Kementerian Kesihatan akan menambah bilangan pakar perubatan di Hospital Daerah Langkawi sebagai usaha meningkatkan mutu perkhidmatannya kepada rakyat.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata sebagai permulaan, pihak kementerian akan menambah seorang pakar Kecemasan dan Traumatologi pada Mac ini, menjadikan bilangan pakar 10 orang.
"Dengan penempatan doktor pakar, pesakit akan mendapat rawatan awal tanpa perlu dirujuk ke hospital di tanah besar," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Ambulans Laut Hospital Langkawi di sini pada Isnin.
Beliau berkata tahun lepas 299 kes dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk rawatan lanjut.
Katanya 79 kes memerlukan penggunaan pengusung pesakit, manakala 118 kes memerlukan inkubator bayi semasa proses rujukan (memindahkan pesakit ke hospital di tanah besar).
Mengenai ambulans laut, Dr Hilmi berkata perkhidmatan itu akan memberi keselesaan di samping menjimatkan kos memindahkan pesakit ke tanah besar untuk mendapat rawatan kecemasan.
Menurutnya, pesakit yang dirujuk ke hospital di tanah besar sebelum ini terpaksa menaiki feri penumpang biasa dalam keadaan tidak selesa di samping jadual bertolak yang tidak menentu selain terdedah di khalayak awam.
Beliau berkata perkhidmatan ambulans itu beroperasi 24 jam bagi membolehkan pesakit dipindahkan pada bila-bila masa dengan lebih selesa.
Katanya pihak Hospital Daerah Langkawi menyewa bot ambulans itu dengan harga RM60,000 sebulan yang mampu membawa 20 hingga 25 pesakit untuk dirujuk ke hospital di tanah besar.
Sebelum ini pihaknya terpaksa menyewa feri penumpang dengan kos lebih RM4,000 bagi membawa pesakit ke tanah besar dan kos itu akan meningkat jika membawa pesakit pada waktu malam.
Bernama
Tue Feb 18 2014

Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya - Gambar Fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Sering dengar tangisan budak tengah malam - Jiran
Ini kerana, menurut Mohd Faizal Zakaria, 49 tahun, kebanyakan penghuni yang tinggal di kuarters pekerja Hospital Langkawi itu terdiri daripada keluarga yang mempunyai ramai anak.

Kebakaran feri tiada unsur sabotaj
Tiada unsur khianat atau sabotaj dalam insiden kebakaran feri penumpang milik Dragon Star One yang terbakar di Langkawi, petang Isnin.

Kementerian Kesihatan akan tambah pakar di Hospital Langkawi
Kementerian Kesihatan akan menambah bilangan pakar perubatan di Hospital Daerah Langkawi bagi meningkatkan mutu perkhidmatannya.