Kementerian Pelajaran akan meningkatkan lagi tahap penilaian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi memastikan matlamat untuk melahirkan pelajar yang beradab dan berakhlak tercapai.
Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Seri Khair Mohamad Yusof berkata, kementerian itu akan berusaha meningkatkan kaedah penilaian peperiksaan dengan memberi penekanan utama terhadap konsep perkongsian ilmu sesama pelajar.
Katanya, definisi beradab dan berakhlak itu ialah seseorang pelajar tidak hanya pandai dalam akademik tetapi juga mampu membantu rakan lain yang lemah.
Beliau berkata menerusi PT3, peperiksaan akademik hanya akan dinilai sehingga band 3 sahaja dan untuk mendapat band 6 iaitu pencapaian tertinggi dalam PT3 itu, mereka haruslah membuktikan telah membantu rakan lain yang lemah.
"Kita tidak mahu pelajar menganggap peperiksaan sebagai persaingan tetapi ia adalah satu kerjasama," katanya kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri mesyuarat peringkat pegawai pada Dialog Strategik Menteri Pendidikan Ke-2, Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO) di sini pada Rabu.
Khair berkata, negara tidak mahu mengeluarkan pelajar yang hanya menumpukan pencapaian akademik sahaja tetapi tidak mempunyai nilai-nilai peribadi yang baik serta tidak membantu antara satu sama lain.
"Kita mahu pelajar memahami kerja berpasukan di peringkat sekolah lagi dan mereka mempunyai akhlak yang baik," katanya.
PT3 adalah satu pentaksiran sumatif untuk menilai pencapaian akademik murid pada peringkat menengah rendah bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang telah dimansuhkan dua tahun lepas.
Terdapat empat ujian yang perlu dilakukan oleh calon-calon iaitu kajian kes untuk mata pelajaran Geografi dan Sejarah, ujian lisan bertutur dan ujian mendengar untuk bahasa Inggeris dan bahasa Melayu serta ujian bertulis untuk mata pelajaran selanjutnya.
Khair berkata, Kementerian Pendidikan juga akan berusaha untuk mengkaji penggunaan teknologi maklumat dalam sistem pembelajaran di sekolah yang telah dilaksanakan di beberapa buah negara termasuk di Indonesia.
Katanya, Malaysia mempunyai kapasiti yang tinggi untuk melaksanakan kaedah pembelajaran sedemikian tetapi masih tidak melaksanakannya kerana kekangan beberapa masalah teknikal.
Beliau berkata, dalam lawatannya ke sebuah sekolah rendah di Bandung, guru-guru sekolah berkenaan telahpun mewujudkan satu kumpulan perbincangan dengan menggunakan aplikasi laman sosial di internet.
"Pelajar boleh mendapatkan penjelasan daripada guru mereka dalam perbincangan secara berkumpulan menerusi laman sosial seperti kumpulan WhatsApp dan guru-guru pula memasukkan soalan dalam aplikasi laman sosial itu sebagai tugasan pelajar," katanya.
Khair berkata Malaysia sepatutnya telah melaksanakan kaedah pembelajaran seumpama itu dan ia akan dibincangkan oleh Kementerian Pendidikan nanti.
Bernama
Wed Apr 27 2016
![Kementerian Pendidikan akan pertingkat penilaian PT3 Kementerian Pendidikan akan pertingkat penilaian PT3](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/71452680837_KhairMohamadYusof.jpg)
KHAIR: Kita tidak mahu pelajar menganggap peperiksaan sebagai persaingan tetapi ia adalah satu kerjasama. -Gambar fail
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
![Murid miskin perlu kepada kaedah pembelajaran tersendiri - CEO Arba Foundation Murid miskin perlu kepada kaedah pembelajaran tersendiri - CEO Arba Foundation](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686888463_MuridSekolah.jpg)
Murid miskin perlu kepada kaedah pembelajaran tersendiri - CEO Arba Foundation
Murid miskin berdepan cabaran unik seperti tekanan kronik dan kurang nutrisi yang menghalang mereka bersaing secara sihat.
![Guru guna TikTok dan YouTube tarik minat pelajar Guru guna TikTok dan YouTube tarik minat pelajar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/41611465504_TBTIKTOKYOUTUBETEAC.jpg)
Guru guna TikTok dan YouTube tarik minat pelajar
Ia juga untuk mengelakkan pelajar rasa jemu dan angkat kaki apabila mengikuti PdPR menerusi aplikasi yang memerlukan pelajar hanya duduk, mendengar dan sekali sekala sahaja menyampuk.
![Lapor jika tadika kenakan caj keterlaluan Lapor jika tadika kenakan caj keterlaluan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/71469024015_TadikaGeneric.jpg)
Lapor jika tadika kenakan caj keterlaluan
Pengusaha tadika tidak boleh sewenang-wenangnya menaikkan atau mengenakan bayaran yang keterlaluan kerana mereka tertakluk kepada kaedah atau mekanisme tertentu yang telah ditetapkan kementerian.
![Kementerian Pendidikan akan pertingkat penilaian PT3 Kementerian Pendidikan akan pertingkat penilaian PT3](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/71452680837_KhairMohamadYusof.jpg)
Kementerian Pendidikan akan pertingkat penilaian PT3
Kementerian Pelajaran akan meningkatkan lagi tahap penilaian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi memastikan matlamat untuk melahirkan pelajar yang beradab dan berakhlak tercapai.