KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil Kementerian Pertahanan (Mindef) berhubung kemajuan projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pada September ini.
Pengerusinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata tindakan itu adalah bagi mendapatkan penjelasan berkenaan kemajuan projek pembinaan LCS bagi bulan Jun hingga September tahun ini.
"PAC akan membentangkan dua laporan berkenaan dengan kemajuan Projek LCS yang akan menyentuh kemajuan pembinaan LCS yang dicapai daripada bulan Oktober 2022 sehingga Mei 2023 dan dari Jun sehingga September 2023.
Laporan itu akan dibawa pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Parlimen ke-15 yang akan diadakan pada 9 Oktober hingga 30 November untuk dibahaskan," katanya pada sidang media di Parlimen, di sini hari ini.
Mengenai prosiding PAC berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021 Siri 2, beliau berkata seperti yang dimaklumkan pada 8 Jun lepas, PAC memanggil beberapa kementerian untuk mendapatkan penjelasan.
Ia termasuk Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) bagi isu kelemahan dalam terimaan dana berbentuk kewangan dan aset serta bayaran tidak teratur Skim Subsidi Harga Padi, semalam.
Menurutnya, Kementerian Kesihatan (KKM) pula dipanggil hari ini, membabitkan isu sejumlah 1.1 juta dos vaksin luput tempoh hayat setakat 30 April 2022 selain 93 unit ventilator yang tidak dapat digunakan dan nisbah penggunaan pelindung but dan sut perlindungan.
"Buat masa ini PAC sudah mendengar penjelasan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan Kementerian Kesihatan. PAC juga komited untuk membentangkan laporan berkenaan dengan isu ini untuk dibahaskan pada Mesyuarat Ketiga nanti," katanya.
Dalam pada itu, Mas Ermieyati berkata pihaknya memandang serius terhadap perbuatan menyiarkan apa-apa keterangan dan dokumen yang dikemukakan kepada PAC sebelum laporan itu dikemukakan kepada Majlis Parlimen.
"Perbuatan ini jelas melanggar Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat 85 dan Akta 347 sekali gus, menganggu siasatan, rumusan serta syor PAC.
Oleh demikian, saya menyeru semua pihak terutamanya pihak media untuk mendapatkan perkembangan prosiding daripada pihak PAC sendiri terutamanya daripada saya. Hormati siasatan prosiding PAC dengan tidak mendapatkan berita sumber yang tidak diterima," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 15 2023
Mas Ermieyati berkata tindakan itu adalah bagi mendapatkan penjelasan berkenaan kemajuan projek pembinaan LCS bagi bulan Jun hingga September tahun ini. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
MyDigital ID: Memperluas integrasi perkhidmatan, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluaskan integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet.
Nurul Izzah dijemput penganjur ke luar negara atas kapasiti Pengarah Seri
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, selain Nurul Izzah, Pengerusi ISIS Datuk Prof Dr Mohd Faiz Abdullah turut dijemput oleh penganjur.
Masters China: Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin hanya perlukan 31 minit untuk mara ke separuh akhir!
Pemain beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, terus mencipta kejutan apabila melangkah separuh akhir Masters China di Shenzen.
Kabinet tidak bincang cadangan hari bekerja 4 hari setengah seminggu di Johor
Jelas Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, kemungkinan serba sedikit akan diteliti menerusi Annual Leaders' Retreat yang akan diadakan pada 8 dan 9 Disember depan.
Rakyat tidak perlu khuatir keupayaan ATM tangani isu di Laut China Selatan - Penganalisis
Rakyat Malaysia tidak perlu khuatir dengan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam menangani konflik sempadan di perairan Laut China Selatan.
KD Pendekar karam: Mindef tunggu laporan penuh - Khaled
Mindef sedang menunggu laporan penuh insiden kapal KD Pendekar milik TLDM yang tenggelam di Tenggara Tanjung Penyusop, di Kota Tinggi semalam.
Perhimpunan LCS: Setiausaha Agung MUDA dibenar rujuk persoalan berkaitan Akta Perhimpunan Aman 2012
Mahkamah Persekutuan akan tentukan keabsahan peruntukan Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman berkait pertuduhan ke atas Setiausaha Agung Muda.
Projek LCS: Bekas Pengarah Urusan BNS gagal batal tuduhan pecah amanah RM21 juta
Ahmad Ramli gagal dalam permohonannya untuk membatalkan tiga pertuduhan pecah amanah dana syarikat berkaitan projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
LKAN: Proses perolehan LCS merujuk pembinaan terdahulu - Mohamed Khaled
Laporan Ketua Audit Negara berhubung proses pelaksanaan perolehan LCS yang dikatakan berada pada tahap rendah adalah merujuk kepada status pembinaan terdahulu.
Status kemajuan LCS 1 kini 75 peratus, LCS 2 pula 64.66 peratus - Khaled
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, status tersebut merupakan yang terkini dilaporkan pada beliau, iaitu sehingga Mei 2024.
Kapal LCS pertama berjaya diluncurkan ke air
Kapal Tempur Pesisir (LCS) pertama telah berjaya diluncurkan ke permukaan air di Lumut Naval Shipyard (Lunas) pada 23 Mei lalu.
Penjualan kepentingan BHIC dalam syarikat kontraktor LCS kini bertukar menjadi 'tanpa syarat'
Dengan kelulusan pemegang saham, semua syarat terdahulu seperti yang dinyatakan dalam SSA telah dipenuhi, kata BHIC.
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Perolehan kumpulan kedua tiga LMS dijangka dimuktamadkan tahun ini - Khaled
Mohamed Khaled berkata pembinaan LMS dijangka mengambil masa tiga tahun selepas proses perolehan tersebut selesai.