Kementerian Kesihatan memandangkan serius mengenai amalan klinik dan pusat perubatan swasta yang mengenakan caj rawatan dan kos ubat-ubatan yang berbeza bagi pesakit yang membayar secara tunai dan pesakit yang menggunakan kad insurans.
Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata, jika ada pesakit yang pernah dikenakan amalan sedemikian, beliau mahu pesakit itu tampil membuat aduan.
"Perkara ini luar biasa, selain kementerian, aduan juga boleh melalui Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) supaya siasatan dapat dijalankan.
"Jika perkara ini berleluasa maka tindakan yang tegas akan diambil," katanya semasa sidang media selepas merasmikan Program Kampungku Sihat di Kampung Tematu, di sini, pada Sabtu.
Hadir sama, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, merangkap Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen, Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit kementerian, Dr Norhayati Rusli dan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Jamilah Hashim.
Dzulkefly berkata, aduan boleh disalurkan ke bahagian perubatan kementerian melalui ckaps.aduan@moh.gov.my.
Menurut laporan media tempatan pada Sabtu, langkah klinik mengenakan caj tambahan sehingga 10 peratus terhadap pemegang polisi insuran menyebabkan kuota perlindungan pesakit cepat habis dan harga ubat mencapai hampir 90 peratus lebih mahal dikenakan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 30 2019
DR DZULKEFLY: Jika perkara ini berleluasa maka tindakan yang tegas akan diambil. - Gambar fail
Hanya berbaki 1,000 topi keledar di kaunter JPJ pada hari kedua 2TM
Hanya 1,000 unit topi keledar lagi yang berbaki untuk hari kedua Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM).
"Bila saya kata saya tak ambil gaji, kena sindir.." - PM Anwar
"Kita tak ambil gaji. Elaun Parlimen kita ambil, Azizah pun ada elaun Parlimen. Jadi campur-campur okaylah," kata Perdana Menteri mengenai sindiran pendirian beliau tidak mengambil gaji.
#AWANInews
#AWANInews
Masters China: Pang Ron-Su Yin mara final, bakal bertemu pilihan pertama
Bregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, kini tiba di pentas final Masters China susulan kemenangan yang dilakar dalam aksi separuh akhir.
Malaysia-Korea Selatan: Korea Selatan minat kerjasama pembangunan lebuh raya di Malaysia
Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur terutamanya pembangunan dan pengurusan lebuh raya pintar yang mengintegrasikan teknologi tinggi dan canggih di negara ini.
Pecah rekod Erling Haaland, Harry Kane muncul penjaring 50 gol terpantas Bundesliga
Kane membuka jaringan pada minit ke-53 menerusi sepakan penalti sebelum dua gol pantas dalam masa kecederaan.
Tingkat integriti: Kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan
Penggunaan kamera badan bagi anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sangat diperlukan bagi meningkatkan integriti dalam kalangan anggota bertugas dan orang awam.
Syarikat telco utama tawar pakej Internet, peranti menarik sempena program 2TM
Pelbagai pakej Internet dan peranti menarik ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi utama pada Program Dua Tahun Kerajaan Madani (2TM).
Tular video pekerja asing beli minyak masak subsidi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menyerbu dua premis di Sungai Buloh susulan video tular pembelian minyak masak subsidi 1kg oleh pekerja restoran nasi kandar.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Polis tidak pernah henti siasat kes simbah asid Faisal Halim - KPN
Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim.
China Masters: Impian final Tang Jie-Ee Wei berkecai
PERJALANAN gandingan beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei di China Masters tersekat di separuh akhir pada Sabtu.
Kementerian Kesihatan pandang serius amalan klinik swasta kena caj berbeza
Jika ada pesakit yang pernah dikenakan amalan sedemikian, beliau mahu pesakit itu tampil membuat aduan.