KUALA LUMPUR: Kementerian Ekonomi sedang menjalin kerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia dalam merangka beberapa pilihan dasar untuk dibentang kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang akan membincangkan strategi terbaik bagi meningkatkan gaji rakyat.
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata bagi tujuan itu, sesi libat urus dengan pemegang taruh utama iaitu kerajaan, majikan dan pekerja akan diadakan untuk mendapatkan pandangan semua pihak.
"Butiran dan mekanisme dasar akhir akan diputus berdasarkan pertimbangan menyeluruh termasuk kemampuan dan kesan kos kepada sektor swasta, pelaksanaan secara berperingkat dan persetujuan bersama tiga pihak antara kerajaan, majikan dan pekerja," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) hari ini yang mendakwa perkara dasar berkaitan gaji adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Manusia bukannya Kementerian Ekonomi.
Pada Ahad lepas, Rafizi berkata sektor swasta diharap turut komited membantu kerajaan merealisasikan Dasar Gaji Progresif membabitkan sektor swasta dan awam bagi menangani kenaikan kos sara hidup yang antara lain bertujuan merapatkan jurang ketara antara pertumbuhan gaji dan kenaikan kos sara hidup.
Rafizi berkata Kementerian Ekonomi sememangnya bertanggungjawab menguruskan perancangan ekonomi negara secara menyeluruh namun sementara usaha memperbaiki struktur ekonomi lain diteruskan, ia juga akan memberi penekanan kepada aspek kenaikan gaji pekerja yang adil kepada semua pihak.
Beliau berkata gaji yang tidak setara dengan kos sara hidup adalah isu pokok yang menjadi penghalang kepada peralihan Malaysia ke arah ekonomi berpendapatan tinggi manakala kebergantungan kepada pekerja berkemahiran rendah juga antara punca gaji yang tidak seimbang dengan nilai hasil pekerja di dalam ekonomi.
"Nisbah gaji pekerja (CE) Malaysia kepada Keluaran Dalam Negara Kasar bagi tahun 2019 adalah 35.9 peratus, jauh lebih rendah daripada negara maju lain seperti Jerman (59.4 peratus), United Kingdom (55.5 peratus), Australia (46.9 peratus) dan Republik Korea (46.8 peratus).
"Kadar gaji penengah benar dan gaji kemasukan baharu telah merosot selepas pandemik dan kekal lebih rendah berbanding tahap sebelum pandemik," katanya.
Rafizi juga berkata mandat Kementerian Ekonomi ialah menyelesaikan isu struktur ekonomi yang boleh memperlahan pertumbuhan ekonomi negara seperti itu.
Katanya pertumbuhan gaji juga antara fokus utama reformasi struktur untuk mencapai sasaran CE negara seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia ke-12.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 13 2023

Rafizi berkata bagi tujuan itu, sesi libat urus dengan pemegang taruh utama iaitu kerajaan, majikan dan pekerja akan diadakan untuk mendapatkan pandangan semua pihak. - Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

MyGAS 2025 fokus cabaran pembiayaan industri gas
Simposium Gas Malaysia (MyGAS 2025) edisi keempat membuka pentas perbincangan mengenai cabaran pembiayaan industri gas sambil memastikan usaha peralihan tenaga bersih mampu dicapai.

Perang tarif AS peluang untuk kerajaan percepat reformasi ekonomi - Rafizi
Ketidaktentuan ekonomi dunia ekoran langkah Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menaikkan tarif ke atas China, Kanada dan Mexico merupakan peluang untuk kerajaan mempercepat reformasi ekonomi.

Kementerian Ekonomi akan lancar pelan hala tuju gas asli pada tahun ini - Rafizi
Kementerian Ekonomi akan melancarkan Pelan Hala Tuju Gas Asli pada suku kedua atau ketiga 2025 dalam usaha meningkatkan pelaburan dalam sektor berkenaan.

Perang perdagangan tidak akan jejas pertumbuhan KDNK Malaysia pada 2025 - Rafizi
Malaysia berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran KDNK 2025 walaupun berdepan risiko daripada perang tarif.

24 Mac ditetapkan tarikh mediasi saman Tuan Ibrahim ke atas Rafizi
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 24 Mac bagi menyelesaikan saman fitnah difailkan Tuan Ibrahim Tuan Man terhadap Rafizi Ramli secara mediasi.

Rafizi ketuai 555 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Negeri Sembilan
Ahli Parlimen Pandan yang juga Timbalan Presiden PKR itu dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) membawa gelaran Datuk Seri.

Rafizi jangka cip, GPU buatan Malaysia dapat direalisasikan dalam tempoh lima sehingga 10 tahun
Malaysia dijangka dapat membangunkan cip dan unit pemprosesan grafik (GPU) 'Buatan Malaysia' dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun akan datang.

Kerajaan ambil pendekatan global dalam RMK13 - Rafizi
Kerajaan mengambil pendekatan global untuk Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang akan dilancarkan tahun ini, kata Menteri Ekonomi Rafzi Ramli.

Innovathon 2: Ciptaan bahan pembinaan penebat dipilih juara minggu kelima
Dengan proses penghasilan yang singkat, Bio Polyol mempunyai kebolehulangan yang tinggi (konsisten) dan sifar sisa serta tiada pembebasan gas bertoksik.

RMK13 laksana intervensi terus hapuskan miskin tegar di 10 daerah - Rafizi
Kerajaan melalui Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) akan melaksanakan langkah intervensi terus miskin tegar di 10 daerah yang mencatat kadar kemiskinan tertinggi di negara ini dengan lapan daripadanya a