BUKIT MERTAJAM: Demi mengharapkan pekerjaan yang memberikan gaji lumayan, Tay Poh Chai, 39, berlepas ke Kemboja Disember lepas, namun malang yang menimpa menyebabkan beliau kini hidup dalam tekanan dan terancam di negara asing, menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran kerja.
Ibunya Khor Cha Bo, 68, kini hanya mampu merayu bantuan pihak kerajaan, terutama Kementerian Luar dan polis agar membantu membawa anak lelakinya itu kembali ke tanah air.
Khor berkata anaknya diajak oleh kawannya ke Kemboja kerana mendapat tawaran kerja dalam bidang perjudian atau kasino dalam talian dengan gaji yang lumayan, menjangkau RM8,000 hingga RM9,000 sebulan.
"Anak saya bekerja secara sambilan sebagai juruteknik elektrik di sini dan dia diajak kawan ke Kemboja kerana gaji yang lumayan di sana, tetapi saya dan ahli keluarga yang lain telah nasihatkan agar tidak pergi, namun dia berkeras mahu ke sana sebab boleh kumpul duit serta tambah pendapatan.
"Sepanjang dia di sana, ada beberapa kali kami berhubung dan dia beritahu yang dia berada dalam keadaan baik... sehinggalah 28 Mei lepas dia hubungi kami menerusi aplikasi Wechat dan maklumkan minta pertolongan kewangan AS$15,000 kerana majikan dia beritahu yang dia tidak lagi sesuai untuk kerja itu.
"Wang itu adalah untuk ganti rugi dan majikan mengugut, jika gagal membayar jumlah yang diminta mereka akan jual organ dalaman anak saya... kami bimbang dan takut apa-apa terjadi kepadanya, dan sebab itu saya mohon bantuan kerajaan dan pihak berkuasa untuk selamatkan dia," katanya kepada pemberita dalam sidang media anjuran Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim, di sini hari ini.
Khor berkata, Poh Chai ada memaklumkan ketika ini dia tidak lagi bekerja kerana majikannya telah membuangnya dan dia perlu meneruskan hidup, terutama membeli makanan menggunakan wang sendiri yang hampir kehabisan sekarang ini.
"Menurut Poh Chai, semasa bekerja juga gajinya sering dipotong oleh majikan kerana mendakwa dia buat salah ketika kerja jadi setiap bulan gajinya sedikit sahaja... sekarang ini dia dikurung di satu kawasan dan sentiasa diawasi pihak majikannya," katanya.
Abang kepada Poh Chai, Poh Heng berkata adiknya turut memaklumkan dia pernah diseksa dengan renjatan elektrik dan bukan hanya dia seorang rakyat Malaysia di sana, (Kemboja) malah terdapat ramai juga lagi mengalami nasib sepertinya.
Sementara itu Steven berkata beliau terus menghubungi pejabat Menteri Luar sebaik menerima maklumat daripada keluarga Poh Chai yang memohon pertolongan semalam supaya tindakan segera dapat diambil.
April lepas 12 rakyat Malaysia yang diperdaya dengan iklan peluang pekerjaan sebagai pegawai khidmat pelanggan yang menawarkan gaji lumayan di Kemboja, berjaya dibawa pulang ke tanah air, hasil kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), polis Kemboja, Polis ASEAN (Aseanapol) dan Wisma Putra.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 14 2022

Steven (kiri) bersama ahli keluarga mangsa yang merayu bantuan supaya anak mereka diselamatkan dari sindiket penipuan pekerjaan di Kemboja. - Facebook Steven Sim Chee Keong

Kilang kitar semula musnah dalam kebakaran
Sebuah kilang kitar semula di Jalan Perindustrian Bukit Minyak di Bukit Mertajam musnah dalam kebakaran hari ini.
AWANI 7:45 [16/3/2025] – Sokongan dua pertiga Ahli Parlimen | Bukan BN boikot | Nasihat semua rakyat Malaysia | Peruntukan pembangkang
Had PM 10 tahun, kerajaan sedia pinda perlembagaan.
BN tidak diundang hadir Kongres DAP.
Jangan hina agama lain, nanti agama lain hina agama kita.
Perikatan Nasional sudah hantar surat permohonan peruntukan.
BN tidak diundang hadir Kongres DAP.
Jangan hina agama lain, nanti agama lain hina agama kita.
Perikatan Nasional sudah hantar surat permohonan peruntukan.
AWANI Ringkas: Kebakaran hutan | Suara Rakyat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Lebih 1,000 meriahkan Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri
Lebih 1,000 hadirin memeriahkan Majlis Berbuka Puasa bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dianjurkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
AWANI Ringkas: Jenayah | Peruntukan Pembangkang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PM Anwar minta Kementerian Ekonomi beri perhatian 10 cadangan projek utama di Negeri Sembilan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Kementerian Ekonomi untuk memberikan perhatian khusus kepada 10 cadangan projek keutamaan di Negeri Sembilan.

