Kementerian Pendidikan akan mencari mekanisme terbaik bagi menyelesaikan masalah tunggakan pembayaran kepada syarikat kontraktor di bawah kementerian pada masa akan datang, kata Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Beliau berkata pihaknya terlebih dahulu mahu berbincang dengan pelbagai pihak berkaitan bagi mencari titik kelemahan sistem pembayaran sedia ada bagi tujuan itu.
Jelasnya, ini kerana sistem pembayaran sedia ada tidak dibuat secara berpusat tetapi dibuat oleh Jabatan Pelajaran Negeri yang diturunkan kuasa kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).
"Jadi saya (kena) tengok baliklah, keseluruhan PPD 137 sekarang dan akan tengok bagaimana kaedah pembayaran dan macam mana mereka salurkan kepada kontraktor," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jelajah Kasih Siswa Universiti Utara Malaysia di sini Jumaat.
Tiga pecahan utama kontraktor sekarang ialah kontraktor dewan makan asrama, kawalan keselamatan tanpa senjata, dan kontraktor kebersihan sekolah, katanya ketika mengulas rungutan syarikat-syarikat kontraktor yang masih belum menerima pembayaran selama berbulan-bulan walaupun kerja telah dilaksanakan.
Dalam pada itu, Mahdzir berkata KPM akan berusaha memberi peluang kedua kepada pelajar yang melakukan kesalahan serius sehingga menyebabkan dibuang sekolah.
"Kami masih bagi peluang kedua, melainkan kesalahan melibatkan mahkamah kena pergi Sekolah Pemulihan Akhlak.
"Soal kesalahan pelajar yang melampaui kesalahan biasa, tak kira kes melibatkan khalwat, gangsterisme, buli, ia bukan saja bergantung semata-mata di sekolah, bergantung juga kepada ibu bapa dan masyarakat," katanya.
Bernama
Fri Dec 25 2015
MAHDZIR: Sistem pembayaran sedia ada tidak dibuat secara berpusat tetapi dibuat oleh Jabatan Pelajaran Negeri yang diturunkan kuasa kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) - Gambar fail
Kabinet setuju komoditi kelapa di bawah Lembaga Koko Malaysia - TPM Ahmad Zahid
Jemaah Menteri bersetuju menstrukturkan Lembaga Koko Malaysia dengan memasukkan komoditi kelapa di bawah agensi itu.
PRESMA cadang ‘kedai mamak’ tidak lagi jual rokok
Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) mengesyorkan semua premis makanan naungannya agar tidak lagi menjual rokok di premis mereka.
8,500 premis diberi amaran - Dr Dzulkefly
Sejumlah 8,500 premis di seluruh negara diberi amaran kerana melanggar Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang berkuat kuasa pada 1 Oktober lepas.
DAP tidak pernah cadang Kerajaan Perpaduan, selesa sebagai pengimbang di Johor - Loke
DAP tidak pernah mencadangkan agar Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di Johor, sebaliknya parti itu selesa memainkan peranan sebagai pengimbang di negeri itu, kata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.
Teo Nie Ching dipilih sebagai Pengerusi DAP Johor
Ketua Wanita DAP Teo Nie Ching dipilih sebagai Pengerusi DAP Johor bagi penggal 2024/2027 menggantikan Liew Chin Tong yang menyandang jawatan itu sejak 2014.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 6 Oktober 2024.
Mohamad Hasan, Tengku Zafrul tiba di Vientiane untuk Sidang Kemuncak ASEAN
Kedua-dua menteri berkenaan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay pada 7.45 malam waktu tempatan (8.45 malam waktu Malaysia).
Israel lancarkan serangan peluru berpandu ke atas kilang kereta Iran di Homs, Syria - Pemantau
Tiga peluru berpandu Israel mengenai sebuah kilang kereta Iran di wilayah tengah Homs, Syria pada Ahad, lapor Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria.
24 orang terbunuh selepas Israel serang masjid, sekolah di Gaza
Sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh manakala 93 lagi cedera akibat serangan udara Israel di sebuah masjid dan sebuah sekolah yang menempatkan penduduk Gaza pada Ahad.
Israel tingkat serangan udara di timur Lubnan
Hampir semua bangunan di bandar lama Baalbek di Timur Lubnan musnah selepas rejim zionis meningkatkan serangan udaranya pada Ahad.
Kementerian Pendidikan cari mekanisme terbaik selesai tunggakan bayaran kontrakor
Kementerian Pendidikan akan mencari mekanisme terbaik bagi menyelesaikan masalah tunggakan pembayaran kepada syarikat kontraktor.