KUALA LUMPUR: Kenaikan gaji penjawat awam walaupun dalam jumlah yang sedikit dapat membantu mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat ketika ini.
Bagaimanapun, apa juga jumlah yang akan diumumkan kelak, kawalan terhadap harga barangan pada masa sama perlu diberi perhatian supaya rakyat dapat terus hidup dalam kesejahteraan dan tidak terbeban.
Di Ipoh, Penolong Penguasa Bomba Pejabat Zon 3, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak Muhammad Saffuan Abdul Razak, 39, berkata kenaikan gaji penjawat awam ialah langkah terbaik dalam meningkatkan kesejahteraan kehidupan rakyat.
"Kenaikan gaji ini memberi motivasi kepada kami untuk meningkatkan produktiviti dalam menjalankan tugasan seharian tapi kami juga berharap kawalan harga barangan tetap diberi keutamaan," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Muhammad Saffuan berkata kenaikan harga barangan jika tidak dikawal akan terus memberi tekanan kepada orang ramai sekali gus menjadikan kenaikan gaji itu tidak dapat dinikmati.
Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan berusaha untuk menaikkan sedikit gaji penjawat awam menerusi Belanjawan MADANI kedua yang akan dibentangkan di Parlimen Oktober ini.
Anwar berkata ia sebagai langkah sementara, sehingga kajian menyeluruh berhubung skim gaji dan persaraan penjawat awam selesai dilakukan, yang dijangka pada tahun depan.
Bagi Suzairi Mansor, 43, pengumuman Perdana Menteri itu jelas memperlihatkan keprihatinan dan kesungguhan Kerajaan Perpaduan membantu rakyat mendepani cabaran kos sara hidup yang meningkat terutama di bandar-bandar besar.
"Penjawat awam di bandar besar memerlukan perbelanjaan lebih tinggi dan kenaikan gaji meningkatkan semangat penjawat awam untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat," kata kakitangan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Perak itu.
Sementara itu, seorang penjawat awam di Kota Bharu, Kelantan, Syazwan Zaki, 32, berpandangan upah, gaji dan elaun yang diterima penjawat awam perlu setimpal serta seiring dengan peningkatan kos sara hidup dan keadaan ekonomi semasa.
"Inisiatif ini perlu memandangkan ekonomi semasa dan taraf hidup semakin meningkat naik. Tambahan pula kepada mereka yang mempunyai banyak komitmen termasuk tanggungan anak-anak dan sebagainya," katanya.
Bagi Rosnoorhusna Abdul Rahman, 36, kesungguhan Perdana Menteri itu dapat mengurangkan ketidakcukupan pendapatan seterusnya mengangkat isu kebajikan penjawat awam yang merupakan tulang belakang negara.
Bagaimanapun, beliau yang mengajar di Kota Bharu berharap sekiranya usaha itu dilaksanakan kelak, ia dapat dinikmati setiap penjawat awam tanpa ada keciciran selain tidak berlaku penambahan tugas-tugas termasuk tugas pengkeranian.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 13 2023
Seorang pengguna berkata, kenaikan harga barangan jika tidak dikawal akan terus memberi tekanan kepada orang ramai sekali gus menjadikan kenaikan gaji itu tidak dapat dinikmati. - Gambar hiasan/BERNAMA
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Belanjawan 2025: KPDN manfaat peruntukan untuk gerak agenda tangani ketirisan
KPDN akan menggunakan peruntukan dalam Belanjawan 2025 untuk menggerakkan agenda menangani ketirisan melalui pemantauan dan penguatkuasaan.
Kajian rapi perlu kait bantuan tunai dengan inflasi - Pakar
Walaupun mengaitkan bantuan tunai dengan inflasi adalah langkah wajar, ia tidak seharusnya diikat terus kepada kadar inflasi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 18 Oktober 2024.
Belanjawan 2025: RM1 bilion tangani kos sara hidup
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia meliputi Program Payung Rahmah yang ditingkatkan peruntukan kepada RM300 juta berbanding RM200 juta sebelum ini.
Kerajaan dijangka umum Perintah Gaji Minimum baharu dalam Belanjawan 2025 – Pakar
Kerajaan dijangka mengumumkan Perintah Gaji Minimum (PGM) baharu dalam Belanjawan 2025 pada 18 Oktober akan datang.
PJRM bakal diperluas ke pasar awam - Armizan
KPDN akan memperluas pelaksanaan Program Jualan Rahmah Madani di pasar awam secara bersasar yang dijangka bermula Oktober ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 20 September 2024.
Kerajaan Perpaduan fokus tangani isu rakyat, ekonomi - Fahmi
Menjelang 22 bulan pentadbiran, Kerajaan Perpaduan kekal fokus pada usaha menangani masalah rakyat terutamanya mengenai kos sara hidup.
PM Thailand gariskan dasar komprehensif untuk majukan negara
Paetongtarn menegaskan bahawa kerajaan akan segera menangani isu-isu seperti hutang isi rumah, kos sara hidup dan pendapatan yang ketinggalan.
Anwar akur kos sara hidup masih membelenggu rakyat
Anwar terima kenyataan walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk menangani isu kos sara hidup dan mengawal inflasi, ia masih menjadi masalah utama rakyat.