Loke kekal Setiausaha Agung, Gobind dipilih Pengerusi dan Guan Eng Penasihat DAP
Ini adalah penggal kedua Loke menjawat jawatan berkenaan sejak mengambil alih daripada Lim Guan Eng pada 2022.
AWANI Global: Muktamadkan Kod Tatalaku (COC) Laut China Selatan
Adakah Kod Tatalaku (COC) Laut China Selatan bakal dimuktamadkan tahun ini? Sejauh mana kerjasama China dan empat negara ASEAN yang lain mencapai kesepakatan menjadikan Laut China Selatan sebagai laut aman didukungi persahabatan dan kerjasama? Diskusi dan analisis bersama hos Nazri Kahar dalam AWANI Global 9 malam ini.

Syahredzan, Young Syefura dipilih anggotai CEC DAP
Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan dan Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman antara pemimpin Melayu yang terpilih dalam Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bagi penggal 2025 hingga 2028.
#AWANIRingkas 16 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 16 Mac 2025
1️⃣ Tiga termasuk ahli kimia ditahan
2️⃣ Kerajaan sudah terima surat permohonan PN
3️⃣ Kelab malam di North Macedonia terbakar, 51 maut
#awaniringkas
1️⃣ Tiga termasuk ahli kimia ditahan
2️⃣ Kerajaan sudah terima surat permohonan PN
3️⃣ Kelab malam di North Macedonia terbakar, 51 maut
#awaniringkas

Guru rugi lebih RM200,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa berminat sertai pakej pelaburan Bitcoin yang menjanjikan pulangan lumayan dalam masa singkat, sebaik menerima satu mesej di WhatsApp.

Jabatan Penjara kesan sindiket minta wang untuk makanan istimewa penghuni
Kegiatan itu dikesan setelah pihak Jabatan Penjara menerima beberapa aduan daripada mangsa yang menerima pesanan ringkas tersebut.

Dua wanita jadi keldai akaun ditahan sebabkan kerugian lebih RM1 juta
Polis menahan dua wanita dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan berasingan, sehingga menyebakan mangsa kerugian lebih RM1 juta dalam kejadian baru-baru ini.

Thailand pertimbang bina tembok sempadan sekat pergerakan sindiket pusat panggilan
PM Thailand tekankan keperluan untuk usaha berterusan dan mencadangkan beberapa langkah, termasuk mengkaji kebolehlaksanaan tembok sempadan.

Pihak berkuasa Thailand akui sukar bezakan mangsa dan 'scammer'
Pihak berkuasa Kemboja menyatakan, mereka tiba secara sukarela untuk terlibat dalam aktiviti haram, malah dilabel sebagai suspek jenayah.

60 rakyat Malaysia diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Kemboja
Operasi penyelamatan itu menyasarkan tempat-tempat yang terlibat dengan penipuan dalam talian di Poipet, berhampiran sempadan Kemboja-Thailand.

Warga emas rugi RM4 juta diperdaya skim pelaburan tidak wujud
Polis mengesahkan seorang pesara sebuah syarikat swasta mengalami kerugian RM4 juta selepas diperdaya sindiket penipuan pelaburan saham dalam talian menerusi laman sosial Facebook.

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Datuk rugi RM26.6 juta ditipu skim pelaburan kripto
Lelaki berusia 74 tahun itu tertarik dengan iklan pelaburan tersebut selepas membuat carian di Google.

Terpedaya 'phone scam', pesara rugi lebih RM100,000
Akibat takut dan panik, mangsa pindahkan RM45,000 daripada akaun Tabung Haji ke akaun baharu itu selain membuat pinjaman peribadi RM50,000.