KUALA TERENGGANU: Kematian 20 ekor kucing secara serentak di kawasan peranginan Pantai Bukit Keluang dekat Besut pada 6 Mac lepas bukan disebabkan racun, sebaliknya berpunca daripada jangkitan 'Parvovirus'.
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Negeri Dr Anun Man berkata hasil ujian makmal yang dijalankan oleh JPV dan Jabatan Kimia mendapati tiada sebarang kesan racun ditemukan pada sampel bangkai haiwan itu.
"Hasil ujian diagnostik yang dilakukan tidak mengesan kewujudan racun seperti yang disyaki, namun kucing-kucing itu disahkan positif jangkitan Parvovirus yang boleh merebak dengan begitu cepat, melibatkan jumlah haiwan yang besar.
"Punca jangkitan ini adalah kerana kucing-kucing itu tidak divaksin, dan selain kucing, virus ini juga boleh menjangkiti anjing," katanya ketika ditemui pemberita di majlis sambutan Aidilfitri JPV Terengganu di sini hari ini.
Beliau tidak menolak kemungkinan kucing-kucing itu dibuang pihak tertentu setelah mendapati haiwan itu berpenyakit dan tidak boleh diselamatkan lagi.
"Namun tiada sebarang bukti yang boleh mengaitkan perbuatan ini dengan mana-mana pihak. Mungkin pemiliknya risau penyakit itu akan menular ke haiwan peliharaan yang lain, jadi langkah itu (membuang di pantai) yang diambil," kata Dr Anun.
Video 20 ekor kucing yang mati bergelimpangan di Pantai Bukit Keluang itu tular di media sosial sebaik sahaja dimuat naik oleh seorang kakitangan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada pagi kejadian, yang menimbulkan pelbagai reaksi daripada warganet.
BACA: 20 ekor kucing ditemukan mati bergelimpangan di Pantai Bukit Keluang, Besut
BACA: Kucing mati: Veterinar Terengganu bedah siasat, hantar sampel untuk diagnostik
Susulan itu, kakitangan JPV telah turun ke lokasi untuk membuat siasatan dan mengambil bangkai untuk dihantar ke makmal bagi mengetahui punca sebenar kematian.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 25 2022

Kematian 20 ekor kucing secara serentak di kawasan peranginan Pantai Bukit Keluang dekat Besut pada 6 Mac lepas bukan disebabkan racun, sebaliknya berpunca daripada jangkitan 'Parvovirus'. - Gambar fail/Twitter @jnmalaysia

Festival Makanan Ramadan ASEAN Putrajaya tampilkan hidangan serantau
Raikan kepelbagaian budaya ASEAN melalui keunikan tradisi kulinari sekali gus menyatukan masyarakat dalam semangat perpaduan.

Forum Antarabangsa Astana 2025 tumpu dialog kritikal mengenai isu global dan keutamaan
Forum itu antara lain akan meneroka penyelesaian praktikal terhadap cabaran dunia dalam suasana ketidaktentuan dan polarisasi global.

EU salur AS$70.9 juta untuk tangani krisis Rohingya
Dana itu akan diguna untuk membantu komuniti tuan rumah di Bangladesh serta penduduk yang terjejas akibat keganasan di Rakhine, Myanmar.

CAAM bakal lancar peraturan sistem pengurusan trafik UAS baharu suku keempat 2025
Peraturan itu merupakan satu langkah besar dalam usaha negara menangani peningkatan permintaan bagi teknologi dan industri UAS yang semakin pesat membangun.

Kapal Tentera Laut Korea Selatan 'Cheonjabong' singgah di Pelabuhan Klang
Kapal Pendaratan Dok (LSD) itu membawa peralatan Tentera Darat Korea Selatan, termasuk Kereta Kebal Tempur Utama (MBT) K2, dan Howitzer Gerak Sendiri (SPH) K-9.

Presiden Lubnan lakukan lawatan luar negara pertama ke Arab Saudi
Joseph Aoun dijadual menghadap Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman semasa lawatannya ke negara itu.

Thailand pertimbang bina tembok sempadan sekat pergerakan sindiket pusat panggilan
PM Thailand tekankan keperluan untuk usaha berterusan dan mencadangkan beberapa langkah, termasuk mengkaji kebolehlaksanaan tembok sempadan.
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.

Bomba selamatkan wanita dan tiga ekor kucing dalam kebakaran
Tindakan pantas pihak bomba berjaya menyelamatkan seorang wanita dan tiga ekor kucing dalam kebakaran membabitkan sebuah kedai dua tingkat di Tingkat Mahsuri, Bayan Lepas di sini hari ini.

Suspek letak kucing dalam guni telah diambil keterangan - DVS Selangor
DVS telah mengambil keterangan beberapa individu disyaki terlibat dalam memasukkan sebilangan ekor kucing yang masih hidup ke dalam guni.

Video tular: Sumbat kucing hidup-hidup dalam guni
Polis menjalankan siasatan berkaitan tindakan sekumpulan individu di kawasan Pangsapuri Batu 9, Cheras yang didakwa menangkap beberapa ekor kucing sebelum memasukkannya ke dalam guni.

'Pembunuhan' kucing di UM dilakukan psikopat? - Aktivis haiwan
Aktivis haiwan yakin kejadian membabitkan beberapa ekor kucing yang ditemukan dalam keadaan ngeri dengan perut dibelah, kaki dipotong serta usus dikeluarkan di UM mungkin dilakukan psikopat.

Tular: Kucing mati putus kaki, perut terbelah di UM bukan akibat didera
Kes dua ekor kucing ditemui mati dalam keadaan mengerikan di Universiti Malaya (UM) yang disangkakan dibunuh kejam oleh manusia, disahkan maut akibat serangan anjing liar.

Polis terima laporan kejadian kucing dibunuh dengan kejam
Polis telah menerima laporan mengenai penemuan tiga ekor kucing yang mati dengan keadaan kepalanya berlumuran darah.

Polis terima laporan kes kucing diseret
Polis mengesahkan menerima laporan ke atas seorang lelaki yang bertindak menganiayai seekor kucing dengan mengikat tali di leher haiwan itu sebelum diseret dalam kejadian di Scott Garden Soho.

Pemandu tidak sedar kucing tergantung ketika mahu bawa ke klinik haiwan
Pengadu hanya sedar haiwan berkenaan berada dalam keadaan tergantung selepas sampai di klinik dan bertindak membukakan ikatan di lehernya.

Kecoh himpunan 250 ekor 'oyen'
Orang ramai terutama pencinta kucing begitu teruja menyaksikan gelagat kucing berbulu oren daripada pelbagai baka.

Kucing terima Ijazah Kehormat 'Doctor of Litter-ature'
Vermont State University Castleton Campus mengumumkan anugerah khas kepada kucing digelar Max itu kerana kemesraan luar biasa.