaysia Bhd, kata bekas Pengerusi Persatuan Perbankan Islam dan Institusi Kewangan Malaysia Datuk Mohd Redza Shah.
"Tarif pos kita mungkin merupakan antara yang termurah di dunia, ia juga menjadi penyebab utama yang menjelaskan kepada anda bahawa sudah sampai masa untuk membuat perubahan," katanya kepada Bernama.
Sekarang ini sudah wujud banyak pembangunan perumahan baharu yang memerlukan lebih banyak penghantaran surat, oleh itu, kos penghantaran menjadi lebih tinggi.
Beliau menerangkan, perniagaan kurier Pos Malaysia membabitkan penghantaran barangan ke mana-mana tempat di negara ini termasuk di luar bandar.
"Syarikat seperti DHL dan lain-lain (sebaliknya) tidak membuat penghantaran sedemikian, mereka memilih... jika melibatkan kawasan terpencil, mereka tidak mahu menanggung kos yang tidak memberikan perkhidmatan yang tidak menguntungkan. Tanggungjawab ini terpaksa dipikul oleh Pos Malaysia.
"Dalam industri perbankan pula, daripada segi kos penghataran surat-menyurat, mereka telah membuat banyak penjimatan memandangkan bil kini dihantar dalam talian dan bank menggalakkan pelanggan mereka untuk melakukan semakan penyata atas talian.
"Bagaimanapun, sesetengah pelanggan mungkin meminta penyata mereka dihantar setiap enam bulan. Jadi, pada dasarnya, ia bergantung di atas permintaan pelanggan," katanya sambil menambah bahawa kos menghantar penyata adalah sangat tinggi kerana penyata terpaksa dicetak dan dilipat, malahan ia mempunyai keburukan jika ia dibuka oleh orang lain, maklumat pemilik akaun akan terbongkar.
Beliau menggalakkan orang ramai untuk memilih penyata dalam talian bagi mengelakkan sebarang isu kerahsiaan.
Satu-satunya keadaan yang melibatkan kos penggunaan pos adalah apabila pelanggan tidak melunaskan tanggungjawab mereka, jadi pihak bank terpaksa memberi peringatan melalui telefon beserta peringatan fizikal dalam bentuk kenyataan atau emel.
Beliau ketika ditanya siapa yang perlu menanggung kos-kos ini, menjelaskan ia sebenarnya dibayar oleh pelanggan sendiri kerana mereka yang bersetuju untuk berbuat demikian melalui opsyen penerimaan penyata, sama ada secara tradisional atau bil elektronik.
"Sama seperti menggunakan buku cek, jika anda ingin menggunakan buku cek, pihak bank akan mengenakan caj 50 sen (untuk memproses cek), tetapi anda diberi pilihan untuk membuat pemindahan dalam talian tanpa sebarang kos. Pada pendapat saya, pengguna perlu menyerap kos-kos ini kerana opsyen sudah diberikan kepada mereka," katanya.
Pada Selasa, Pos Malaysia telah mengumumkan kadar pos baharu untuk surat berdaftar, mel komersil dan bungkusan kecil di bawah dua kilogram, berkuatkuasa 1 Feb 2020.
Kadar baharu ini disebabkan daripada kenaikan kos operasi serta peningkatan struktur kadar antarabangsa oleh Universal Postal Union.
Kadar setem untuk mel komersil akan meningkat sebanyak 70 sen kepada RM1.30 dan harga bagi peti surat peribadi komersil akan naik sebanyak RM150 kepada RM200 setahun, sementara pos mel berdaftar komersial akan bertambah sebanyak 90 sen kepada RM3.10 dan mel berdaftar bukan komersil dinaikkan sebanyak 20 sen kepada RM2.40.
Kenaikan harga bungkusan kecil di bawah 2 kilogram dibuat berdasarkan kepada keputusan kongres luar biasa UPU di Geneva pada September 2019, yang mana perkhidmatan pos antarabangsa menyaksikan peningkatan dalam kos batuan terakhir sehingga 30 peratus mulai Januari 2020, manakala penghantaran batuan terakhir di Amerika Syarikat menokok sebanyak 210 peratus pada Julai 2020.
Pos Malaysia berkata, kadar pos untuk pengguna mel peribadi dan bukan komersial akan dikekalkan pada tahap 60 sen. Harga peti surat peribadi bukan komersil turut tidak berubah.
Kali terakhir, tarif pos mengalami perubahan adalah pada 2010.
Sebelum ini, RHB Investment Bank menjangkakan Pos Malaysia Bhd akan mencatatkan pemulihan dan meraih keuntungan dalam tempoh terdekat berikutan kenaikan kadar pos.
"Disebabkan perubahan kadar, kami mengunjurkan Pos Malaysia akan merekodkan keuntungan dalam tahun kewangan 2021, dirangsang oleh pemulihan dalam pendapatan perkhidmatan pos serta perniagaan antarabangsa, yang telah mencatat kerugian bersegmen sebanyak RM115.7 juta dan RM16 juta pada separuh pertama tahun kewangan 2020," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 29 2020

Pada Selasa, Pos Malaysia mengumumkan kadar pos baharu untuk surat berdaftar, mel komersil dan bungkusan kecil di bawah dua kilogram, berkuatkuasa 1 Feb 2020. - Gambar hiasan

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

Petronas keluarkan amaran scam pelaburan palsu guna nama CEO, syarikat tanpa kebenaran
Petronas berkata ia mengambil maklum mengenai satu penipuan pelaburan melibatkan penggunaan tanpa izin bagi nama dan logo syarikat.

KPDNHEP, platform e-dagang bekerjasama bendung penjualan minyak masak dalam talian
KPDNHEP bekerjasama dengan beberapa penyedia platform e-dagang tempatan dalam usaha membendung aktiviti penjualan minyak masak secara dalam talian.

Dua sekolah di Sanglang ditutup, pembelajaran dijalankan atas talian - MB Perlis
Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man menjelaskan, ia sebagai satu langkah yang perlu dilaksanakan.

KLWBC 2020: Raikan pesta buku atas talian terbesar di Malaysia
Tahun ini Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2020 yang dibatalkan akibat persekitaran Covid-19 pada April lalu.

Normal Baharu: Temu janji doktor dan pesakit secara dalam talian
IJN sedang melakukan kajian bagi membolehkan pesakit tidak perlu ke hospital sebaliknya hanya melakukan temujanji dalam talian.

Normal baharu: Prosiding Mahkamah Rayuan disiar secara langsung bermula esok
Buat pertama kalinya dalam sejarah badan kehakiman negara, pendengaran kes di Mahkamah Rayuan akan disiarkan secara langsung dalam talian.

Masyarakat Sikh sambut tahun baharu secara maya melalui e-Vaisakhi
Selain merupakan tahun baharu kepada masyarakat Sikh, Vaisakhi juga merupakan festival menuai musim bunga.

COVID-19: Ketika atau selepas PKP, seniman jangan berhenti berkarya - Nizam Rahmat
Nizam berharap seniman tidak berhenti berkarya biarpun pameran fizikal tidak dapat diadakan.

Berniaga dalam talian, pasarkan di kawasan kejiranan cara terbaik 'cari makan' semasa PKP
Melalui kaedah itu, peniaga dapat memastikan bahawa barangan, terutama makanan untuk juadah berbuka, yang dipesan oleh pelanggan sampai dengan cepat.

KWSP Jalan Raja Laut ditutup bagi proses disinfeksi bermula Selasa
Penutupan pejabat itu adalah susulan seorang ahli KWSP disahkan positif COVID-19 dan dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut.