PUTRAJAYA: Kementerian Komunikasi dan Digital memerlukan masa beberapa minggu bagi membincangkan pelaksanaan perkhidmatan teknologi 5G di Malaysia melibatkan Digital Nasional Berhad (DNB).
Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Kewangan (MoF) pada Isnin depan dan beliau berharap maklumat daripada pertemuan itu dapat dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri secepat mungkin.
Menurutnya, dalam mesyuarat pada pagi Rabu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyentuh isu berkenaan terutamanya dari aspek penilaian teknikal bagi memastikan pelaksanaannya tidak terganggu.
“Ini yang Perdana Menteri telah nyatakan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pagi tadi bahawa MoF dan Kementerian Komunikasi, kita perlu adakan penilaian teknikal dan meneliti beberapa aspek untuk memastikan pelaksanaan rangkaian 5G ini tidak terganggu.
“Kita tak mahu terganggu, kalau boleh kita nak percepatkan. Kita lihat banyak negara lain, tahap pelaksanaan, mungkin ada yang sudah selesai malah ada negara yang mula bercakap tentang 6G.
“Pada masa sama, kita tahu ada beberapa isu berkaitan syarikat tersebut (DNB). Itu sebabnya Perdana Menteri mengarahkan kami untuk meneliti perkara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Komunikasi dan Digital di sini pada Rabu.
Dalam pada itu, Fahmi menegaskan projek tersebut tidak digantung sebaliknya kementerian akan meneliti syarikat yang terbabit dalam pelaksanaan teknologi tersebut.
“Setakat 31 Oktober 2022, DNB meneruskan kerja pembangunan infrastruktur 5G dengan sejumlah 2,715 tapak 5G telah disiapkan merangkumi 36 peratus liputan di kawasan berpenduduk,” ujarnya.
Katanya lagi, kementerian memandang serius perkara tersebut, bukan hanya dari aspek teknikal tapi juga undang-undang bagi memastikan perkhidmatan itu dapat dilaksanakan segera.
Ridauddin Daud
Wed Dec 07 2022
Kementerian Komunikasi dan Digital akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Kewangan pada Isnin depan. - Gambar fail
Jutaan rakyat Amerika tunai tanggungjawab
Jutaan rakyat Amerika Syarikat mula membuang undi mereka pada Selasa ketika pusat mengundi dibuka di seluruh negara itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 5 November 2024.
10 Berita Pilihan - (5 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 6 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
ACLE: JDT benam juara Liga K1 Ulsan HD 3-0
JDT berjaya membenam juara Liga K1 Korea (Liga K1), Ulsan HD 3-0 pada aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2024/25 Zon Timur di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.
Iran akan bertindak balas terhadap serangan Israel dengan 'cara terkawal dan diperhitungkan'
Iran pada Selasa berikrar akan bertindak balas terhadap serangan Israel pada Oktober dengan "cara yang terkawal dan diperhitungkan".
MINDEF sentiasa usaha tingkat kesejahteraan warga, anak-anak ATM
Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa berusaha meningkatkan kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Lelaki dicari bantu siasatan samun bersenjata kedai runcit
Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes samun sebuah kedai runcit dengan menggunakan parang di Jalan Pokok Machang, di sini semalam.
Mahkamah tolak rayuan lelaki tuntut RM29,000 gaji tertunggak daripada syarikat pembersihan
Seorang lelaki gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan hari ini untuk menuntut RM29,000 gaji tertunggak daripada sebuah syarikat perkhidmatan pembersihan yang dimiliki warga Bangladesh.
Gangguan IT global: Kerajaan tunggu laporan penuh Microsoft, Crowdstrike - Gobind
Kerajaan telah meminta Microsoft dan Crowdstrike menyediakan laporan penuh berhubung gangguan sistem teknologi maklumat (IT) global pada 19 Julai lalu.
Tiada kos tambahan kepada pelanggan bagi rangkaian 5G kedua - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan komited sepenuhnya untuk memastikan model dwirangkaian itu menggalakkan persaingan sihat dalam sektor telekomunikasi.
Kerajaan yakin Malaysia dapat lepasi sasaran KDNK digital 25.5 peratus menjelang 2025 - Gobind
Kerajaan yakin negara mampu melepasi sasaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) digital 25.5 peratus menjelang 2025.
Malaysia sedia laksana rangkaian 5G kedua - Fahmi
Syarikat telekomunikasi yang terlibat dalam pelaksanaan model dwirangkaian tersebut akan melengkapkan proses pegangan ekuiti dalam Digital Nasional Bhd (DNB) pada 21 Jun ini.
5G dwi rangkaian: Syarikat telco bersedia ambil pegangan ekuiti DNB
Telco yang terlibat dalam pelaksanaan model 5G dwi rangkaian sudah bersedia untuk menandatangani pengambilan pegangan ekuiti dalam DNB.
Syarikat 'telco' diharap percepat muktamad perjanjian pegangan ekuiti dalam DNB - Fahmi
Syarikat telekomunikasi diberi masa 20 hari untuk membuat keputusan bagi memuktamadkan pegangan ekuiti dalam DNB.
Lembaga pengarah DNB bermesyuarat minggu depan, tentukan syor bagi hala tuju rangkaian 5G kedua - Gobind
Lembaga pengarah Digital Nasional Bhd (DNB) yang baru dilantik akan mengadakan mesyuarat pada Selasa depan.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Isu DNB diputuskan minggu depan - Anwar
Isu berhubung dakwaan Digital Nasional Bhd (DNB) bertindak tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman, akan diputuskan kerajaan pada minggu depan.
Saham Maxis dinaik taraf kepada 'beli' - Penganalisis
Kebimbangan mengenai penglibatan Maxis Bhd dalam pelancaran rangkaian 5G mungkin diperbesar-besarkan, kata CIMB Securities.