KUANTAN: Dua lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang mereka dirempuh sebuah kereta dalam satu kejadian di Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan hala Kuantan kira-kira jam 7.52 pagi Sabtu.
Mangsa maut dikenali sebagai Yusof Ibrahim, 58, dari Kampung Baru Sungai Miang, Pekan manakala seorang lagi, Ismail Jaafar,61, belum dikenal pasti alamatnya.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, siasatan awal kejadian mendapati kedua-dua mangsa menaiki motosikal jenis Yamaha Y15ZR datang dari arah Gebeng menghala ke Kuantan.
"Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian iaitu berhampiran Depoh Alam Flora, motosikal mangsa dikatakan telah mengubah haluan dari lorong kiri ke lorong kanan secara mengejut.
"Tindakan itu (tukar laluan) menyebabkan sebuah kereta dari arah sama di lorong kanan tidak sempat mengelak, seterusnya melanggar motosikal terbabit yang dinaiki kedua-dua mangsa," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Beliau memberitahu, akibat pelanggaran itu, kedua-dua mangsa telah tercampak ke atas jalan dan mengalami kecederaan parah di kepala.
"Kedua-dua mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat mereka dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat.
“Pemandu kereta jenis Nissan Almera yang merupakan seorang wanita berusia 32 tahun pula mengalami sakit di bahagian dada," ujarnya.
Wan Mohd Zahari turut menjelaskan pemeriksaan lanjut mendapati penunggang motosikal tidak mempunyai sebarang lesen memandu selain cukai jalan tamat tempoh kira-kira tiga tahun lalu.
“Hasil siasatan awal juga mendapati kejadian berlaku disebabkan kecuaian penunggang motosikal yang mengubah haluan secara mengejut.
"Siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jun 03 2023
![Dua lelaki maut akibat tukar laluan secara mengejut Dua lelaki maut akibat tukar laluan secara mengejut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81685776553_TBkemalangan.jpg)
Lokasi Kejadian maut membabitkan dua lelaki di Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan hala Kuantan pada Sabtu. -Foto Sinar Harian
![Pasangan warga asing ditahan 'berlakon' kurang siuman dalam pesawat Pasangan warga asing ditahan 'berlakon' kurang siuman dalam pesawat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739447583_wargaasingditahan.jpg)
Pasangan warga asing ditahan 'berlakon' kurang siuman dalam pesawat
Pasangan warga asing ditahan 'berlakon' kurang siuman dalam pesawat
![Kelantan denda maksimum RM2,000 terhadap individu buang sampah di luar tong Kelantan denda maksimum RM2,000 terhadap individu buang sampah di luar tong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712566563_TBsampah.jpg)
Kelantan denda maksimum RM2,000 terhadap individu buang sampah di luar tong
Individu yang dikesan membuang sampah di luar tong disediakan bakal didenda sehingga RM2,000 oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini.
AirBorneo: Detik bersejarah sektor pelancongan Sarawak - STB
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga PElancongan SArawak (STB), Sherzade Datu Salleh Askor berkata, pengambilalihan maswings adalah detik bersejarah dalam sektor pelancongan sarawak dan tepat pada masanya ketika Sarawak sedang giat mempromosikan produk pelancongannya.
AirBorneo diyakini mampu lonjakkan industri pelancongan Sarawak
Menteri Pelancongan Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, yakin AirBorneo membantu merancakkan aktiviti pelancongan di Sarawak, terutama dari segi segmen kehadiran pelancong.
AirBorneo bakal jadi hab penerbangan serantau di ASEAN
AirBorneo akan diperluaskan secara berperingkat ke destinasi strategik, termasuk Singapura, Kuala Lumpur, Kalimantan, Jakarta, Bali, Hong Kong, dan Shenzhen, bagi memperkukuh keterhubungan dan pertumbuhan ekonomi rantau ini.
AirBorneo inisiatif bantu ekonomi Sarawak - Abang Jo
Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan, penubuhan airborneo bukan semata-mata untuk mengaut keuntungan, sebaliknya sebagai inisiatif memacu pembangunan ekonomi wilayah itu.
SMJE tambah hasil RM100 juta
SMJ Energy Sdn Bhd (SMJE) menambah hasil pendapatan jualan sebanyak RM100 juta menerusi kargo minyak mentah pertama tahun ini.
Isu tanah, perbezaan kos punca kelewatan projek pembangunan
Isu tanah dan perbezaan kos anggaran awal dengan bajet sebenar dilihat antara punca kelewatan pelaksanaan lebih 400 projek pembangunan di Sabah.
![Kerajaan teruskan projek dua OPV APMM, cari kontraktor baharu - Saifuddin Nasution Kerajaan teruskan projek dua OPV APMM, cari kontraktor baharu - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739446229_SaifuddinNasutionI.jpg)
Kerajaan teruskan projek dua OPV APMM, cari kontraktor baharu - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution Ismail berkata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Awang Alik Jeman dipertanggungjawabkan bagi meneliti perkara berkaitan termasuk pencarian kontraktor baharu.
Bantuan RM1,000 kepada mangsa banjir Sarawak disalur secepat mungkin
Bantuan RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah (KIR) Yang terjejas banjir di sarawak akan disalurkan secepat mungkin selepas senarai penerima dimuktamadkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) sarawak.
![Pekebun maut pacuan empat roda rempuh belakang lori Pekebun maut pacuan empat roda rempuh belakang lori](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723029241_pekebunmaut.jpg)
Pekebun maut pacuan empat roda rempuh belakang lori
Seorang pekebun maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya merempuh belakang lori kontraktor.
![Penunggang motosikal maut terperosok bawah MPV Penunggang motosikal maut terperosok bawah MPV](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71695269801_TBkemalangan.jpg)
Penunggang motosikal maut terperosok bawah MPV
Seorang penunggang motosikal maut selepas terperosok di bawah sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam kemalangan di Jalan Pintasan Kuantan di sini pada Khamis.
![Dua lelaki maut akibat tukar laluan secara mengejut Dua lelaki maut akibat tukar laluan secara mengejut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81685776553_TBkemalangan.jpg)
Dua lelaki maut akibat tukar laluan secara mengejut
Tindakan menukar laluan itu menyebabkan sebuah kereta dari arah sama di lorong kanan tidak sempat mengelak, lalu melanggar motosikal terbabit.
![Mabuk: Peraih ikan memandu lawan arus dituduh membunuh Mabuk: Peraih ikan memandu lawan arus dituduh membunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/41590990198_Peraihikan.jpg)
Mabuk: Peraih ikan memandu lawan arus dituduh membunuh
Tiada pengakuan direkodkan dari tertuduh hari ini kerana kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
![Pemandu mabuk rempuh lelaki direman Pemandu mabuk rempuh lelaki direman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/61590443404_LelakiMautMabuk.jpg)
Pemandu mabuk rempuh lelaki direman
Seorang peraih ikan yang dipercayai memandu menentang arus di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang pekerja syarikat pembersihan di Jalan Pintasan Kuantan di sini, malam tadi.
![Lelaki maut dilanggar pemandu mabuk melawan arus di Kuantan Lelaki maut dilanggar pemandu mabuk melawan arus di Kuantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/61590443404_LelakiMautMabuk.jpg)
Lelaki maut dilanggar pemandu mabuk melawan arus di Kuantan
Mangsa dipercayai dilanggar oleh seorang pemandu yang di bawah pengaruh alkohol serta memandu melawan arus pada kira-kira jam 9.38 malam.