Sepasang kanak-kanak kembar antara dua maut dalam kemalangan ngeri yang mengorbankan tiga nyawa berhampiran lampu isyarat MRSM Lenggong, dekat sini, pada pagi Ahad.
Mangsa, Muhd Hanif Ismail dan kembarnya, Nur Ain Hanifah Ismail, 8, serta kakak mereka, Nur Ain Hafizah, 22, maut apabila kenderaan jenis Honda HRV mereka dirempuh sebuah lori muatan ikan dalam kejadian berkenaan.
Difahamkan, kenderaan yang membawa enam sekeluarga itu sedang menuju ke Kuala Kangsar dari arah Terengganu untuk menghabiskan cuti sekolah.
Sementara itu, bapa mangsa, Ismail Yaacob, 53, dan ibu kanak-kanak, Zarina Yong, 44, mengalami kecederaan parah dan masing-masing dirujuk ke Hospital Taiping dan Hospital Kuala Kangsar bagi rawatan lanjut.
Seorang lagi anak mereka, Nur Ain Harizah,13, mengalami kecederaan ringan.
Ketua Polis Daerah Gerik, Supt Ismail Che Isa berkata, kemalangan yang melibatkan lima kenderaan itu berlaku berikutan lori ikan yang mengalami kerosakan brek lalu merempuh kenderaan keluarga tersebut.
"Siasatan awal mendapati lori muatan ikan tersebut telah merempuh sebuah Nissan Grand Livina dan Honda HRV yang berada di lorong kiri.
"Dua lagi kenderaan iaitu Toyota Hilux dan Nissan Sentra pula berada di lorong kanan sewaktu kejadian," katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.
Difahamkan, kemalangan tersebut melibatkan satu lagi keluarga yang menggunakan kenderaan jenis Nissan Grand Livina.
Afiq Syahid Hairollizam, 13, mengalami kecederaan dalaman di perut dan dihantar ke Hospital Taiping manakala ibu bapa serta adik perempuannya cedera ringan.
Pemandu Toyota Hilux dan Nissan Sentra yang turut terlibat tidak mengalami sebarang kecederaaan.
Difahamkan, pemandu dan kelindan lori muatan ikan tersebut pula tidak mengalami sebarang kecederaan.
Nazialita Geynna Maharan
Sun Dec 10 2017
Kembar Muhd Hanif (depan, kanan) dan Nur Ain Hanifah (depan, kiri) bersama kakak mereka Nur Ain Hafizah merupakan tiga mangsa yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di Lenggong pagi tadi. - Gambar ihsan
Bruno Fernandes tidak mahu penyokong Manchester United terbiasa kalah
Kapten Manchester United, Bruno Fernandes, tidak sesekali mahukan penyokong pasukan itu membiasakan diri dengan kekalahan.
P2 Biotech sokong seruan TPM revolusi teknologi industri getah
Seruan ini selaras dengan visi P2 Biotech untuk memodenkan sektor getah, memperkasakan pekebun kecil, serta menarik minat generasi muda.
Google ambil alih pasukan kejuruteraan HTC Vive
Android XR akan digunakan set kepala Samsung Project Moohan dan juga cermin mata pintar Samsung yang masih di peringkat awal pembangunan.
Ipoh antara lapan bandar terbaik di Asia perlu dikunjungi
Menurut Rumaizi, Ipoh berada di kedudukan kelima daripada senarai destinasi pelancongan terbaik di benua Asia.
Tumbuk kakitangan Puspakom, pemilik lori didenda RM1,600
Koh Soon Hua, 60, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah.
Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?
Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF.
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
Remaja maut nahas tiga kenderaan di Jalan Kinabalu
Pemandu dipercayai telah terbabas ke pembahagi jalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar kenderaan Honda HRV dan Honda CRZ Hybrid.
Tular buat pusingan U haram di SDE, pemandu tiada lesen memandu
Pemandu van yang tular di laman sosial berikutan membuat pusingan U secara tiba-tiba sehingga menyebabkan kemalangan di Kilometer 59.7, Lebuh Raya Senai-Desaru, didapati memandu tanpa lesen yang sah.
Kemalangan Lenggong: Kanak-kanak kembar antara tiga beradik terkorban
Sepasang kanak-kanak kembar antara tiga maut dalam kemalangan ngeri di Lenggong pagi Ahad.
Tiga maut dirempuh lori ikan
Tiga maut apabila kenderaan mereka dirempuh oleh sebuah lori membawa muatan ikan dalam kemalangan berhampiran lampu isyarat MRSM Lenggong.