PUTRAJAYA: Tiada rakyat Malaysia yang terlibat atau terjejas dalam kemalangan udara membabitkan pesawat Saurya Air Bombardier CRJ-200 dengan nombor pendaftaran 9N-AME pada Rabu (24 Julai) di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan, Kathmandu, menurut Kementerian Luar Malaysia.
Menurut kenyataan itu, keadaan adalah berdasarkan laporan terkini.
Melalui Kedutaan Malaysia di Kathmandu, Nepal, Kementerian Luar sedang memantau dengan teliti kesan susulan selepas kemalangan udara itu.
"Malaysia menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu serta kepada rakyat dan Kerajaan Nepal," menurut kenyataan berkenaan.
Kementerian juga menggesa rakyat Malaysia di kawasan terjejas untuk kekal berwaspada dan mengikuti perkembangan serta panduan terkini yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan.
Kementerian Luar berkata ia akan terus memantau situasi dan memberikan kemas kini jika perlu.
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Bakhundole-3, Lalitpur, Kathmandu, Nepal (P.O Box 24372) atau hubungi +97715445680 / +97715445681 (umum) atau +977-9801008000 (kecemasan sahaja), atau e-mel ke mwkathmandu@kln.gov.my
Xinhua sebelum ini melaporkan 22 mayat telah ditemukan selepas sebuah pesawat domestik terhempas pada Rabu di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan di ibu negara Nepal, Kathmandu.
Media antarabangsa melaporkan bahawa pesawat berkenaan "terhempas semasa berlepas" di lapangan terbang itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 24 2024
Melalui Kedutaan Malaysia di Kathmandu, Nepal, Kementerian Luar sedang memantau dengan teliti kesan susulan selepas kemalangan udara itu. - Reuters
#AWANIRingkas 18 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 18 Oktober 2024
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
Belanjawan 2025: Peruntukan AI dinaikkan sebanyak RM50 juta
Kerajaan komited memperluaskan pendidikan berkaitan Kecerdasan Buatan (AI) ke semua universiti penyelidikan dengan peruntukan RM50 juta, berbanding RM20 juta tahun ini.
Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas
Insiden melibatkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya selamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.
UAE hantar tiga lagi pesawat bersama 120 tan bantuan untuk Lubnan
UAE setakat ini telah menghantar 12 pesawat yang membawa 515 tan bekalan bantuan.
Belanjawan 2025 sedia platform menyeluruh hadapi cabaran tahun depan - Mohamad Hasan
Langkah-langkah dalam Belanjawan 2025 juga dilihat cuba mengimbangi keperluan rakyat terutama dalam mendepani isu kos sara hidup.
Jumlah kematian di Lubnan terus meningkat
Jumlah kematian akibat serangan udara Israel di Lubnan sejak tercetusnya konflik Israel-Hizbullah pada 8 Oktober 2023 meningkat kepada 2,412.
Lima hilang selepas perahu lumba karam
Wartawan AWANI Borneo, Fadillah Sulaiman bawakan laporan terkini insiden perahu lumba karam dan tenggelam berhampiran kawasan perindustrian Bintawa.
Kematian Yahya Sinwar tidak sesekali patahkan semangat Hamas
Kematian itu dilihat bakal mempupuk semangat yang menebal dalam kalangan mereka untuk terus memperjuangkan agenda pembebasan Palestin yang merdeka sekali gus menamatkan agenda kekejaman rejim Zionis
Belanjawan 2025: Fokus anak muda
Belanjawan 2025: Apa yang Sabah dan Sarawak dapat?
Ikuti analisis awal Belanjawan 2025 bersama Pensyarah Kanan, Jabatan Sosiobudaya, Universiti Malaya, Datuk Prof Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi.
Kementerian Luar sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam nahas udara di Kathmandu
Melalui Kedutaan Malaysia di Kathmandu, Nepal, Kementerian Luar sedang memantau dengan teliti kesan susulan selepas kemalangan udara itu.
2023 negara saksi tragedi udara, darat dan air
Nahas udara pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang mengorbankan 10 individu berhampiran Elmina, Shah Alam mengejutkan rakyat Malaysia tahun ini.
Singapura benar pesawat Boeing 737 MAX kembali beroperasi
CAAS membuat keputusan itu setelah menyelesaikan penilaian teknikal, meliputi perubahan reka bentuk pesawat oleh Boeing dan diluluskan FAA dan pihak berkaitan.
Nahas helikopter Taman Melawati: Muhyiddin rakam ucapan takziah
Perdana Menteri berkata beliau amat sedih apabila mendapat berita mengenai dua individu yang terkorban dan dua lagi cedera dalam nahas itu.
Nahas helikopter Taman Melawati: BSKU mulakan siasatan, laporan awal dalam 30 hari - MOT
Laporan awal siasatan perlu disediakan dalam masa 30 hari dari tarikh kejadian kemalangan udara tersebut.
Tujuh maut helikopter dan pesawat ringan bertembung di udara
Tujuh orang termasuk dua kanak-kanak dilaporkan maut apabila sebuah helikopter dan pesawat ringan bertembung di udara dalam kejadian di Pulau Mallorca, Sepanyol semalam.
'Mak tak mahu kamu berkecai-kecai. Mak hendak kamu satu jasad' - Ibu Mejar Yazmi
Hanizah turut menceritakan perbualan terakhir beliau bersama anak bongsu daripada empat beradik itu pada Selasa lalu.
Trigana Air TGN267: Perkara yang diketahui setakat ini
Beberapa perkara tentang pesawat Trigana Air TGN267 yang hilang tengah hari Ahad.
Malaysia terima laporan nahas MH17 dari Belanda - Liow
Malaysia telah menerima laporan hasil siasatan terhadap nahas udara pesawat MH17 dari pihak berkuasa Belanda, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Sekurang-kurangnya 10 mati dalam nahas udara di Belgium
Sebuah pesawat di selatan Belgium yang membawa 10 penerjun udara terhempas tidak lama selepas memulakan penerbangan dan menyebabkan semua penumpang terbunuh pada Sabtu.