KUANTAN: Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) akan bekerjasama bagi mencari kaedah dan merangka modul bersesuaian dalam menyelesaikan masalah air di negara ini.
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata isu air memerlukan kerjasama yang kolektif, justeru kedua-dua kementerian itu termasuk operator syarikat air di seluruh negara akan bersama-sama mencari langkah penyelesaian.
"Bidang kuasa air di bawah kementerian NRECC tapi perancangan infrastruktur di bawah Kementerian Ekonomi, kita akan bekerjasama untuk mencari jalan selesaikan masalah-masalah syarikat operator air yang dimiliki kerajaan negeri secara bersepadu.
"Malah minggu lepas, saya telah berjumpa dengan ketua-ketua syarikat air di seluruh negara untuk dengar dan lihat sendiri dari segi kemampanan kewangan mereka," katanya pada sidang media selepas menghadiri Sesi Libat Urus Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) (2021-2025) oleh Kementerian Ekonomi bersama Kerajaan Negeri Pahang di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, yang memaklumkan masalah air di Kelantan dan Sabah akan cuba ditangani Kerajaan Persekutuan meskipun melibatkan belanja besar.
Hadir sama ke sesi libat urus itu Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi Dan Inovasi Pahang Datuk Mohamad Nizar Najib.
Rafizi berkata kerjasama antara dua kementerian itu dilaksanakan bagi membolehkan beberapa pilihan dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan.
"Kita akan bentang kepada Kerajaan Persekutuan pilihan-pilihan yang boleh diambil kira yang bersesuaian dengan kemampuan kewangan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri untuk tindakan seterusnya," katanya.
Beliau berkata pihaknya berharap perkhidmatan air di negara ini dapat ditambah baik dari semasa ke semasa selain menjangkakan sekurang-kurangnya 50 peratus projek bekalan air dapat disiapkan dalam tempoh tujuh tahun bermula tahun depan, iaitu dalam tempoh pelaksanaan RMK-12 hingga RMK-13.
Sementara itu, menyentuh mengenai industri nadir bumi, beliau berpandangan ia mempunyai potensi yang baik dan perlu dibangunkan dengan lebih strategik serta tidak dibiarkan tanpa pembangunan yang menyeluruh.
"Ia perlukan penyelarasan kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan...ia salah satu industri perlu dikawal selia sebaik mungkin dari segi proses dan sebagainya," kata Rafizi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 16 2023
Rafizi (kanan) bercakap ketika sidang media pada Sesi Libat Urus (SKU) Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 2021-2025 bersama Kerajaan Negeri Pahang, hari ini. - Foto BERNAMA
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Penduduk Lembah Klang lega masalah air beransur pulih
Penduduk Kampung Segambut Bahagia lega apabila masalah gangguan bekalan air telah selesai pagi ini apabila bekalan air mula disalurkan sejak jam 8 pagi tadi.
Kerajaan Pulau Pinang mohon maaf masalah air di Sungai Bakap
Chow Kon Yeow menegaskan kerajaan negeri tidak menganaktirikan sesiapapun dan memohon maaf kepada penduduk Sungai Bakap yang berdepan masalah air sejak lebih enam tahun lalu.
Masalah air UMS dijangka selesai selewatnya awal tahun depan - KPT
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) optimis masalah air di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dapat diselesaikan selewat-lewatnya pada awal tahun depan.
MTRK gesa kerajaan Kelantan cari penyelesaian tangani segera isu air
Telaga tiub bukanlah jalan penyelesaian kerana air yang di dalam tanah kebanyakan keruh selain kos yang agak tinggi.
PETRA mohon tambahan peruntukan RM100 juta selesai masalah air di Sabah
Peruntukan itu adalah tambahan daripada RM300 juta yang telah diluluskan secara pinjaman oleh Jemaah Menteri pada 27 September tahun lepas.
Pembinaan telaga tiub di UMS dijangka siap Mac - Zambry
Pembinaan telaga tiub bagi menyelesaikan masalah air di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dijangka siap pada Mac ini, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Kelantan bentuk jawatankuasa khas selesai masalah air - Exco
Pembentukan jawatankuasa itu adalah antara perkara yang dicapai dalam pertemuan Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Persekutuan minggu lepas.
SPRM bantu pantau dana RM320 juta selesai isu air Sabah - Azam Baki
SPRM akan memantau pengurusan dana sebanyak RM320 juta yang diperuntukkan Kerajaan Persekutuan kepada negeri Sabah untuk menyelesaikan masalah air di negeri itu.
Hajiji optimis bantuan kerajaan percepatkan rancangan selesai masalah air di Sabah
Dana itu akan digunakan untuk pelaksanaan enam program merangkumi 20 projek di seluruh negeri.
Masalah air: Kelantan minta RM8 bilion, Sabah mahu bantuan siapkan empangan - PM Anwar
Kerajaan Negeri Kelantan meminta dana berjumlah RM8 bilion daripada Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan masalah air yang berlarutan di negeri tersebut.