KUALA LUMPUR: Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan bagi setiap 100,000 penduduk meningkat 6.3 peratus pada Minggu Epidemiologi keempat 2023 (ME 4/2023) dari 22 hingga 28 Jan, berbanding minggu sebelumnya.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 populasi pada ME 4/2023 berbanding ME 3/2023 pula mencatat peningkatan 20 peratus bagi pesakit kategori satu dan dua manakala pesakit kategori tiga hingga lima tiada perubahan.
"Namun, peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 4/2023 berbanding ME 3/2023 bagi katil bukan kritikal menurun satu peratus dan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) juga menurun satu peratus," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes positif COVID-19 yang dipantau Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara menunjukkan penurunan, namun bilangan kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke hospital meningkat 84.6 peratus.
Selain itu, dari 25 Jan 2020 (ME 4/2020) hingga 28 Jan 2023 (ME 4/2023), kumulatif kes baharu COVID-19 ialah 5,035,871 kes, kumulatif kes sembuh (4,989,819), purata kes aktif (9,478), kumulatif kes kematian (36,940) dan kumulatif kluster sebanyak 7,170 dengan lima kluster aktif.
Dr Noor Hisham memaklumkan bilangan kes sembuh pada ME 4/2023 menurun 35.3 peratus (2,088 kepada 1,350 kes), bilangan kes baharu menurun 8.5 peratus (2,379 kepada 2,177 kes) manakala bilangan kes kematian menurun 66.7 peratus (24 kepada 8 kes).
Sementara itu, nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) pada ME 4/2023 ialah 0.82, katanya.
Hasil survelan COVID-19 di lokasi sentinel seluruh negara mendapati 19 sampel Penyakit Seperti Influenza (ILI) dikesan positif COVID-19 manakala tiada sampel Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) dikesan positif COVID-19.
Beliau berkata Kementerian Kesihatan akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam dan luar negara melalui maklumat diperoleh daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan pihak berkuasa negara-negara serantau selain memastikan agar langkah pencegahan dan kawalan sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 01 2023

Dr Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam dan luar negara melalui maklumat diperoleh daripada WHO dan pihak berkuasa negara-negara serantau. - Fail/BERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan meningkat 6.3 peratus - Dr Noor Hisham
Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan bagi setiap 100,000 penduduk meningkat 6.3 peratus pada Minggu Epidemiologi keempat 2023.