KUALA LUMPUR: Kekurangan diri bukanlah penghalang buat beberapa graduan Orang Kurang Upaya (OKU) untuk menggenggam segulung ijazah, pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-45, pada Selasa.
Mohamad Ridzuan Zakaria, 27, yang menghidap sindrom Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan (ADHD) sejak kecil, antara graduan berjaya memperoleh ijazah dalam program Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu).
Graduan berusia 27 tahun itu berkata doktor mengesahkan beliau didiagnosa dengan ADHD, berikutan komplikasi dalam kandungan dan perkara itu menyebabkan beliau mengalami masalah daya ingatan lemah, serta sukar bergaul dengan rakan-rakan ketika di bangku sekolah.
"...di kampus pula ramai meragui kebolehan saya, dan ada yang mempersoalkan sekiranya saya ada masalah ADHD, nampak macam okay sahaja. Tapi saya faham, tidak ramai tahu sememangnya ada OKU ADHD di Malaysia," katanya ketika ditemui Bernama di Dewan Pusat Kesenian dan Kebudayaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM.
Bagi menolak persepsi masyarakat dan rakan-rakan, Ridzuan mengambil inisiatif dengan menyertai pelbagai aktiviti di kampus, seperti menjadi presiden Persatuan Silat Gayung di UPM serta memasuki pertandingan membaca puisi di peringkat kolej, walaupun keputusan yang kurang memberangsangkan.
Graduan OKU yang turut menerima ijazah bagi program Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu) adalah Mior Mohd Firdaus Mior Mohd Fadzli, 25, yang mengalami kecacatan fizikal di kaki kanan, selepas terlibat dengan kemalangan motosikal pada 2012.
Beliau pada mulanya hanya mengalami patah kaki kanan sebelum kaki itu menjadi kehitaman dan terpaksa dipotong, menyebabkan beliau perlu memakai kaki palsu pada 2014.
"Terus terang saya katakan, takut dan saya tidak pernah keluar berdikari untuk guna kaki palsu di tempat orang. Alhamdulillah, akhirnya saya rasa mudah kerana ramai orang yang membantu dan ada Unit Perkhidmatan dan Sokongan OKU, yang menyediakan van serta kolej untuk pelajar-pelajar OKU," katanya.
Mior Mohd Firdaus pernah menjawat jawatan setiausaha Persatuan Mahasiswa OKU UPM dan banyak terlibat dengan perbincangan bagi menambah baik perkhidmatan kepada pelajar OKU, sekali gus membela nasib golongan itu di universiti tersebut.
Selain graduan OKU, turut mencuri tumpuan pada Majlis Konvokesyen itu adalah graduan Bacelor Kejuruteraan Pertanian dan Biosistem (Kepujian) Kelvin Niyok, yang menjadi individu dari etnik Penan pertama dari kampung Long Meraan Baram, yang berjaya mendapat segulung ijazah di universiti awam.
Kelvin, 25, berkata etnik Penan merupakan suku kaum minoriti di Sarawak yang agak ketinggalan dari segi pendidikan, namun kejayaan beliau hari ini menjadi kebanggaan serta pemangkin kepada anak-anak remaja di kampung halamannya.
"Saya masih ingat lagi kesusahan kita (anak-anak masyarakat Penan) untuk mendapatkan pendidikan, dan terpaksa menaiki pacuan empat roda selama lima jam mengikuti jalan balak untuk ke sekolah rendah.
"Paling tidak dapat dilupakan pernah sekali ada satu jambatan putus, kita tidak boleh menyeberang sungai berkenaan kerana air deras dan terpaksa bermalam di tepi jalan balak, dan keesokan harinya baru dapat meneruskan perjalanan ke sekolah," katanya.
Menurutnya, beliau ingin membantu dan menyumbang ilmu pertanian kepada masyarakat Penan di kampungnya, memandangkan beliau mempunyai pendidikan dalam bidang itu selain bekerja sebagai ahli agronomi di Miri, Sarawak.
Antara tanaman yang boleh diusahakan di kampung beliau adalah sawit, padi dan getah, selain mencari hasil hutan dan dibawa ke luar untuk dijual.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 23 2022

Ridzuan mengambil inisiatif dengan menyertai pelbagai aktiviti di kampus. - Foto BERNAMA

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

ASF 2024 teraju pertanian pintar bebas racun berbahaya bakal jelajah seluruh negara
Sarawak bakal menjadi negeri pertama yang menganjurkan acara ini, memanfaatkan kedudukannya sebagai peneraju teknologi hijau dan tenaga boleh diperbaharui.

Sultan Selangor berbuka puasa bersama warga UPM
Sultan Sharafuddin berkenan menghadiri majlis berbuka puasa bersama warga Universiti Putra Malaysia, pada Jumaat.

Semangat untuk terokai ilmu dorong pesara 13 cucu raih PhD di UPM
Ilmu mesti dianggap seperti lautan yang tidak pernah habis untuk diterokai.

Atlet wanita terus berada di puncak kecemerlangan di sebalik pelbagai cabaran
Beberapa tahun kebelakangan ini, prestasi atlet wanita negara semakin menyerlah baik di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

Kembar seiras capai impian menjadi doktor perubatan
Sepasang kembar seiras berjaya mencapai impian menjadi doktor perubatan selepas kedua-duanya menamatkan pengajian dalam bidang berkenaan di Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini.

Sultan Nazrin Shah terima Anugerah Tokoh Penulis Diraja
Sultan Perak menerima Anugerah Perdana: Tokoh Penulis Diraja daripada Anugerah Buku Negara.

Pelajar tahun akhir UPM ditemukan meninggal dunia di dalam bilik
Bau busuk dari sebuah bilik membawa kepada penemuan mayat seorang pelajar lelaki di dalam kolej kediamannya di Universiti Putra Malaysia (UPM), malam tadi.

Projek Agrovoltaic UPM disenarai dalam Malaysia Book of Records
Projek Agrivoltaic itu menempatkan 25,000 unit herba misai kucing berpotensi tinggi yang ditanam secara terus di bawah panel solar teknologi fotovoltaik (PV).

Dua subjek UPM dalam ranking pertama di Malaysia
Universiti Putra Malaysia (UPM) berada dalam ranking pertama di Malaysia bagi dua subjek dalam QS World University Rankings (QSWUR) by Subjects 2022.

Kekurangan diri tidak halang graduan OKU genggam ijazah di UPM
Bagi menolak persepsi masyarakat dan rakan-rakan, Ridzuan mengambil inisiatif dengan menyertai pelbagai aktiviti di kampus.