KUALA LUMPUR: Menteri Ekonomi Rafizi Ramli telah menyerahkan dokumen Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas (KSP RMKe-12) kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di pejabat Perdana Menteri hari ini.
Sesi serahan dokumen itu merupakan simbol sempurnanya sesi penyediaan dokumen KSP RMKe-12 sebelum dibentangkan oleh Perdana Menteri di Parlimen pada 11 September 2023, kata kementerian itu di laman sosial Facebook hari ini.
"Penyediaan dokumen ini telah mengambil masa hampir setahun untuk diselesaikan dan melibatkan penyertaan semua pemegang taruh yang terdiri daripada kementerian, agensi kerajaan, pihak swasta, badan antarabangsa, ahli-ahli akademik, badan pertubuhan sivil dan orang awam," katanya.
KSP RMKe-12 merupakan dokumen dasar yang signifikan dalam menentukan hala tuju pembangunan sosioekonomi negara yang seimbang dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan berteraskan nilai-nilai murni.
Dokumen itu juga disediakan beraspirasikan kepada wadah Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat.
Hadir sama pada sesi serahan dokumen tersebut ialah Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib, Ketua Setiausaha Datuk Nor Azmie Diron dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Datuk Dr Zunika Mohamed.
Kajian Separuh Penggal RMKe-12 dari 2021-2025 disediakan bagi mengukur pencapaian sasaran untuk tempoh dua tahun pertama serta menghadapi cabaran-cabaran getir yang menjejaskan aspirasi RMKe-12.
Penyediaan KSP RMKe-12 akan merangkumi kajian semula sasaran, strategi, inisiatif, program dan projek pembangunan bagi mencapai matlamat pembangunan serta pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 08 2023

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli telah menyerahkan dokumen Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas (KSP RMKe-12) kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di pejabat Perdana Menteri hari ini. - Foto FB Kementerian Ekonomi

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Kementerian Ekonomi serah dokumen Kajian Separuh Penggal RMKe-12 kepada PM hari ini
Sesi serahan dokumen itu merupakan simbol sempurnanya sesi penyediaan dokumen KSP RMKe-12 sebelum dibentangkan oleh Perdana Menteri di Parlimen pada 11 September 2023.