Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) bagi menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan diperkenalkan dalam tempoh kurang daripada lima tahun dengan persetujuan semua pihak.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pandangan dan maklum balas melalui siri rundingan akan bermula tahun hadapan dan dijangka mengambil tempoh selama enam bulan.
Jelasnya, kajian yang dijalankan melalui pejabat pendidikan daerah di setiap negeri akan mengambil kira pandangan semua pihak termasuk ibu bapa dan warga pendidik.
Perlaksanaan PBS katanya, akan mengurangkan beban murid kerana kejayaan tidak diasaskan kepada peperiksaan semata-mata.
"Dalam pentaksiran berasaskan sekolah, sekarang yang kita buat PT3, dan sepatutnya UPSR juga kena buat pentaksiran berasaskan sekolah. Apa yang hendak ditafsirkan di sekolah itu bukan hanya semata-mata dalam akademik.
"Sekarang ini, kalau hendak akademik, bagi akademik sahaja. Kamu letak akademik 5A, 6A, itulah penilaian kepada kejayaan murid tetapi sebenarnya penilaian itu ada tiga benda lagi di dalam akademik.
"Akademik satu, yang kedua menilai dari segi dipanggil Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), kemudian ada sikometeik," ujarnya.
Jelasnya, penilaian lengkap merupakan prestasi seseorang murid yang mempunyai akademik, kokurikulum, sukan dan sahsiah diri yang baik.
Mahdzir berkata demikian semasa sidang media selepas merasmikan program kembali ke sekolah Parlimen Parit Sulong anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Parit Sulong di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Batu Pahat pada Jumaat.
Astro Awani
Fri Dec 09 2016

MAHDZIR: PBS bagi menggantikan UPSR akan diperkenalkan dalam tempoh kurang daripada lima tahun dengan persetujuan semua pihak. - Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Elaun Pengerusi TNB jauh lebih rendah daripada yang ditularkan
Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan mesej tular dalam media sosial yang mendakwa Pengerusinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid menerima elaun tinggi.

Kementerian Pendidikan kumpul maklumat format PBS untuk ganti UPSR
Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) bagi menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan diperkenalkan dalam tempoh kurang daripada lima tahun dengan persetujuan semua pihak.

Perkasa peranan pesara guru sebagai 'pemimpin pendapat' - Mahdzir
Kementerian Pendidikan akan terus memperkasa peranan pesara guru di negara ini kerana mereka diyakini mampu bertindak sebagai 'pemimpin pendapat' dalam kalangan masyarakat.

Kazim Elias buat laporan polis terhadap Syed Azmi dan Wardina
Ustaz Kazim berkata, beliau membuat laporan itu kerana merasakan komen-komen negatif yang dibuat oleh dua individu terbabit memalukannya.

Insiden cabul: Maahad tahfiz dalam seliaan negeri, kementerian tidak campur tangan - Mahdzir
Kementerian Pendidikan tidak akan campur tangan dalam isu dakwaan penderaan seksual melibatkan sebuah sekolah agama kerana ia di bawah kerajaan negeri.

Mahdzir: Sukar untuk kerajaan beri jaminan bekalan air tidak terganggu sepanjang El Nino
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata oleh kerana itu kerjasama dari semua pihak adalah amat penting.