ISKANDAR PUTERI: Kekurangan bekalan telur ayam dalam pasaran di negeri ini disifatkan belum mencapai tahap kritikal sebaliknya keadaan itu disebabkan peningkatan permintaan di Melaka dan Negeri Sembilan serta eksport ke Singapura.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip berkata Johor adalah antara pengeluar telur terbesar di negara ini.
"Isu telur di Johor kita sebenarnya tidak menghadapi kekurangan kritikal. Bekalan memang kurang tetapi tidak kritikal sebab Johor merupakan antara pengeluar telur terbesar juga (dalam negara).
"Cuma kita maklum kebanyakan dieksport ke Singapura dan dipasarkan ke negeri lain seperti Melaka dan Negeri Sembilan, sebab itu nampak kekurangan. Tetapi dari segi pengeluaran, tidaklah berkurangan, cuma permintaan lebih sebab perlu juga penuhi eksport," katanya kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, di sini, hari ini.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buloh Kasap itu berkata Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan persatuan usahawan tani memaklumkan bekalan makanan melibatkan hasil laut dan tanaman mencukupi walaupun berlaku pengurangan kutipan hasil khususnya akibat musim tengkujuh bulan lepas.
"Berdasarkan maklumat, memang terdapat kekurangan pendaratan ikan disebabkan beberapa faktor seperti nelayan kurang turun ke laut, tetapi mengikut rekod permintaan musim tengkujuh lepas, bekalan sedia ada mencukupi.
"Situasi sama turut melibatkan hasil pertanian seperti sayur-sayuran, kerana ada beberapa kawasan penanaman terjejas akibat hujan lebat, namun tidak menjejaskan permintaan bekalan ketika ini," katanya.
Dalam pada itu, Zahari berkata pihaknya sedang mengatur pertemuan dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu bagi membincangkan isu-isu berkaitan pertanian di Johor dalam masa terdekat.
"Saya sedang merancang pertemuan dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk menyatakan hala tuju pertanian kerajaan Johor kerana bidang pertanian merupakan antara sektor eksport utama negeri.
"Johor juga perlu kerjasama pusat bagi menjayakan pelbagai inisiatif yang telah dirancang seperti agenda makanan Johor dan juga lembah lada hitam. Jadi kami berharap pertemuan itu dapat digunakan sebaiknya untuk kesejahteraan dan keterjaminan bekalan makanan bukan sahaja untuk Johor, tetapi juga Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 07 2022

Johor adalah antara pengeluar telur terbesar di negara ini. - Gambar hiasan/ Pixabay

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Bekalan lembu untuk Aidiladha di Johor cukup - Exco
Setakat ini tiada laporan mengenai kekurangan bekalan dan kenaikan harga jualan daging lembu diterima.

Kekurangan bekalan telur di Johor kerana pasaran luar, eksport
Kekurangan bekalan telur ayam dalam pasaran disifatkan belum mencapai tahap kritikal sebaliknya keadaan itu disebabkan peningkatan permintaan di Melaka dan N. Sembilan serta eksport ke Singapura.

Enam projek baharu bakal dibangunkan di Bio Desaru tahun depan libatkan pelaburan RM792 juta
Ia adalah antara usaha kerajaan negeri dalam mencapai matlamat Johor sebagai Bakul Makanan Malaysia.