KOTA KINABALU: Tiga bekas pelajar sekolah menengah di Kota Belud yang memenangi saman terhadap guru mereka kerana gagal hadir untuk mengajar selama tujuh bulan berharap kes itu akan menjadi pengajaran kepada semua pihak dalam memenuhi tanggungjawab masing-masing.
Calvina Angayung, 22, juga berharap kemenangan itu akan menjadi motivasi kepada orang lain yang masih mengambil sikap mendiamkan diri untuk bangkit memperjuangkan hak mereka.
"Kami menjadi mangsa ketidakadilan guru ini sehingga menyebabkan kami gagal dalam peperiksaan bagi subjek Bahasa Inggeris. Kemenangan ini adalah hadiah kepada semua pihak yang menyokong kami sejak awal.
"Terima kasih kepada saksi-saksi kami yang tampil dengan berani di mahkamah, NGO (badan bukan kerajaan) dan aktivis, ibu bapa, rakan-rakan serta masyarakat di luar sana yang sentiasa menyokong kami tanpa mengira di mana kami berada," katanya ketika dihubungi.
Seorang lagi plaintif, Nur Natasha Allisya Hamali pula berkata, beliau lega kerana meskipun mengambil masa enam tahun, semua usaha mereka ternyata tidak sia-sia dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas kemenangan itu.
Pada tahun 2020, Calvina, Nur Natasha Allisya dan Rusiah Sabdarin, yang berusia 22 tahun, menyaman bekas guru Bahasa Inggeris mereka iaitu Mohd Jainal Jamran yang didakwa tidak hadir untuk mengajar subjek itu selama tujuh bulan pada 2017, Pengetua sekolah ketika itu Suid Hanapi, Ketua Pengarah Pendidikan, Kementerian Pendidikan dan kerajaan.
Pada Selasa, Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Leonard David Shim ketika membenarkan saman itu memutuskan bahawa kelima-lima defendan telah melanggar kewajipan statutori mereka dan jaminan perlembagaan untuk kesemua bekas pelajar terbabit mendapatkan pendidikan.
Mahkamah kemudian memberi pampasan sebanyak RM150,000 kepada ketiga-tiga plaintif.
Peguam Sherzali Herza Asli, yang mewakili kesemua pelajar berkata, adalah penting untuk kerajaan menyedari dan mengiktiraf kelemahannya serta menggubal dasar bagi memastikan akauntabiliti guru yang ingkar demi kesejahteraan dan prospek generasi masa depan negara.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kadamaian berkata, mereka yang berada dalam ekosistem sekolah mempunyai tanggungjawab masing-masing dan guru yang sepatutnya hadir ke kelas untuk mengajar namun gagal berbuat demikian, perlu mempunyai alasan munasabah.
"Meskipun pelajar harus berdisiplin dan menghormati guru, mereka tetap berpeluang bercakap dengan ibu bapa yang akan membangkitkan perkara itu kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru mengenai perkhidmatan yang diberikan di sekolah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 20 2023

Calvina (dua, kiri) bersama rakan dan penyokong, serta peguam mereka di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, 19 Julai 2023. - Foto ihsan Kumpulan Tiada Guru

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Kemenangan tiga pelajar dalam kes saman terhadap guru ponteng, pengajaran untuk semua
Calvina berharap ia jadi motivasi kepada mereka yang masih mengambil sikap mendiamkan diri untuk bangkit memperjuangkan hak.