KUALA LUMPUR: Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia 2023 menunjukkan kanser adalah punca kematian keempat tertinggi di Malaysia, menyaksikan peningkatan kepada 12.6 peratus pada 2022 berbanding 10.5 peratus bagi tahun sebelumnya.
Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata berdasarkan Laporan Fakta Kesihatan Malaysia 2023, kanser juga adalah antara punca utama kematian di hospital swasta meliputi 26.44 peratus dan yang keempat di hospital Kementerian Kesihatan (KKM) iaitu 9.29 peratus.
"Kematian yang tinggi ini juga dapat dikaitkan dengan pengesanan penyakit di tahap yang lewat iaitu tahap III dan IV yang tinggi melebihi 60 peratus daripada keseluruhan kanser yang dilaporkan, berdasarkan laporan oleh Registri Kanser Malaysia," menurutnya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata data Registri Kanser Malaysia menunjukkan bahawa sejumlah 168,822 kes baharu telah dilaporkan bagi tempoh lima tahun bermula 2017 hingga 2021 manakala kanser payudara, kanser kolorektal, kanser paru-paru, kanser limfoma dan kanser hati merekodkan kadar insiden tertinggi bagi tempoh berkenaan.
Sempena sambutan Hari Kanser Sedunia bertema Close the Care yang berlangsung semalam, Dr Dzulkefly menyeru rakyat Malaysia untuk terus mengamalkan gaya hidup sihat melalui pemakanan selain aktif secara fizikal, tidak mengambil alkohol dan tidak merokok.
Beliau berkata rakyat Malaysia juga perlu menyokong usaha KKM dalam mencegah penyakit kanser di Malaysia seperti pemberian vaksin hepatitis B kepada bayi menerusi program Imunisasi Kebangsaan dan vaksin Papillomavirus Manusia (HPV) yang ditawarkan kepada remaja perempuan berumur 13 tahun.
"Jalani saringan kanser bagi tujuan pengesanan lebih awal kerana ia dapat meningkatkan kadar kelangsungan hidup, mengurangkan morbiditi dalam kalangan pesakit kanser dan meningkatkan kualiti hidup pesakit kanser," katanya.
Dr Dzulkefly juga berkata pihaknya akan memastikan rakyat menerima perkhidmatan komprehensif yang tidak terikat kepada kemampuan termasuk penjagaan kesihatan bagi pesakit kanser.
"Selain itu, misi dalam mempertingkat promosi kesihatan dan pencegahan penyakit termasuk kanser dengan memperkukuh fungsi kesihatan awam akan diteruskan melalui aktiviti promosi serta pencegahan terutama di fasiliti kesihatan primer KKM," katanya.
Sambutan Hari Kanser Sedunia pada tahun ini memberi penekanan kepada penjagaan kanser yang memfokus kepada keperluan pesakit secara keseluruhan meliputi kepentingan kesejahteraan fizikal dan psikologi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 04 2024
![Kematian akibat kanser meningkat kepada 12.6 peratus pada 2022 Kematian akibat kanser meningkat kepada 12.6 peratus pada 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703321425_TBDZULKEFLYAHMAD.jpg)
Dr Dzulkefly berkata data Registri Kanser Malaysia menunjukkan bahawa sejumlah 168,822 kes kanser baharu dilaporkan bagi tempoh lima tahun bermula 2017 hingga 2021. - Gambar fail/BERNAMA
![Kerajaan beri keutamaan rancakkan semula pertumbuhan ekonomi - PM Anwar Kerajaan beri keutamaan rancakkan semula pertumbuhan ekonomi - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717655521_AnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan beri keutamaan rancakkan semula pertumbuhan ekonomi - PM Anwar
Kerajaan sedang memberi keutamaan untuk merancakkan semula pertumbuhan ekonomi negara bagi mengembangkan saiz dan mengembalikannya ke landasan yang sebenar.
