Polis menahan 21 individu setakat ini, susulan dua kekecohan di kuil Sri Maha Mariamman, di USJ 25, Putra Heights di Subang Jaya, pagi ini dan semalam.
Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata, tangkapan terbaru menyaksikan dua lelaki ditahan lewat petang semalam manakala dua lelaki lagi ditahan awal pagi tadi.
Menurutnya, kesemua mereka ditahan di sekitar kawasan kuil tersebut.
Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan 17 lelaki tempatan telah ditahan bagi membantu siasatan berikutan insiden di kuil itu pada awal pagi Isnin.
Menurut Mazlan, dalam rusuhan yang tercetus awal pagi tadi seorang anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Balai Subang Jaya mengalami kecederaan.
Anggota itu diserang ketika sedang memadamkan kebakaran melibatkan sebuah kenderaan di luar kawasan kuil berkenaan.
Mazlan berkata, sehingga hari ini juga, sebanyak 23 kenderaan telah dibakar dan sebuah jentera Jabatan Bomba dan Penyelamat dirosakkan oleh kumpulan perusuh.
Menceritakan mengenai kronologi kekecohan terbaharu yang berlaku di kuil itu, Mazlan berkata pada pukul 10.57 malam tadi dua buah kenderaan telah dibakar berhampiran kuil dan pada 1.10 pagi sebuah kenderaan lain ditarik keluar dari kawasan kuil serta dibakar di tepi jalan raya.
"Sejurus selepas itu pada 1.20 pagi sebuah kenderaan lain turut dikeluarkan dari kawasan kuil serta dibakar. Dalam keadaan itu, seorang anggota JBPM yang sedang memadam kebakaran telah mengalami kecederaan akibat diserang dan beliau kini sedang dirawat di hospital.
"Sejurus selepas kejadian di kuil pada 2 pagi, kira-kira satu kilometer (km) dari lokasi kuil iaitu di One City Mall, kumpulan ini telah memecahkan cermin-cermin di bangunan itu, rosakkan sebuah bas, sebuah kereta dan sebuah van yang selepas itu dibakar, selain sebuah motosikal dan beberapa peralatan di showroom di pusat membeli belah itu turut dirosakkan," katanya.
Menurut Mazlan, kekecohan yang berlaku di One City Mall masih tiada tangkapan setakat ini, namun pihaknya akan mencari individu bertanggungjawab secepat mungkin berdasarkan maklumat yang diterima.
Beliau berkata pihaknya juga mempunyai petunjuk mengenai dalang kekecohan itu, namun enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.
Mazlan berkata kes disiasat di bawah pelbagai undang-undang berkaitan termasuk khianat, pencerobohan dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Beliau dalam pada itu memberi amaran kepada pihak-pihak yang masih berdegil supaya berhenti mengambil tindakan tidak mengikut lunas undang-undang dan berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan kegusaran awam.
"Kenyataan-kenyataan tidak sewajarnya telah dikeluarkan oleh pihak berkenaan dan ini telah timbulkan kegusaran, saya harap pihak-pihak berkenaan hentikan kenyataan yang boleh menganggu ketenteraman awam. Berilah kenyataan yang kita sama-sama boleh pelihara ketenteraman awam di kawasan itu.
"Keadaan masih terkawal, kita ada elemen-elemen kita di sana seperti FRU (pasukan simpanan persekutuan) namun begitu, kadang-kadang kita dibanjiri oleh mereka dari sekitar daerah berdekatan, itu yang buatkan keadaan ramai dan banyak orang di satu kawasan," katanya.
Ditanya sama ada pihak polis akan menutup laluan di sekitar kuil berkenaan, Mazlan tidak menolak kemungkinan itu, namun akan membincangkannya dengan pihak berkaitan terlebih dahulu berikutan ia adalah laluan utama yang digunakan oleh penduduk sekitar.
