Kementerian Kesihatan merancang menubuhkan pusat penjagaan khusus untuk bayi atau 'creche' di semua hospital dan agensi di bawah kementerian itu selewat-lewatnya awal tahun depan.
Menterinya Dr Dzulkefly Ahmad berkata, perancangan penubuhan creche bagi menjaga bayi berusia enam bulan ke bawah itu kini dalam perincian sebelum dibentangkan pada mesyuarat jemaah menteri yang akan datang.
"Pada mesyuarat itu kita akan bincangkan perkara berkaitan infrastruktur, kewangan dan kos berkaitan supaya cadangan itu dapat dipercepatkan iaitu kalau boleh sebelum akhir tahun ini.
"Pusat penjagaan ini khusus untuk bayi sahaja... bukan taman asuhan kanak-kanak (Taska)," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Hospital Putrajaya, di sini pada Jumaat.
Katanya selepas mengambil kira tragedi menyayat hati yang menimpa Adam Rayqal Mohd Sufi Naef, bayi berusia lima bulan yang ditemui mati di rumah pengasuhnya baru-baru ini, kementerian berharap penubuhan creche dipercepatkan.
BACA: Adam Rayqal alami pendarahan dalaman di otak, retak tempurung kepala - Polis
Selain itu katanya creche tersebut juga dicadangkan beroperasi 24 jam bagi memenuhi keperluan kebanyakan penjawat awam di hospital dan agensi di bawahnya yang bekerja secara syif.
Beliau berkata pihaknya akan menjadikan creche di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Pahang yang beroperasi 24 jam sebagai modul kepada penubuhan pusat jagaan itu di lain-lain hospital.
Selain HTAA, terdapat 35 daripada 144 institusi kesihatan telah mempunyai creche dan taska di jabatan dan agensi masing-masing setakat ini.
Dzulkefly turut menyambut baik hasrat Kementerian Wanita dan Pembangunan Keluarga yang menyasarkan untuk menubuhkan pusat jagaan kanak-kanak di semua agensi di bawah kementerian itu menjelang awal tahun depan.
"Tanpa ada perbincangan khusus, kami kini berada di landasan sama dalam mendepani keperluan menubuhkan pusat jagaan bagi membantu ibu bapa yang bekerja di kementerian masing-masing," katanya.
Dalam peristiwa tragis Rabu lepas, Adam Rayqal yang sebelum itu dilaporkan hilang selepas didakwa diambil oleh seorang lelaki tidak dikenali di rumah pengasuhnya di Batu Caves ditemui mati di dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu di rumah pengasuh berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 06 2018

Creche tersebut juga dicadangkan beroperasi 24 jam bagi memenuhi keperluan pekerja yang bekerja secara syif. - Gambar hiasan

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Kementerian Kesihatan rancang tubuh 'creche' di hospital
Menterinya Dr Dzulkefly Ahmad berkata perancangan penubuhan creche bagi menjaga bayi berusia enam bulan ke bawah itu kini dalam perincian sebelum dibentangkan pada mesyuarat jemaah menteri.