KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan melaksanakan kemasukan pelajar ke kampus secara berperingkat bermula 15 Oktober ini.
Menterinya, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, kemasukan pelajar yang lengkap divaksin ke institusi pengajian tinggi (IPT) ini melibatkan semua kategori pelajar dan semua Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang memberi keutamaan kepada pelajar berkeperluan.
"Sukacita saya mengumumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan melaksanakan kemasukan pelajar secara fizikal ke kampus secara berperingkat seperti mana yang diluluskan oleh MKN. Proses ini akan dijalankan secara berperingkat bermula 15 Oktober 2021.
"Kemasukan pelajar yang lengkap divaksin ke IPT ini melibatkan semua kategori pelajar dan semua Fasa PPN dimana keutamaan diberikan kepada pelajar berkeperluan. Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira input sesi libat urus bersama-sama MKN dan KKM; pengurusan IPT yang merangkumi Naib-naib Canselor, Timbalan-timbalan Naib Canselor, dan wakil-wakil persatuan IPTS; serta Majlis Perwakilan Pelajar dan wakil Kesatuan/Persatuan Pelajar,"katanya dalam satu sidang media pada Selasa.
Ujarnya, proses kemasukan pelajar ini akan menggunakan SOP Sektor Pendidikan Tinggi: Pengoperasian IPT. Keberadaan warga IPT yang telah lengkap divaksin akan membentuk komuniti sosial yang selamat
serta mewujudkan persekitaran Fasa 4 PPN di dalam kampus.
"Jadinya, SOP yang ketat perlu diamalkan bagi menguruskan pergerakan keluar dan masuk,"ujar beliau.
Pergerakan Pelajar
Dalam pada itu, menyedari kemasukan pelajar IPT melibatkan pergerakan pelajar dalam jumlah yang besar, Noraini berkata, KPT menetapkan proses kemasukan pelajar ke IPT dilaksanakan secara berperingkat bermula 15 Oktober 2021 mengikut kalendar akademik IPT masing-masing.
Justeru, IPT perlu membuat perancangan yang teliti dengan mengenal pasti pelajar, menentukan jadual pergerakan, dan memastikan warga IPT melalui proses saringan kesihatan yang ketat.
Pergerakan pelajar kembali ke kampus adalah berdasarkan kepada dua perkara iaitu bagi IPT di Semenanjung, hanya surat kebenaran kembali ke kampus daripada IPT diperlukan.
Manakala, bagi IPT di Sarawak, Sabah dan Labuan, adalah tertakluk kepada SOP yang dikuatkuasakan oleh Kerajaan Negeri masing-masing.
"Pelajar perlu mendapatkan surat kebenaran rentas daerah atau negeri daripada Polis Diraja Malaysia dan menjalani Ujian Swab RT-PCR. Cakna terhadap kos yang perlu ditanggung oleh pelajar, ujian ini akan diberikan secara percuma di klinikklinik kesihatan Kerajaan,"tambahnya.
Dalam masa sama, KPT menetapkan supaya IPT menyediakan pusat pengasingan di IPT masing-masing bagi menguruskan kes-kes bergejala atau jangkitan selain digalakkan untuk memberi kit ujian kendiri Covid-19 kepada para pelajar yang kembali ke kampus.
Pelajar Warga Asing
Untuk kemasukan pelajar antarabangsa, kebenaran masuk ke Malaysia adalah melibatkan tiga kategori iaitu pelajar warganegara United Kingdom (UK) yang sebelum ini kemasukannya disekat, pelajar antarabangsa yang mengikuti program-program Mobiliti dan Edutourism dan tanggungan yang sah bagi pelajar antarabangsa yang berhasrat membawa keluarga bersama ke negara ini.
Bagi pelajar antarabangsa yang telah lengkap vaksin, mereka perlu mendaftar dengan Education Malaysia Global Services (EMGS) sebelum diberikan kebenaran masuk ke Malaysia oleh Jabatan
Imigresen Malaysia (JIM).
