KOTA KINABALU: Sebelas pemilik syarikat masing-masing didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen Khas Rasuah hari ini selepas mengaku mengemukakan penyata akaun palsu bagi mendapatkan tender perkhidmatan bekalan makanan bermasak asrama sekolah bernilai lebih RM25.79 juta.
Rosnah Lutok (33), Menly Masikar (31), Erar Angsabung (53), Tekenah Aring (36), Naima Omopor (47), Darius Pengeran (29), Amira Atirah (25), Irwan Gintaun (34), Asrin Songorou (29), Pulali Angsabung (31) dan Sahadi Andawai (23) membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.
Mereka didakwa menggunakan dokumen palsu sebagai tulen iaitu penyata bank yang dikemukakan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah untuk mendapatkan tender di bawah Kementerian Pendidikan di beberapa daerah di negeri itu.
Setiap tertuduh berdepan tiga pertuduhan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan dihukum mengikut Seksyen 468 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Mahkamah memerintahkan tertuduh membayar RM5,000 bagi setiap pertuduhan dan mereka membayar denda itu.
Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Nurul Izzati Sapifee manakala semua tertuduh diwakili peguam Datu Baginda Datu Laja.
Di mahkamah sama, dua lagi individu mengaku bersalah atas tiga pertuduhan mengemukakan dokumen palsu bagi mendapatkan tender membekal dan menghantar bahan makanan ke Hospital Kota Belud untuk 2017 hingga 2018 berjumlah lebih RM1.29 juta.
Emeylina Tanggauh, 38, dan sepupunya Faizal Mingin, 40, turut didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan dihukum mengikut Seksyen 468 kanun sama.
Kedua-dua tertuduh, yang tidak diwakili peguam, didenda RM5,000 bagi setiap pertuduhan.
Mereka membayar denda itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 19 2022

Mereka didakwa menggunakan dokumen palsu sebagai tulen iaitu penyata bank yang dikemukakan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. - Gambar hiasan

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Penjawat awam salah guna kuasa, dapatkan kerja pembekalan untuk suami
SPRM menahan reman seorang penjawat awam disyaki menyalahgunakan jawatannya untuk mendapatkan kerja-kerja pembekalan barang keperluan logistik sekolah daripada syarikat milik suaminya.

Kemuka penyata akaun palsu tender sekolah RM25.79 juta, 11 pemilik syarikat didenda RM15,000
Mereka mengaku mengemukakan penyata akaun palsu bagi mendapatkan tender perkhidmatan bekalan makanan bermasak asrama sekolah bernilai lebih RM25.79 juta.