Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menawarkan pelbagai hadiah bernilai hampir RM240,000 untuk 39 pemenang menerusi Kempen Stay Safe Win SSPN-i 2021 yang dilancar hari ini.
Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata hadiah utama yang ditawarkan ialah sebuah kereta Proton X50 bagi kategori Platinum, Perodua Myvi 1.5cc bagi kategori Gold dan motosikal Yamaha Y15zr untuk kategori Silver.
Pemenang tempat kedua, ketiga dan sagu hati bagi setiap kategori juga berpeluang memenangi hadiah seperti barangan kemas, komputer riba dan wang tunai.
“Kempen ini terbuka kepada pendeposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) yang membuka akaun dan membuat penambahan deposit dalam tempoh promosi, mulai 1 Jun sehingga 30 Sept 2021,” katanya dalam ucapan pelancaran kempen itu di Facebook PTPTNOfficial, hari ini.
Menjelas lanjut, beliau berkata untuk menyertai kempen tersebut, pelanggan hanya perlu membuka akaun atau membuat penambahan deposit minimum RM200 dalam tempoh promosi dan mengekalkannya (tidak mengeluarkan deposit) selama tiga bulan selepas tamat tempoh promosi iaitu bermula 1 Oktober hingga 31 Dis 2021.
Ahmad Dasuki berkata setiap simpanan bernilai RM50 akan melayakkan pendeposit mendapat satu cabutan dan penyertaan adalah secara automatik.
Jelasnya, pelancaran kempen itu adalah usaha PTPTN agar rakyat Malaysia sentiasa mengutamakan simpanan demi masa depan di samping mengamalkan penjagaan kesihatan diri dan keluarga dalam menghadapi cabaran COVID-19.
“Norma baharu kini menuntut amalan bekerja dari rumah, pembelajaran secara dalam talian dan duduk di rumah dan situasi ini sedikit sebanyak telah membantu mengurangkan perbelanjaan tertentu seperti kos perjalanan, hiburan dan aktiviti sosial.
“Oleh itu, adalah sangat wajar bagi ibu bapa untuk merancang perbelanjaan serta pengurusan kewangan keluarga sebaiknya dan memastikan sebahagian daripada perancangan kewangan itu disimpankan untuk masa depan anak-anak,” katanya.
Pembukaan dan penambahan simpanan SSPN boleh dibuat secara dalam talian di www.lovesspn.com.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 12 2021

PTPTN menawarkan pelbagai hadiah bernilai hampir RM240,000 untuk 39 pemenang menerusi Kempen Stay Safe Win SSPN-i 2021. - Foto PTPTN

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Kempen Stay Safe Win SSPN-i 2021, tawar hadiah bernilai hampir RM240,000
Hadiah utama sebuah kereta Proton X50 bagi kategori Platinum, Perodua Myvi 1.5cc bagi kategori Gold dan motosikal Yamaha Y15zr untuk kategori Silver.

Dividen 4 peratus buat pendeposit SSPN
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini mengumumkan pengagihan dividen 4 peratus bagi pemilik akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) 2019.

Dividen SSPN kekal 4 peratus, PTPTN perkenal Ganjaran Kesetiaan SSPN-i
Ganjaran Kesetiaan sebagai tambahan ganjaran kepada dividen tahunan pada kadar 0.5 peratus setahun atas simpanan yang dibuat dalam tempoh promosi.

PTPTN yakin konsisten beri dividen empat peratus pada pemegang akaun SSPN-i
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yakin dapat mengekalkan secara konsisten pemberian dividen sebanyak empat peratus kepada 2.7 juta penyimpan akaun SSPN-i.

PTPTN sasar lebih RM550 juta deposit bagi SSPN-i
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyasarkan lebih RM550 juta deposit bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional SSPN-i mampu dicapai bagi tahun ini.

PTPTN: Kerajaan ketepi NPL demi pastikan rakyat nikmati pendidikan tinggi
Kerajaan sanggup mengetepikan Hutang Tidak Berbayar (NPL) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) demi memastikan rakyat dapat menikmati peluang pendidikan sehingga ke tahap tertinggi.

2,000 pelajar terima akaun percuma SSPN-i
Sebanyak 2,000 akaun deposit SSPN-i telah diberikan secara percuma kepada pelajar Tahun 1 dan pelajar kategori B40 di sekitar daerah Bagan Datuk.