Keluarga pesara tentera Ismail Jaafar, 71 yang juga pencipta nama kereta Proton Saga, kereta nasional pertama negara, mahu menunaikan hasrat terakhir beliau iaitu menjejaki semula kereta yang diterimanya sebagai hadiah pada 1985.
Balunya, Sariah Abdul Rahman, 69, berkata Allahyarham suaminya amat menyayangi kereta tersebut namun terpaksa menjualnya bagi menampung perbelanjaan pengajian anak-anak serta membayar balik pinjaman perumahan.
"Bagi menggembirakan hati suami, anak bongsu kami Siti Sarismahaniza (meninggal dunia pada 2016) membelikan sebuah Proton Gen 2 dengan nombor plat yang sama kira-kira tujuh tahun lalu untuk ayahnya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Nuri Jaya dekat sini, hari ini.
BACA: Pencipta nama Proton Saga meninggal dunia
Ismail yang bersara dengan pangkat staf sarjan dan jawatan terakhir ketua kerani di sebuah sekolah tentera (Kor Perkhidmatan) di Taiping, Perak, meninggal dunia akibat sakit tua pada 3.10 petang Jumaat lalu.
Sementara itu, anak ketiganya, Siti Sarismahanim, 37, berkata mereka berjaya menghubungi pemilik kereta terbabit yang dipercayai berada di Pendang.
"Kami dimaklumkan ada pengubahsuaian yang telah dibuat, banyak berbeza dengan kereta asal termasuklah dari segi warna.
"Pemiliknya juga sukar untuk melepaskan kereta terbabit yang telah digunakannya sejak sekian lama, namun hasrat terakhir arwah ayah itu akan cuba kami tunaikan," katanya.
Sementara itu, hari ini kediaman keluarga terbabit dikunjungi Panglima 6 Briged, Brig Jen Abdul Aziz Ismail bersama pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan persatuan veteran tentera.
Abdul Aziz yang mengucapkan takziah kepada keluarga terbabit, berkata pihaknya akan meneliti bentuk bantuan yang boleh dihulurkan bagi membantu meringankan beban ditanggung keluarga arwah.
"Antara bantuan yang dapat diusahakan ialah bantuan pengurusan jenazah sebanyak RM3,000. Selain daripada itu saya serah kepada Jabatan Hal Ehwal Veteran untuk mengambil tindakan susulan," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Aziz berkata, ATM menghargai semua bekas tentera sama ada berpencen atau tidak, namun bantuan akan lebih mudah disalurkan jika mereka menyertai persatuan bekas tentera.
"Kita tidak mahu ada yang tercicir daripada mendapat manfaat yang diberikan kerajaan... Di Kedah sebagai contoh, terdapat kira-kira 30,000 pesara namun hanya 20,000 sahaja berdaftar dengan persatuan.
"Ini menyukarkan usaha kita menjejaki mereka," katanya yang turut meluangkan masa menziarahi seorang lagi pesara tentera berpangkat koperal, Jasman Mohd Nali, 62, yang terlantar selepas kedua-dua kakinya dipotong akibat penyakit kencing manis, kira-kira tiga tahun lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 14 2018
![Keluarga Ismail jejaki kembali kereta Proton Saga dimenanginya Keluarga Ismail jejaki kembali kereta Proton Saga dimenanginya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/41515844884_protonsaga.jpg)
Allahyarham Ismail terpaksa menjual kereta Proton Saga dimenanginya bagi menampung perbelanjaan pengajian anak-anak serta membayar balik pinjaman perumahan. - Gambar Hiasan
Isu tanah, perbezaan kos punca kelewatan projek pembangunan
Isu tanah dan perbezaan kos anggaran awal dengan bajet sebenar dilihat antara punca kelewatan pelaksanaan lebih 400 projek pembangunan di Sabah.
![Kerajaan teruskan projek dua OPV APMM, cari kontraktor baharu - Saifuddin Nasution Kerajaan teruskan projek dua OPV APMM, cari kontraktor baharu - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739446229_SaifuddinNasutionI.jpg)
Kerajaan teruskan projek dua OPV APMM, cari kontraktor baharu - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution Ismail berkata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Awang Alik Jeman dipertanggungjawabkan bagi meneliti perkara berkaitan termasuk pencarian kontraktor baharu.