Manakala, ujian swab RT-PCR COVID-19 perlu dijalankan tiga hari sebelum masuk ke Malaysia.
Setibanya di Malaysia, pelajar akan menjalani saringan kesihatan dan kuarantin di lokasi yang ditetapkan.
PdP
Dalam pada itu, kata Noraini, proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) akan dilaksanakan secara hibrid dengan pematuhan SOP yang telah diluluskan oleh MKN.
Bagi kursus atau program yang dijalankan secara dalam talian, pelajar boleh memilih untuk meneruskan PdP secara dalam talian di lokaliti masing-masing.
"Aktiviti-aktiviti melibatkan makmal, bengkel, studio dan penyelidikan boleh dijalankan secara berkumpulan, berpandukan SOP yang ditetapkan," kata beliau lagi.
Astro Awani
Tue Sep 14 2021
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan melaksanakan kemasukan pelajar ke kampus secara berperingkat bermula 15 Oktober ini. Gambar fail
Hanya berbaki 1,000 topi keledar di kaunter JPJ pada hari kedua 2TM
Hanya 1,000 unit topi keledar lagi yang berbaki untuk hari kedua Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM).
"Bila saya kata saya tak ambil gaji, kena sindir.." - PM Anwar
"Kita tak ambil gaji. Elaun Parlimen kita ambil, Azizah pun ada elaun Parlimen. Jadi campur-campur okaylah," kata Perdana Menteri mengenai sindiran pendirian beliau tidak mengambil gaji.
#AWANInews
#AWANInews
Masters China: Pang Ron-Su Yin mara final, bakal bertemu pilihan pertama
Bregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, kini tiba di pentas final Masters China susulan kemenangan yang dilakar dalam aksi separuh akhir.
Malaysia-Korea Selatan: Korea Selatan minat kerjasama pembangunan lebuh raya di Malaysia
Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur terutamanya pembangunan dan pengurusan lebuh raya pintar yang mengintegrasikan teknologi tinggi dan canggih di negara ini.
Pecah rekod Erling Haaland, Harry Kane muncul penjaring 50 gol terpantas Bundesliga
Kane membuka jaringan pada minit ke-53 menerusi sepakan penalti sebelum dua gol pantas dalam masa kecederaan.
Tingkat integriti: Kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan
Penggunaan kamera badan bagi anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sangat diperlukan bagi meningkatkan integriti dalam kalangan anggota bertugas dan orang awam.
Syarikat telco utama tawar pakej Internet, peranti menarik sempena program 2TM
Pelbagai pakej Internet dan peranti menarik ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi utama pada Program Dua Tahun Kerajaan Madani (2TM).
Tular video pekerja asing beli minyak masak subsidi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menyerbu dua premis di Sungai Buloh susulan video tular pembelian minyak masak subsidi 1kg oleh pekerja restoran nasi kandar.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Polis tidak pernah henti siasat kes simbah asid Faisal Halim - KPN
Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim.
China Masters: Impian final Tang Jie-Ee Wei berkecai
PERJALANAN gandingan beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei di China Masters tersekat di separuh akhir pada Sabtu.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.
Laporan PBB: Kemiskinan tegar dunia meningkat pertama kali dalam tempoh 20 tahun
Dunia menyaksikan peningkatan kemiskinan tegar buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun dan ketidaksamaan meningkat dengan ketara serta kekal tinggi.
Kerajaan Sarawak belanja RM601 juta untuk 17 projek pembaharuan bandar - Awang Tengah
Kerajaan Negeri memperuntukkan RM601 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi melaksanakan 17 projek Pembaharuan Bandar di Sarawak.
COVID 19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
COVID 19: PENIAGA BEBAS, LEPAS TUDUHAN SEBAR BERITA PALSU
Persidangan Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita bertujuan tingkat kesedaran - Nancy
Persidangan Antarabangsa mengenai Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita Khamis ini bertujuan meningkatkan kesedaran.