![Malaysia sedia bekerjasama dengan Indonesia, tugaskan pasukan pengaman ke Palestin - PM Malaysia sedia bekerjasama dengan Indonesia, tugaskan pasukan pengaman ke Palestin - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719843538_TBAnwarIbrahim.jpg)
Malaysia sedia bekerjasama dengan Indonesia, tugaskan pasukan pengaman ke Palestin - PM
Anwar berkata beliau menyambut baik gagasan kerjasama dalam misi pengaman antarabangsa Malaysia-Indonesia dan kolaborasi yang boleh diperluas di peringkat rantau ASEAN.
10 Berita Pilihan - (01 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: NG999 diperkenalkan, ganti MERS999
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Lebih RM10 bilion diluluskan untuk permohonan SJKP sejak 2008 Lebih RM10 bilion diluluskan untuk permohonan SJKP sejak 2008](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719840695_NgaKorMing.jpg)
Lebih RM10 bilion diluluskan untuk permohonan SJKP sejak 2008
Sebanyak 50,884 permohonan pinjaman Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) bernilai RM10.894 bilion telah diluluskan sejak 2008 hingga 30 April lepas.
![TM meterai perjanjian Next Generation Emergency Services 999 bernilaI RM1.25 bilion TM meterai perjanjian Next Generation Emergency Services 999 bernilaI RM1.25 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719836295_TeoNieChing.jpg)
TM meterai perjanjian Next Generation Emergency Services 999 bernilaI RM1.25 bilion
TM Tech menandatangani perjanjian dengan kerajaan untuk melaksanakan perkhidmatan talian kecemasan NG999 bernilai RM1.25 bilion.
![Malaysia tidak meratifikasi UNCAT kerana libatkan pindaan akta sedia ada Malaysia tidak meratifikasi UNCAT kerana libatkan pindaan akta sedia ada](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712206185_SaifuddinNasutionI.jpg)
Malaysia tidak meratifikasi UNCAT kerana libatkan pindaan akta sedia ada
Konvensyen itu menghendaki undang-undang negara tidak mempunyai elemen yang menyebabkan kesakitan teruk.
![Yadim selar tindakan peralat isu Palestin untuk kepentingan politik Yadim selar tindakan peralat isu Palestin untuk kepentingan politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719842071_TBHasanuddin.jpg)
Yadim selar tindakan peralat isu Palestin untuk kepentingan politik
Semua kelompok masyarakat perlu rasional, berlapang dada, bersifat terbuka serta dapat membezakan kepentingan lain dengan perjuangan Masjidil Aqsa.
![Keserasian kepimpinan Sarawak, Sabah dengan Persekutuan harus diperkukuh - Ahmad Zahid Keserasian kepimpinan Sarawak, Sabah dengan Persekutuan harus diperkukuh - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719844488_TBZahidHamidi.jpg)
Keserasian kepimpinan Sarawak, Sabah dengan Persekutuan harus diperkukuh - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata Perdana Menteri berazam untuk memenuhi permintaan-permintaan kedua wilayah itu yang dibuat di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
AWANI 7:45 [01/07/2024] - Adil dan munasabah | Operasi gempur bas persiaran | Penampang 'tenggelam' | Maut di gelanggang
#AWANI745 malam ini bersama Dzulfitri Yusof;
1. Pelajar cemerlang SPM dijamin tempat matrikulasi, kuota bumiptera dipertahan
2. Selepas kejadian di Genting, JPJ gempur bas persiaran bermula esok
3. Pemain badminton China rebah, meninggal dunia ketika aksi kejohanan remaja
4. England goyang sebelum lolos, Sepanyol mara bergaya
1. Pelajar cemerlang SPM dijamin tempat matrikulasi, kuota bumiptera dipertahan
2. Selepas kejadian di Genting, JPJ gempur bas persiaran bermula esok
3. Pemain badminton China rebah, meninggal dunia ketika aksi kejohanan remaja
4. England goyang sebelum lolos, Sepanyol mara bergaya
![Hasrat meninggal dunia di Tanah Suci termakbul Hasrat meninggal dunia di Tanah Suci termakbul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719525788_NorainiMatSari.jpg)
Hasrat meninggal dunia di Tanah Suci termakbul
Hasrat meninggal di Tanah Suci disuarakan Abd Wahab kepada jiran-jiran yang berkunjung sebelum mereka berangkat ke Tanah Suci.
