KUCHING: Kembara Kenali Borneo yang diilhamkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi peluang untuk Seri Paduka Baginda membina jambatan silaturahim antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Al-Sultan Abdullah bertitah, kembara itu diilhamkan semata-mata untuk mengenali rakyat di Sabah dan Sarawak secara lebih dekat lagi dengan mengambil pendekatan mendampingi dan menyantuni rakyat.
"(Kembara ini merupakan) kesempatan menghulur atau membina jambatan baharu yang tidak ada sungai. Jambatan itu adalah jambatan silaturahim. Kehadiran saya, keluarga saya, rombongan saya adalah seolah-olah mewakili sebahagian daripada rakyat di Semenanjung.
"Saya mewakili Raja-Raja Melayu menghulur tangan kepada semua sebagai satu keluarga negara Malaysia yang kita cintai ini," titah Seri Paduka Baginda di Majlis Penutup dan Santapan Kerajaan Negeri Sarawak bersempena Kembara Kenali Borneo di sini tengah malam ini.
Al-Sultan Abdullah bertitah, sambutan yang dipamerkan oleh rakyat di Sabah dan Sarawak di sepanjang jalan dan waktu yang dilalui konvoi kembara itu adalah di luar jangkaan dan akan menjadi kenangan manis buat Seri Paduka Baginda sekeluarga.
Dalam pada itu Al-Sultan Abdullah menitahkan supaya wakil-wakil rakyat khususnya yang mewakili kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak untuk terus mendampingi rakyat bagi memahami keperluan mereka secara lebih mendalam.
Al-Sultan Abdullah bertitah, sepanjang kembara itu berlangsung banyak aduan serta surat permohonan daripada penduduk yang belum menikmati keperluan-keperluan asas seperti bekalan air, elektrik dan jalan raya yang baik diterima.
Seri Paduka Baginda juga bertitah, Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri perlu memainkan peranan bersama yang lebih efektif untuk menyelesaikan masalah rakyat.
Yang di-Pertuan Agong memberi jaminan semua aduan yang diterima daripada rakyat di sepanjang kembara itu akan diberikan perhatian sewajarnya serta akan dimajukan kepada pihak berwajib secepat mungkin.
Al-Sultan Abdullah yakin dengan komposisi wakil-wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak yang ada dalam Kerajaan Persekutuan, segala keperluan kedua-dua negeri itu dapat dipenuhi.
Al-Sultan Abdullah turut bertitah, Kembara Kenali Borneo ini menjadi kunjungan terakhir Seri Paduka Baginda ke Sabah dan Sarawak sebagai seorang Yang di-Pertuan Agong sejak ditabalkan pada 2019.
Yang di-Pertuan Agong bertitah, sepanjang tempoh itu, rakyat di Sabah dan Sarawak telah memberi sambutan hebat bukan hanya sewaktu kembara itu tetapi setiap kali Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkunjung ke Bumi Kenyalang dan Negeri di Bawah Bayu itu.
"Kunjungan ini adalah kunjungan terakhir saya sebagai Yang di-Pertuan Agong. Justeru, pada malam yang penuh bermakna ini saya ingin menzahirkan ucapan selamat tinggal dan terima kasih kepada seluruh rakyat Sabah dan Sarawak di atas segala memori manis yang akan terpahat segar dalam sanubari saya," titah Seri Paduka Baginda.
Majlis santapan itu turut dihadiri Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; Pemangku Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Rombongan Al-Sultan Abdullah melengkapkan Kembara Kenali Borneo bagi Sarawak yang merangkumi jarak sejauh 1,194 kilometer dengan membuat perjalanan ke Telok Melano esok, tapak permulaan bagi Lebuhraya Pan Borneo Sarawak, sebelum kembali ke Kuching dan berangkat pulang ke Kuala Lumpur.
- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 12 2023
![Kembara Kenali Borneo kesempatan Agong bina jambatan silaturahim Kembara Kenali Borneo kesempatan Agong bina jambatan silaturahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694551454_AlSultanAbdullah.jpg)
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bertitah pada Majlis Penutup dan Santapan Malam sempena Kembara Kenali Borneo. - Gambar BERNAMA
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Junjung kasih pesanan Raja Permaisuri Agong, suami isteri namakan puteri sulung ‘Azizah’ Junjung kasih pesanan Raja Permaisuri Agong, suami isteri namakan puteri sulung ‘Azizah’](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41706526235_agongYDPAsabah.jpg)
Junjung kasih pesanan Raja Permaisuri Agong, suami isteri namakan puteri sulung ‘Azizah’
Pasangan suami isteri berkongsikan kegembiraan mereka apabila menyambut puteri sulung mereka pada 9 Januari lepas, yang diberi nama Azizah Yumna Azzahra Hasri.
![Agong, Raja Permaisuri istimewa di hati rakyat Sabah - Hajiji Agong, Raja Permaisuri istimewa di hati rakyat Sabah - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694066039_Agong.jpg)
Agong, Raja Permaisuri istimewa di hati rakyat Sabah - Hajiji
Pemerintahan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong akan sentiasa terpahat di sanubari rakyat Sabah.
![Agong masih terkenang-kenang Kembara Kenali Borneo Agong masih terkenang-kenang Kembara Kenali Borneo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706074964_TBAGONGjpg.jpg)
Agong masih terkenang-kenang Kembara Kenali Borneo
Lagu Bekikis Bulu Betis dan Hanya di Sabah masih menjadi siulan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
!['Masih rindu, harap orang Borneo juga rindu orang Pahang' - Agong 'Masih rindu, harap orang Borneo juga rindu orang Pahang' - Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695454555_Agong.jpg)
'Masih rindu, harap orang Borneo juga rindu orang Pahang' - Agong
Yang di-Pertuan Agong bertitah bahawa pengalaman sepanjang meyertai Kembara Kenali Borneo masih meninggalkan kesan kepada Seri Paduka Baginda sekeluarga.
![PM beri jaminan selesaikan petisyen rakyat Sabah dan Sarawak PM beri jaminan selesaikan petisyen rakyat Sabah dan Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694875151_TBAnwarIbrahim.jpg)
PM beri jaminan selesaikan petisyen rakyat Sabah dan Sarawak
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memastikan kesemua petisyen rakyat Sabah dan Sarawak yang dipersembah kepada YDP Agong diselesaikan sebaik mungkin.
![Gelagat anakanda Agong curi perhatian, jom kenali kekanda, adinda Tengku Hassanal Gelagat anakanda Agong curi perhatian, jom kenali kekanda, adinda Tengku Hassanal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694837847_agong.jpg)
Gelagat anakanda Agong curi perhatian, jom kenali kekanda, adinda Tengku Hassanal
Tengku Hassanal diputerakan pada 17 Sept 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang.
![Agong, Permaisuri dukacita tidak dapat singgah santuni rakyat di beberapa lokasi Agong, Permaisuri dukacita tidak dapat singgah santuni rakyat di beberapa lokasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41693920491_Agong.jpg)
Agong, Permaisuri dukacita tidak dapat singgah santuni rakyat di beberapa lokasi
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan dukacita kerana tidak dapat singgah di beberapa lokasi semasa program Kembara Kenali Borneo.
![Kembara Kenali Borneo manifestasi semangat raja dan rakyat berpisah tiada Kembara Kenali Borneo manifestasi semangat raja dan rakyat berpisah tiada](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81693861938_YangdiPertuanAgon.jpg)
Kembara Kenali Borneo manifestasi semangat raja dan rakyat berpisah tiada
Kembara Kenali Borneo bukan sahaja menzahirkan manifestasi kasih rakyat kepada raja tetapi juga keprihatinan raja terhadap rakyat dan kehidupan di Sabah dan Sarawak.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691941883_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 14 September 2023.
![Kembara Kenali Borneo jadi anjakan agenda pembangunan di Sabah, Sarawak - Fadillah Kembara Kenali Borneo jadi anjakan agenda pembangunan di Sabah, Sarawak - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61693656584_kembarakenaliborne.jpg)
Kembara Kenali Borneo jadi anjakan agenda pembangunan di Sabah, Sarawak - Fadillah
Kembara Kenali Borneo (KKB) sewajarnya dijadikan anjakan serta batu loncatan agenda pembangunan di Sabah dan Sarawak ke arah penambahbaikan yang lebih baik berbanding sebelumnya, kata Timbalan Perdana