Kelantan sekali lagi mengalami fenomena cuaca sejuk apabila beberapa daerah mencatatkan suhu sejuk luar biasa antara 19 dan 20 darjah selsius terutamanya dari tengah malam hingga awal pagi.
Fenomena cuaca sejuk luar biasa itu bermula sejak tiga hari lalu.
Di Kuala Krai, cuaca sejuk itu menjejaskan tidur mangsa banjir yang tinggal di khemah sementara di mana mereka terpaksa menggunakan selimut tebal.
Fenomena suhu sejuk ini pernah berlaku awal tahun lalu di Kuala Krai.
Sebelum ini, ada laporan yang memaklumkan bahawa beberapa tempat di negara ini akan mengalami cuaca sejuk luar biasa hingga mencecah 17.2 darjah selsius.
Perkara ini dimaklumkan Pakar Geografi dan Kajian Iklim Bandar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Datuk Dr Shaharuddin Ahmad.
Dr Shaharuddin berkata, fenomena itu berlaku disebabkan tiupan angin kencang timur laut sejuk yang datang dari Siberia dan menyebabkan tiupan angin bertekanan tinggi merentasi negara rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia yang mengalami musim Monsun Timur Laut.
Astro Awani
Mon Jan 19 2015
Kelantan catat suhu sejuk luar biasa - Gambar fail
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
Caj hospital swasta meningkat, KKM akan bawa pendekatan perkhidmatan berasaskan nilai
Isu peningkatan caj hospital dan insurans perubatan yang melambung tinggi dibangkitkan beberapa ahli Parlimen yang meminta KKM untuk mengawal perkara berkenaan.
AWANI Ringkas: Jenayah | Rusuhan di Islamabad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MTL: Lebih 100 hektar padi sedia dituai ditenggelami banjir, kerugian hampir RM1 juta
Seramai 39 pesawah dari Kampung Luar dan Kampung Tersang di sini mengalami kerugian hampir RM1 juta selepas sawah seluas 121 hektar ditenggelami banjir.
Consider This: BERSIH Report Card — From ‘D’ to Distinction?
Two years into its term, the Madani government finds itself under the microscope. Bersih has given the Anwar Ibrahim-led Administration a grade of ‘D’, citing its failure to deliver on key institutional and democratic reforms. Is this verdict too harsh, or is it a necessary wake-up call for those in power that they do not have the luxury of time? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks to Muhammad Faisal Abdul Aziz, Chairperson of BERSIH, and Ooi Kok Hin, Executive Director of BERSIH.
Kelantan catat suhu sejuk luar biasa
Kelantan sekali lagi mengalami fenomena cuaca sejuk apabila beberapa daerah mencatatkan suhu sejuk luar biasa antara 19 dan 20 darjah celcius terutamanya dari tengah malam hingga awal pagi.