Kelab Menjenayahkan Perang, yang dilancarkan malam Khamis oleh isteri bekas Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, akan menjadi wadah kepada pelajar di seluruh negara untuk memahami tentang kesia-siaan peperangan.
Dr Siti Hasmah, yang juga pengasas kelab berkenaan (Bahagian Malaysia) berkata kelab itu, yang pertama seumpamanya, akan dikendalikan sendiri oleh pelajar sekolah dengan melaksanakan segala aktiviti dan program.
Menerusi kelab itu, Dr Siti Hasmah berkata kanak-kanak di Malaysia berpeluang untuk memahami bahawa perdamaian dan berdamai semula adalah cara yang lebih baik untuk menyelesaikan konflik.
"Yayasan Menjenayahkan Perang Kuala Lumpur (KLFCW) akan bertindak sebagai mentor kepada kelab ini dan membantu mengawal aktiviti mereka dalam lingkungan matlamat yang ditetapkan itu," katanya.
Dr Siti Hasmah berkata demikian dalam ucapan alu-aluannya pada majlis jamuan malam yang diadakan sempena Persidangan Antarabangsa mengenai Isu Kanak-kanak Menjadi Mangsa Peperangan di Dewan Tun Dr Ismail di Pusat Dagangan Dunia Putra di ibu negara malam Khamis.
Beliau berkata Kelab Menjenayahkan Perang telahpun diberi Piagam, iaitu garis panduan yang disediakan khusus untuk membantu anggotanya menjalankan fungsi dalam lingkungan rangka kerjanya.
"Saya ucapkan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana memberi kebenaran kepada kami untuk menubuhkan kelab ini di sekolah di seluruh negara bagi menyampaikan mesej ini kepada dunia," katanya.
Setakat ini, Kolej Tunku Kurshiah di Seremban, Negeri Sembilan dan Cempaka Group of Schools, sebuah institusi pendidikan swasta, telahpun menubuhkan Kelab Menjenayahkan Perang masing-masing.
Bernama
Fri Nov 23 2012
![Mickey pegang kata-kata Pan-gon untuk bangkit beraksi semula Mickey pegang kata-kata Pan-gon untuk bangkit beraksi semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51722841258_tbFaisalHalim.jpg)
Mickey pegang kata-kata Pan-gon untuk bangkit beraksi semula
Walaupun tidak lagi bekerjasama dalam skuad Harimau Malaya, pemain sayap Mohamad Faisal Abdul Halim akan tetap memegang kata-kata bekas pengendali, Kim Pan-gon.
![Mohd Zuki individu penting pastikan dasar kerajaan dilaksana dengan berkesan - Zahid Mohd Zuki individu penting pastikan dasar kerajaan dilaksana dengan berkesan - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41722840749_AnwarIbrahim.jpg)
Mohd Zuki individu penting pastikan dasar kerajaan dilaksana dengan berkesan - Zahid
Ahmad Zahid menyifatkan Mohd Zuki sebagai individu yang memainkan peranan amat signifikan dalam memastikan dasar-dasar kerajaan dilaksanakan dengan berkesan.
![Keadaan di UK membimbangkan, rakyat Malaysia perlu jauhi kawasan protes Keadaan di UK membimbangkan, rakyat Malaysia perlu jauhi kawasan protes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722840372_Demonstrators.jpg)
Keadaan di UK membimbangkan, rakyat Malaysia perlu jauhi kawasan protes
Demonstrasi di beberapa kawasan di United Kingdom (UK) kini semakin membimbangkan dan ada yang telah berubah kepada bentuk keganasan, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
![Australia naikkan tahap ancaman keganasan selepas terima maklumat perisikan Australia naikkan tahap ancaman keganasan selepas terima maklumat perisikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41722835981_TBAustraliasPrim.jpg)
Australia naikkan tahap ancaman keganasan selepas terima maklumat perisikan
Australia menaikkan tahap ancaman keganasannya daripada "mungkin berlaku" kepada "kemungkinan besar akan berlaku", umum Perdana Menteri Anthony Albanese.