Bantuan RM1,000 kepada mangsa banjir Sarawak disalur secepat mungkin
Bantuan RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah (KIR) Yang terjejas banjir di sarawak akan disalurkan secepat mungkin selepas senarai penerima dimuktamadkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) sarawak.
PPS SK Bukit Garam, Kinabatangan tutup
Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di SK Bukit Garam, Pangkalan Bukit Garam ditutup sepenuhnya jam 4 petang pada Khamis.
Hanya tinggal dua PPS mangsa banjir, tiga PPS mangsa tanah runtuh di Sarawak
Setakat jam empat petang Khamis hanya tinggal dua PPS yang menampatkan mangsa banjir aktif di Sarawak, manakala PPS yang menempatkan mangsa tanah runtuh kini tinggal tiga.
![Rayuan AG untuk ketepikan kebenaran Rosli Dahlan mulakan semakan kehakiman ditolak Rayuan AG untuk ketepikan kebenaran Rosli Dahlan mulakan semakan kehakiman ditolak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739442803_TBAGRoslanDahlan.jpg)
Rayuan AG untuk ketepikan kebenaran Rosli Dahlan mulakan semakan kehakiman ditolak
Mahkamah Rayuan menolak rayuan Peguam Negara terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang beri kebenaran kepada peguam Rosli Dahlan untuk memulakan semakan kehakiman terhadap PDRM, Imigresen dan kerajaan.
![Jasa terakhir sebelum roboh, Stadium Shah Alam derma kerusi penonton kepada kelab amatur Jasa terakhir sebelum roboh, Stadium Shah Alam derma kerusi penonton kepada kelab amatur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739441636_TBstadiumshahalam.jpg)
Jasa terakhir sebelum roboh, Stadium Shah Alam derma kerusi penonton kepada kelab amatur
Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) MBI serta Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) menyumbang 2,000 kerusi terpakai dari Stadium Shah Alam kepada Kerteh FC.
![Syed Mokhtar setuju salur RM30 juta bantu bela nasib pesawah miskin - PM Anwar Syed Mokhtar setuju salur RM30 juta bantu bela nasib pesawah miskin - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51670373369_anwaribrahimSyed.jpg)
Syed Mokhtar setuju salur RM30 juta bantu bela nasib pesawah miskin - PM Anwar
Perdana Menteri berkata Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary bersetuju menyalurkan peruntukan tambahan RM30 juta bagi menyokong usaha kerajaan membela nasib pesawah miskin.
![MyGAS 2025 fokus cabaran pembiayaan industri gas MyGAS 2025 fokus cabaran pembiayaan industri gas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739443091_tbMYGAS.jpg)
MyGAS 2025 fokus cabaran pembiayaan industri gas
Simposium Gas Malaysia (MyGAS 2025) edisi keempat membuka pentas perbincangan mengenai cabaran pembiayaan industri gas sambil memastikan usaha peralihan tenaga bersih mampu dicapai.
[TERKINI] Nasib Pesawah Terbela, Kepentingan Rakyat Terjamin - PM Anwar
Ini adalah penyelarasan harga lantai belian padi yang kedua dilaksanakan Kerajaan dalam tempoh dua tahun untuk menambah pendapatan pesawah.
![Dua lelaki maut akibat tukar laluan secara mengejut Dua lelaki maut akibat tukar laluan secara mengejut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81685776553_TBkemalangan.jpg)
Dua lelaki maut akibat tukar laluan secara mengejut
Tindakan menukar laluan itu menyebabkan sebuah kereta dari arah sama di lorong kanan tidak sempat mengelak, lalu melanggar motosikal terbabit.
![Keluarga Ismail jejaki kembali kereta Proton Saga dimenanginya Keluarga Ismail jejaki kembali kereta Proton Saga dimenanginya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/41515844884_protonsaga.jpg)
Keluarga Ismail jejaki kembali kereta Proton Saga dimenanginya
Balunya Sariah Abdul Rahman, 69, berkata Allahyarham suaminya amat menyayangi kereta tersebut namun terpaksa menjualnya bagi menampung perbelanjaan pengajian anak-anak serta membayar balik pinjaman.
![Pencipta nama Proton Saga meninggal dunia Pencipta nama Proton Saga meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/41515844884_protonsaga.jpg)
Pencipta nama Proton Saga meninggal dunia
Pesara tentera, Ismail Jaafar, yang merupakan pemenang pertandingan mencipta nama kereta pertama keluaran Proton, meninggal dunia akibat sakit tua di rumahnya di Taman Nuri di sini.