KOTA BHARU: Kelantan memperoleh jumlah pelaburan sebanyak RM1.6 bilion melalui enam projek dan sektor pembangunan menjadi penyumbang tertinggi pada tahun lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan negeri Datuk Hanifa Ahmad berkata melalui sektor pembangunan itu telah menyumbang RM1 bilion pelaburan dengan melibatkan Projek Pembangunan Bandar Perabot di Gua Musang.
"Antara lain membabitkan projek Taman Industri Industrialised Building System (IBS) di Machang dengan jumlah pelaburannya adalah RM300 juta.
"Dua projek ini sahaja boleh membuka peluang pekerjaan kepada 5,000 orang apabila ia beroperasi sepenuhnya," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab soalan Rohani Ibrahim (PAS-Tanjong Mas) yang ingin tahu mengenai jumlah pelaburan diperoleh tahun lepas, sektor manakah yang mendapat pelaburan tertinggi serta peluang pekerjaan yang baharu khususnya kepada anak muda Kelantan.
Sementara itu, Hanifa turut menjawab soalan Mohd Syahbuddin Hashim (BN-Galas) berhubung perkembangan Projek Pembangunan Bandar Perabot di Gua Musang yang dirasmikan Menteri Besar pada 10 Sept 2020.
"Fasa pertama (projek itu) dengan keluasan 50.181 hektar telah mengeluarkan 16 lot kilang manakala lima lot lagi membabitkan infrastruktur asas antaranya tangki air, pencawang tenaga nasional, tapak kumbahan, nurseri dan kawasan lapang.
"Setakat hari ini, dua syarikat dalam proses penyediaan permohonan kebenaran merancang dengan kerajaan bagi kilang perabot luar dan kilang kumai," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 24 2021

HANIFA: Dua projek ini sahaja boleh membuka peluang pekerjaan kepada 5,000 orang apabila ia beroperasi sepenuhnya. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.

ASEAN perlu utama kepentingan serantau di sebalik perubahan geopolitik global - Tengku Zafrul
ASEAN perlu mengutamakan kepentingan kolektif blok itu berbanding hubungan mana-mana anggotanya dengan kuasa besar atau kumpulan alternatif lain.

Malaysia seru perpaduan ASEAN yang lebih utuh di sebalik peralihan dinamik kuasa global
ASEAN perlu terus memikirkan dinamik kuasa besar baharu di bawah "Trump 2.0" sambil kekal lantang dan berprinsip dalam isu geopolitik serta ekonomi.

Malaysia komited perkukuh kerjsama antarabangsa demi kesejahteraan bersama
Malaysia komited untuk terus bekerjasama dengan rakan antarabangsa dalam merealisasikan pembangunan yang lebih adil, mampan dan berdaya tahan demi kesejahteraan bersama.

Pelaburan: Ini 3 strategi berdepan risiko geopolitik dan kadar faedah tinggi
Dalam persekitaran ekonomi global yang penuh ketidaktentuan, pelabur perlu lebih strategik dalam membuat keputusan.

Ketua Menteri Pulau Pinang ketuai misi penggalakan pelaburan ke Jepun
Chow Kon Yeow mengetuai misi penggalakan pelaburan Pulau Pinang ke Jepun dari 16-22 Feb untuk memperbaharui dan mengeratkan hubungan dengan ibu pejabat korporat pelabur Jepun di negeri itu.

Meta dilapor merancang pembangunan robot
Terkini, Meta dilaporkan sedang merancang untuk memasuki kategori baharu, iaitu pembangunan robot berbentuk manusia.

MITI akan perkukuh usaha tarik pelaburan susulan prestasi kukuh KDNK 2024
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata KDNK Malaysia pada 2024 mengatasi sasaran, didorong oleh pelaburan dan eksport.

Malaysia, Mesir senada tolak usaha 'halau' rakyat Palestin dari bumi Gaza
Malaysia dan Mesir senada dalam pendirian menolak usaha "menghalau" rakyat Palestin keluar dari bumi Gaza.

Ringgit menambah nilai keseluruhan sebanyak 2.7 peratus berbanding dolar US pada 2024 - BNM
Ringgit menambah nilai keseluruhan sebanyak 2.7 peratus dolar US pada 2024, merupakan satu daripada beberapa mata wang di Asia yang meningkat berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS).