KOTA KINABALU: Bagai menghitung hari, rakyat Sabah semakin teruja untuk beramah mesra dan bertemu pasangan diraja yang terkenal dengan sikap rendah hati dan mesra rakyat bersempena dengan Kembara Kenali Borneo.
Penduduk Negeri di Bawah Bayu itu juga tidak sabar untuk menghadiri setiap program dan sesi ramah mesra bersama Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di lapan daerah yang dijadual bermula di Tawau pada 3 Sept ini dan berakhir di Sipitang pada 7 Sept.
Ketua Kampung Pulau Bait, Semporna Abdul Mumin Ramit berkata beliau bersama penduduk kampung akan ke Tawau untuk menghadiri acara pelepasan kembara itu dan tidak mahu melepaskan peluang menyertai pelbagai acara serta beramah mesra dengan Seri Paduka Baginda berdua.
Abdul Mumin, 57, berkata walaupun jarak Semporna dan Tawau lebih 100 kilometer dalam perjalanan hampir dua jam, itu bukan alasan untuk beliau bersama penduduk kampung menunjukkan rasa terima kasih atas keprihatinan Seri Paduka berdua bertemu serta melihat sendiri rakyat dan negeri Sabah.
"Walaupun Kembara Kenali Boneo ini tidak lalu Semporna, kita akan cuba datang ke Tawau untuk berjumpa sendiri dengan Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri kerana baginda berdua ini payung kepada rakyat.
"Suatu hari nanti saya dan penduduk kampung harap Seri Paduka berdua dapat berangkat ke pulau-pulau di Semporna, kampung dan pulau kami iaitu Kampung Pulau Bait yang sedia untuk menyambut Seri Paduka Baginda berdua di sini," katanya kepada Bernama.
Kembara Kenali Borneo memberi peluang kepada rakyat Sabah beramah mesra dengan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah yang mengunjungi daerah Tawau, Lahad Datu, Sandakan, Telupid, Ranau, Kota Kinabalu, Penampang dan Sipitang sebelum diteruskan ke Sarawak bermula 9 hingga 13 Sept.
Ketua Kampung Lapasan, Tuaran Simon Ganjun berkata selain beramah mesra beliau juga tidak sabar untuk berjumpa pasangan diraja itu dan memperkenalkan budaya di negeri ini serta mencuba sendiri masakan tradisi penduduk tempatan.
Simon, 55, berkata Sabah sememangnya kaya dengan kepelbagaian budaya dan tradisi dengan memiliki 33 kumpulan etnik peribumi berkomunikasi dalam lebih 50 bahasa dan 80 dialek etnik, justeru beliau tidak akan melepaskan peluang keemasan itu untuk berkongsi kesemuanya dalam sesi ramah mesra bersama baginda.
"Kawasan saya di daerah Tuaran sendiri ada etnik Bajau Sama dan Dusun Lotud, jadi di lapan daerah ini nanti Seri Paduka Baginda akan bertemu sendiri dengan kami daripada pelbagai etnik dan bila bertemu kami akan berkongsi budaya dan tradisi ini," katanya.
Peniaga buah-buahan di Pekan Nabalu, Ranau Jumaidi Sakkul, 48, berkata pekan itu merupakan persinggahan kembara berkenaan dan beliau bersama peniaga di kawasan itu telah bersiap sedia untuk mempersembahkan buah-buahan tempatan Sabah kepada Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah.
"Sekarang musim durian dan raja buah di Sabah ini amat berbeza daripada Semenanjung, selain kita juga ada durian unik boleh dapat di sini iaitu Durian Dalit isinya merah. Selain itu, saya harap Seri Paduka juga dapat rasa buah tempatan yang hanya boleh didapati di Sabah seperti buah tarap dan bambangan," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmey Yahya berkata pelbagai acara telah diatur di lapan daerah itu untuk Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah bertemu serta beramah mesra dengan rakyat di negeri ini.
Beliau berkata melalui acara itu, rakyat Sabah akan mempersembahkan budaya tempatan kepada Seri Paduka berdua antaranya masakan, kraf dan pakaian selain produk daripada anak tempatan yang sedang meningkat maju.
"Kita juga ingin berkongsi dengan Seri Paduka berdua serta rombongan (Kembara Kenali Borneo) dengan lawatan ke tempat yang kaya dengan alam semula jadi dan tamu mingguan yang unik serta sinonim dengan masyarakat di negeri ini.