![Kami hilang tempat mengadu - Adik mangsa letupan kapal Kami hilang tempat mengadu - Adik mangsa letupan kapal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41722838715_Pusara.jpg)
"Kami hilang tempat mengadu" - Adik mangsa letupan kapal
"Kami adik-beradik selalu mengadu dan jadikan dia sebagai tempat rujukan sejak ayah kami meninggal dunia (pada) 2011 lalu," kata Muhamad Shazarul Abdull Fatah, 32.
![Apple dijangka perkenal dua peranti dengan skrin boleh lipat seawal 2026 Apple dijangka perkenal dua peranti dengan skrin boleh lipat seawal 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41722839014_AppleSkrinBolehL.jpg)
Apple dijangka perkenal dua peranti dengan skrin boleh lipat seawal 2026
Walaupun tidak dinyatakan, mungkin kita boleh melihat iPhone boleh katup selain iPhone boleh lipat yang dibuka menjadi iPad.
![Jagdeep sambung cuti sakit hingga 9 Ogos Jagdeep sambung cuti sakit hingga 9 Ogos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81722836208_ChowKonYeowJagde.jpg)
Jagdeep sambung cuti sakit hingga 9 Ogos
Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo menyambung cuti sakit hingga Jumaat ini (9 Ogos) bagi rawatan lanjut.
![Arab Saudi cadang bina stadium atas bangunan 350 meter untuk Piala Dunia 2034 Arab Saudi cadang bina stadium atas bangunan 350 meter untuk Piala Dunia 2034](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722837679_ArabSaudi.jpg)
Arab Saudi cadang bina stadium atas bangunan 350 meter untuk Piala Dunia 2034
Stadium NEOM akan dibina di bangunan terpanjang dunia The Line dengan kapasiti melebihi 46,000 penduduk.
![Lelaki terjun sungai elak ditahan polis dikhuatiri lemas Lelaki terjun sungai elak ditahan polis dikhuatiri lemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81722837649_lemasSAR.jpg)
Lelaki terjun sungai elak ditahan polis dikhuatiri lemas
Seorang lelaki berusia 40-an yang cuba melarikan diri daripada ditahan polis dikhuatiri lemas setelah terjun ke dalam Sungai Padang Terap di Kampung Empa dekat Pokok Sena semalam.
![OPR dijangka kekal pada tiga peratus walaupun Fed kurangkan kadar faedah OPR dijangka kekal pada tiga peratus walaupun Fed kurangkan kadar faedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720683184_BankNegaraMalaysia.jpg)
OPR dijangka kekal pada tiga peratus walaupun Fed kurangkan kadar faedah
Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada tiga peratus pada akhir 2025 susulan pengukuhan ringgit.
!['Tiada tempat untuk Tun Mahathir di Perhimpunan Agung UMNO' 'Tiada tempat untuk Tun Mahathir di Perhimpunan Agung UMNO'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/71434964108_TAJUDDINABDULRAHMAN.jpg)
'Tiada tempat untuk Tun Mahathir di Perhimpunan Agung UMNO'
Tun Dr Mahathir Mohamad menghadiri Bersih 4 dilihat sebagai bersekongkol dengan pembangkang, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Tajuddin Abdul Rahman.
![Tun Mahathir dan isteri hadiri Bersih 4 Tun Mahathir dan isteri hadiri Bersih 4](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/81440851094_BersihMahathir.jpg)
Tun Mahathir dan isteri hadiri Bersih 4
Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali hadir ke perhimpunan Bersih 4, dekat Dataran Merdeka.
Kelab Menjenayahkan Perang dilancar
Penubuhan kelab dihaap akan menjadi wadah kepada pelajar di seluruh negara untuk memahami tentang kesia-siaan peperangan.