![Puteri Wales Kate Middleton akan buat penampilan umum pertama tahun ini Puteri Wales Kate Middleton akan buat penampilan umum pertama tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-01/71483460962_KateMiddleton.jpg)
Puteri Wales Kate Middleton akan buat penampilan umum pertama tahun ini
Puteri Wales, akan membuat penampilan umum pertamanya tahun ini dengan menyertai keluarganya di Trooping the Colour di London.
![Kekal positif, kanser bukan penamat hidup Kekal positif, kanser bukan penamat hidup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717692056_bantucegahkanserp.jpg)
Kekal positif, kanser bukan penamat hidup
Mana-mana wanita didiagnosis menghidap kanser payudara iaitu penyakit yang menjadi musuh nombor satu wanita, pasti tidak mudah menerima hakikat itu.
![O.J. Simpson meninggal dunia akibat kanser O.J. Simpson meninggal dunia akibat kanser](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712850791_OJSimpson.jpg)
O.J. Simpson meninggal dunia akibat kanser
Bekas bintang bola sepak Amerika Syarikat (AS), O.J. Simpson yang pernah terpalit dengan kontroversi pembunuhan berkembar meninggal dunia pada usia 76 tahun akibat kanser.
![Bintang filem seram Nang Nak, Winai Kraibutr meninggal dunia Bintang filem seram Nang Nak, Winai Kraibutr meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711446300_TBwinai.jpg)
Bintang filem seram Nang Nak, Winai Kraibutr meninggal dunia
Industri perfileman Thailand kehilangan salah seorang pelaku seni hebat mereka apabila aktor Winai Kraibutr dilaporkan meninggal dunia.
![Jasad ADUN Kuala Kubu Baharu selamat disemadikan Jasad ADUN Kuala Kubu Baharu selamat disemadikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81711358580_TBLeeKeeHion.jpg)
Jasad ADUN Kuala Kubu Baharu selamat disemadikan
Jasad ADUN Kuala Kubu Baharu Lee Kee Hiong yang meninggal dunia Khamis lepas selamat disemadikan hari ini.
![Keluarga Diraja Britain 'terharu' dengan sokongan selepas umum kanser Keluarga Diraja Britain 'terharu' dengan sokongan selepas umum kanser](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81711279128_PrincessofWales.jpg)
Keluarga Diraja Britain 'terharu' dengan sokongan selepas umum kanser
Putera dan Puteri Wales dikatakan "sangat tersentuh dan terharu" dengan kemesraan dan sokongan orang ramai berikutan pengumuman kanser, lapor PA Media/dpa.
![Charles bangga keberanian Kate dedah rawatan kanser Charles bangga keberanian Kate dedah rawatan kanser](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711145796_KingCharles.jpg)
Charles bangga keberanian Kate dedah rawatan kanser
Charles sangat bangga dengan Kate dan telah terus berhubung rapat dengan menantu kesayangannya itu selama beberapa minggu kebelakangan ini.
![Kate Middleton sahkan hidap kanser Kate Middleton sahkan hidap kanser](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711145339_PrincessofWales.jpg)
Kate Middleton sahkan hidap kanser
Isteri pewaris takhta Putera William itu menyifatkan penemuan kanser itu sebagai "satu kejutan besar".
![ADUN Kuala Kubu Baharu Lee Kee Hiong meninggal dunia ADUN Kuala Kubu Baharu Lee Kee Hiong meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710998667_TBLeeKeeHiongj.jpg)
ADUN Kuala Kubu Baharu Lee Kee Hiong meninggal dunia
Berita kematian ADUN DAP itu disahkan oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dalam satu kenyataan pada Khamis.