"Pengisian program Kembara Kenali Borneo ini amat kami nantikan dan seluruh rakyat Sabah mengalu-alukan keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua serta rombongan nanti. Kita harap Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri seronok bersama kami rakyat Sabah," katanya.
Shahelmey berkata besar harapan seluruh rakyat di negeri ini supaya Kembara Kenali Borneo menjadi medan untuk mengukuhkan hubungan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah dengan rakyat di Negeri di Bawah Bayu ini serta memperoleh kenangan terindah untuk diingati selamanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 31 2023
Besar harapan seluruh rakyat Sabah supaya Kembara Kenali Borneo menjadi medan untuk mengukuhkan hubungan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah dengan rakyat serta memperoleh kenangan terindah untuk diingati selamanya. - Gambar fail BERNAMA
LHDN terima 114 juta rekod e-invois setakat 26 Dis
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima 114 juta e-invois daripada 9,000 pembayar cukai setakat semalam.
Saham TNB melonjak pada sesi awal susulan cadangan tarif baharu
Saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) melonjak pada sesi awal dagangan Jumaat selepas mengumumkan cadangan tarif baharu bagi Semenanjung Malaysia di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4).
EPL: Salah jaring gol bersejarah, Liverpool bangkit atasi Leicester
Jordan Ayew membuka jaringan seawal minit keenam tetapi ia masih belum cukup untuk mengeluarkan mereka dari zon penyingkiran.
India berkabung atas kematian bekas PM Manmohan Singh, sanjung legasi reformasi ekonomi
Singh, yang meninggal dunia pada usia 92 tahun di New Delhi malam Khamis, merupakan tokoh ekonomi dan pemimpin yang sangat dihormati.
Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Tiga maut, empat cedera parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Kejadian berlaku berhampiran Raftsundet di kepulauan Lofoten, destinasi pelancongan terkenal di utara Norway.
EPL: Gol dramatik Muniz buat Chelsea tersungkur di laman sendiri
Pertukaran pemain yang dilakukan Marco Silva pada lewat permainan membuahkan hasil yang cukup lumayan.
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
Junjung kasih pesanan Raja Permaisuri Agong, suami isteri namakan puteri sulung ‘Azizah’
Pasangan suami isteri berkongsikan kegembiraan mereka apabila menyambut puteri sulung mereka pada 9 Januari lepas, yang diberi nama Azizah Yumna Azzahra Hasri.
Agong, Raja Permaisuri istimewa di hati rakyat Sabah - Hajiji
Pemerintahan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong akan sentiasa terpahat di sanubari rakyat Sabah.
Agong masih terkenang-kenang Kembara Kenali Borneo
Lagu Bekikis Bulu Betis dan Hanya di Sabah masih menjadi siulan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
'Masih rindu, harap orang Borneo juga rindu orang Pahang' - Agong
Yang di-Pertuan Agong bertitah bahawa pengalaman sepanjang meyertai Kembara Kenali Borneo masih meninggalkan kesan kepada Seri Paduka Baginda sekeluarga.
PM beri jaminan selesaikan petisyen rakyat Sabah dan Sarawak
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memastikan kesemua petisyen rakyat Sabah dan Sarawak yang dipersembah kepada YDP Agong diselesaikan sebaik mungkin.
Gelagat anakanda Agong curi perhatian, jom kenali kekanda, adinda Tengku Hassanal
Tengku Hassanal diputerakan pada 17 Sept 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang.
Agong, Permaisuri dukacita tidak dapat singgah santuni rakyat di beberapa lokasi
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan dukacita kerana tidak dapat singgah di beberapa lokasi semasa program Kembara Kenali Borneo.
Kembara Kenali Borneo manifestasi semangat raja dan rakyat berpisah tiada
Kembara Kenali Borneo bukan sahaja menzahirkan manifestasi kasih rakyat kepada raja tetapi juga keprihatinan raja terhadap rakyat dan kehidupan di Sabah dan Sarawak.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 14 September 2023.
Kembara Kenali Borneo jadi anjakan agenda pembangunan di Sabah, Sarawak - Fadillah
Kembara Kenali Borneo (KKB) sewajarnya dijadikan anjakan serta batu loncatan agenda pembangunan di Sabah dan Sarawak ke arah penambahbaikan yang lebih baik berbanding sebelumnya, kata Timbalan Perdana