Berbeza dengan kebanyakan keluarga yang dapat menikmati hidangan lazat sewaktu berada di rumah ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sebuah keluarga di Taman Cendana di Pasir Gudang, di sini hanya mampu menjamah nasi 'berulamkan' gula serta bubur kosong sejak empat hari lepas bagi mengalas perut.
Roslan Aliudins, 30, berkata dia tidak mampu menghidangkan makanan lazat kerana sudah kehabisan wang simpanan setelah tidak dapat bekerja sebagai pendawai sejak pelaksanaan PKP.
Katanya, dia bersama isteri, Nurul Nisa Irmin, 26, dan anak lelaki mereka, Mohamad Danial, 4, mengalas perut dengan hidangan itu menerusi beras dan gula hasil sumbangan Persatuan Penduduk Taman Cendana.
"Saya bekerja sendiri, kalau ada pelanggan, maka adalah duit, saya rasa putus asa apabila tidak dapat bekerja, tetapi kita kena faham wabak ini bahaya.
"Sebenarnya ada beberapa pelanggan yang menelefon meminta saya membaiki pendawaian elektrik di rumah mereka, tetapi saya terpaksa menolak," katanya ketika ditemui pemberita hari ini.
Roslan yang berasal dari Lahad Datu, Sabah bekerja sebagai pendawai sejak 10 tahun lepas dengan pendapatan kira-kira RM800 sebulan.
Kesusahan Roslan sekeluarga mendapat perhatian pasar raya Econsave Cash and Carry yang sudi menghulurkan bantuan bekalan makanan kepada mereka hari ini.
Pengurus Operasi Econsave Wilayah Selatan, Mas Imran Adam berkata, pihaknya berbesar hati memberi sumbangan barangan keperluan asas bukan sahaja kepada keluarga Roslan malah kira-kira 3,000 penerima di kawasan perumahan terbabit.
Beliau berkata, sebanyak tiga tan sayur-sayuran dan 220 kilogram ikan turut diagihkan kepada setiap rumah dengan kesemua makanan terbabit disumbangkan para pembekal sayur serta ikan.
"Untuk permulaan, bantuan ini dimulakan di Taman Cendana tetapi hari ini, kami juga menerima banyak panggilan dan pesanan menerusi WhatsApp yang meminta kami menghantarkan bekalan makanan ke kawasan lain.
"Jadi, kami berharap kalau ada pembekal sayur-sayuran atau buah-buahan yang sebelum ini menghantarnya ke kantin, kedai makan dan mungkin ada gred agak rendah, kalau sekarang ini mereka tidak dapat pasarkan barangan mereka, salurkanlah kepada kami untuk kami edarkan kepada orang ramai," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sun Apr 05 2020
Roslan Aliudins bersama isteri dan anaknya hanya mampu menjamah nasi kosong sahaja kerana sudah kehabisan wang. - Gambar hiasan
Siasatan undang-undang tentera: Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini.
10 Berita Pilihan - (22 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Polis selamatkan dua OKU warga China dijadikan pengemis
Polis menyelamatkan dua Orang Kurang Upaya (OKU) warga China yang dipercayai dijadikan sebagai pengemis.
Op Gempur: JAS Pulau Pinang periksa 250 premis, loji kumbahan sepanjang 2024
Sebanyak 250 premis dan loji kumbahan diperiksa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang sepanjang tahun ini menerusi 12 siri Op Gempur melibatkan semua lima daerah dalam negeri ini.
46 kes tidak patuh SHMMP di Johor tahun ini
Sebanyak 46 kes tidak mematuhi peraturan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) dengan jumlah kompaun RM5,100 direkodkan di Johor tahun ini.
Tujuh sekeluarga tinggal dalam kereta penerima Zakat Pulau Pinang
Tujuh sekeluarga yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas mendakwa ditipu tuan rumah di sini adalah penerima Zakat Pulau Pinang (ZPP).
KPDN Kelantan rampas pelbagai barangan seludup, barangan kawalan bernilai lebih RM6.8 juta
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan merampas pelbagai barangan seludup dan barangan kawalan dianggarkan bernilai lebih RM6.8 juta sejak awal Januari hingga semalam.
AWANI Tonight: Honda, Nissan begin merger talks, set to form the world’s third-largest automaker
Honda and Nissan are officially exploring a merger to create a joint holding company, with a goal of reaching $191 billion in combined sales.
AWANI Tonight: Addressing Malaysia’s literacy, numeracy gaps
As of October, nearly 74,000 Year 1 pupils have yet to master basic literacy and numeracy skills. Chan Soon Seng from Teach For Malaysia highlights the contributing factors and emphasises the need for more tailored approaches to support students.
479 mangsa terjejas, 113 rumah rosak, roboh akibat ribut
Ribut yang melanda empat perkampungan atas air di sini semalam mengakibatkan 497 orang terjejas dengan 113 kediaman rosak serta roboh.
Keluarga susah hanya jamah nasi berulamkan gula, bubur kosong
Sebuah keluarga di Taman Cendana di Pasir Gudang di sini hanya mampu menjamah nasi 'berulamkan' gula serta bubur kosong sejak empat hari lepas bagi mengalas perut.