Kedah berpendapat Kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh PAS masih belum bersedia untuk menguat kuasa serta melaksanakan hukum Hudud.
Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, kerajaan negeri Kedah mengambil pendekatan tunggu dan lihat serta menganalisis terlebih dahulu tentang apa yang berlaku di negeri Pantai Timur itu.
"Tak nampak lagi Kelantan bersedia untuk melaksanakan (hukum Hudud), sebab itu kita (Kedah) ambil pendirian tunggu dan lihat. Kita pantau apa yang dilalui Kelantan," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri Kedah di sini.
Katanya, proses kelulusan bagi pelaksanaan hukum Hudud sebenarnya masih panjang dan mengambil masa yang lama kerana selepas melalui Dewan Undangan Negeri Kelantan, ia masih perlu menempuh beberapa proses lagi di Parlimen.
Khamis lepas, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau hudud, untuk dilaksanakan ke atas orang Islam di negeri itu.
Ditanya sama ada kerajaan negeri menyokong tindakan Kelantan meluluskan hukum Hudud, Mukhriz berkata, ia adalah isu dalaman Kelantan yang melibatkan hak dan keputusan mereka sendiri.
"Kita terima hakikat bahawa mereka berhak membuat pilihan sendiri. Jika ini hasrat dan kehendak rakyat Kelantan, siapalah kita untuk menafi hak mereka," kata beliau.
Kerajaan negeri Kedah menurutnya, akan membuat keputusan yang terbaik untuk rakyat Kedah dan tidak terpengaruh dengan apa yang berlaku di Kelantan atau mencampuri urusan di negeri Pantai Timur itu.
Sementara itu, beliau berkata 155 keluarga yang terlibat dengan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Bandar Baharu telah bersetuju untuk berpindah ke kawasan penempatan baharu yang disediakan oleh kerajaan negeri.
Ini membolehkan projek RTB bernilai RM80 juta itu diteruskan, kata Mukhriz.
Terdapat tiga RTB di Kedah ketika ini iaitu di Bandar Baharu, Alor Setar dan Pendang.
Bernama
Wed Mar 25 2015
MUKHRIZ: Tak nampak lagi Kelantan bersedia untuk melaksanakan (hukum Hudud), sebab itu kita (Kedah) ambil pendirian tunggu dan lihat. - Gambar Fail
Bilionair India, Gautam Adani diheret ke mahkamah AS, negara lain turut timbang dakwaan
Pengasas konglomerat Kumpulan Adani dan tujuh eksekutif kanannya didakw beri rasuah RM1.15 bilion untuk dapat kontrak tenaga solar.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
Kelantan belum sedia laksana hudud - Mukhriz
Kedah berpendapat Kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh PAS masih belum bersedia untuk menguat kuasa serta melaksanakan hukum Hudud.