SUNGAI SIPUT: Kemunculan 'pak belang' di laluan utama ke Pos Kuala Mu, Selasa lalu tidak menjejaskan operasi ekopelancongan Orang Asli suku Temiar terlibat.
Pengurus chalet Kampung Bersah, Hassan Busu berkata, pihaknya masih menerima tempahan dan kehadiran pengunjung meskipun video harimau belang itu tular di media sosial.
Menurutnya, lokasi penemuan haiwan itu terletak sekitar lebih 18 kilometer daripada kawasan chalet.
"Kita ada menerima panggilan daripada pelanggan bertanyakan perkara itu selepas video harimau itu tular.
"Setakat ini tiada pula yang membatalkan tempahan menginap di chalet kami.
"Hutan sekitar sini merupakan habitat hidupan liar, namun tidaklah menghampiri penempatan penduduk terutama di Pos Kuala Mu ini cuma lokasi harimau ditemui itu lebih hampir dengan penempatan di RPS Legap," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini pada Khamis.
Kata Hassan, pihaknya memberi jaminan kampungnya selamat dikunjungi oleh pelancong.
"Perkara ini sudah mendapat perhatian Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak yang mengawal selia insiden berkaitan haiwan liar.
"Berdasarkan maklumat yang diterima, kumpulan harimau belang itu sudah kembali ke dalam hutan berdasarkan jejak yang ditemui," katanya.
Terdahulu, tular rakaman berdurasi tujuh saat memaparkan kelibat binatang buas itu.
Sementara itu, penduduk, Moleh M Rapi, 34 berkata, biarpun ketakutan, dia sempat merakam video harimau belang yang bersantai di tepi jalan ketika menuju ke rumahnya.
Menurutnya, sekitar jam 6.30 petang itu, terdapat empat harimau berada di kawasan itu dengan salah seekor menghampiri pacuan empat roda dipandunya.
"Kehadiran haiwan itu awalnya disedari oleh anak saudara perempuan yang menunggang motosikal. Dia berpatah balik dan menghubungi ayahnya untuk meminta bantuan.
"Bimbang keselamatannya saya turun ambil dan bertembung dengan haiwan itu. Semasa naik semula, harimau itu masih lagi ada di tepi jalan dan ketika itulah saya ambil video dan semuanya bersaiz besar," katanya.
Tok Batin Kampung Bersah, Hadu Long berkata, dia sentiasa mengingatkan penduduk untuk bergerak secara berkumpulan ketika memasuki hutan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
"Saya berpesan kepada anak-anak buah supaya jangan bergerak ketika waktu gelap dan segala urusan perlu dilakukan pada waktu siang.
"Kalau berkunjung ke sini lebih baik menaiki kereta berbanding bermotosikal agar keselamatan lebih terjamin," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Nov 03 2023
Tangkap layar video kemunculan empat harimau belang di laluan utama menuju ke Pos Kuala Mu, Sungai Siput, baru-baru ini. Gambar kanan: Hassan
Framing sustainable business as a gift for the future
Reflecting on 2024, businesses can turn key learnings into actionable steps to make sustainability a central part of their plans for the year ahead. Hoe can businesses can integrate sustainability into daily operations, making it a consistent driver of growth and positive change. Together with Associate Consultant at Tata Consultancy Services, Wan Dazriq explores on forward-thinking strategies for a sustainable and innovative 2025.
Lelaki maut selepas tikam bekas kekasih
Suspek yang cuba melarikan diri dari pihak berkuasa, bertindak terjun pada ketinggian 10 meter dan disahkan meninggal dunia.
Angka kematian akibat Taufan Chido meningkat kepada 39 orang
Pihak berkuasa Perancis menjangkakan ribuan lagi mungkin telah terkorban akibat taufan itu yang melanda Mayotte.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [25 Disember 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Nursyazwani Saiful Sham
1. PM mahu usaha tanam bibit pertentangan kaum dielakkan
2. Op Pedo: 13 lelaki miliki pornografi, bahan deraseksual kanak-kanak ditahan
3. Nahas Ayer Keroh, ambil kira aspek keselamatan di jalan raya
1. PM mahu usaha tanam bibit pertentangan kaum dielakkan
2. Op Pedo: 13 lelaki miliki pornografi, bahan deraseksual kanak-kanak ditahan
3. Nahas Ayer Keroh, ambil kira aspek keselamatan di jalan raya
Harmony Kitchen Gaza salur makanan kepada 4,000 penduduk sehari
Rakyat Malaysia tidak lupa untuk terus memberi sumbangan bagi meringankan beban yang ditanggung mangsa.
Aktiviti tentera Israel pengaruhi pembunuhan enam tebusan
Perbincangan antara Israel dan Hamas untuk mendapatkan pembebasan 100 tebusan yang ditahan di Gaza masih berlangsung.
163 pekerja China seperti hamba di tapak kilang BYD Brazil
Para pekerja tersebut telah diupah oleh sebuah syarikat lain di China sebelum dibawa ke Brazil secara tidak sah.
Taufan Chido: Angka kematian meningkat kepada 39 orang
Pihak berkuasa Perancis meningkatkan angka kematian di Mayotte kepada 39 daripada 35 orang, kira-kira 10 hari selepas pulau itu dilanda Taufan Chido yang dahsyat.
Kes selesema burung menular di seluruh England
Ladang burung di sepanjang pantai timur England terpaksa melaksanakan langkah pencegahan selesema burung berikutan beberapa kes dikesan dalam wabak baharu virus tersebut.
Buruh paksa: 163 pekerja China seperti hamba di tapak kilang BYD Brazil
Pihak berkuasa Brazil menemui seramai 163 warga China yang bekerja dalam keadaan seperti hamba di sebuah tapak pembinaan kilang milik pengeluar kenderaan elektrik China, BYD, di negeri Bahia.
Pos Kuala Mu destinasi ekopelancongan mampan
Peningkatan aktiviti serta pembangunan ekopelancongan di Pos Kuala Mu, di sini mampu meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat Orang Asli Suku Temiar.
Kemunculan harimau: 'Setakat ini tiada yang batalkan tempahan di Kuala Mu'
Kemunculan 'pak belang' di laluan utama ke Pos Kuala Mu, Selasa lalu tidak menjejaskan operasi ekopelancongan Orang Asli suku Temiar terlibat.