Mazlan turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian rusuhan itu dan suspek terlibat supaya menghubungi balai polis berhampiran atau Hotline IPK Selangor di talian 012-6009999.
Astro Awani
Tue Nov 27 2018
![Kekecohan di kuil: Jumlah tangkapan meningkat kepada 21 Kekecohan di kuil: Jumlah tangkapan meningkat kepada 21](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/81543300450_IPKSELANGOR.jpg)
Mazlan (tengah) mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor (IPK) hari ini, berhubung kejadian kekecohan yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25, Putra Heights semalam. --fotoBERNAMA
![Pelarasan berperingkat kepada gaji minimum tawar pendekatan seimbang - FMM Pelarasan berperingkat kepada gaji minimum tawar pendekatan seimbang - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Pelarasan berperingkat kepada gaji minimum tawar pendekatan seimbang - FMM
Ia membantu mengelak kejutan terhadap perniagaan terutama yang mungkin tiada fleksibiliti kewangan untuk menyerap kenaikan kos buruh.
![Kerajaan peruntuk RM7.45 juta kerja pembaikan tiga cerun di Gua Musang Kerajaan peruntuk RM7.45 juta kerja pembaikan tiga cerun di Gua Musang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723119891_AhmadMaslan.jpg)
Kerajaan peruntuk RM7.45 juta kerja pembaikan tiga cerun di Gua Musang
Kerajaan memperuntukkan RM7.45 juta bagi kerja pembaikan cerun di Gua Musang yang bakal memberi manfaat kepada hampir 5,000 penduduk.
![JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719746052_TBVapingjpg.jpg)
JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini
JKNT keluarkan 5,431 notis bernilai RM1.3 juta berkaitan pelbagai kesalahan hasil pemeriksaan ke atas 15,356 premis melalui 831 operasi penguatkuasaan di seluruh negeri Terengganu.
![Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723719935_tbPekSumberKebajik.jpg)
Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan
DVS bangunkan pek sumber kebajikan haiwan sebagai bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran di semua prasekolah di bawah KPM seluruh negara.
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
![Gas ammonia bocor, tiga lelaki berdepan detik cemas Gas ammonia bocor, tiga lelaki berdepan detik cemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723281487_TBgasbocor.jpg)
Gas ammonia bocor, tiga lelaki berdepan detik cemas
Ketiga-tiga mereka membawa muatan 10 tong gas ammonia dari Tangga Batu, Melaka ke Kuala Sawah.
![Cuaca panas: Trend kes lemas meningkat Cuaca panas: Trend kes lemas meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723083596_DatukNorHishamMoh.jpg)
Cuaca panas: Trend kes lemas meningkat
Berdasarkan statistik, insiden lemas paling tinggi direkodkan di kawasan sungai, pantai dan tasik dan air terjun.
![Operasi tebang pokok henti kebakaran merebak di California Operasi tebang pokok henti kebakaran merebak di California](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51722747878_tbwildfirei.jpg)
Operasi tebang pokok henti kebakaran merebak di California
Anggota bomba menjalankan operasi menebang pokok di sekitar Taman Mill di California dalam usaha menghentikan kebakaran hutan merebak pada Sabtu.
![Bomba selamatkan wanita kemurungan jatuh perigi Bomba selamatkan wanita kemurungan jatuh perigi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722402707_Bombaselamatkanwa.jpg)
Bomba selamatkan wanita kemurungan jatuh perigi
Bomba Rantau Panjang berjaya menyelamatkan seorang wanita yang terjatuh ke dalam perigi sedalam 9.14 meter di Felcra Bukit Tandak, Rantau Panjang.
![Pembakaran terbuka di Sarawak membimbangkan - Bomba Pembakaran terbuka di Sarawak membimbangkan - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722145972_KebakaranGeneric.jpg)
Pembakaran terbuka di Sarawak membimbangkan - Bomba
Trend pembakaran terbuka di Sarawak sejak Isnin lepas sangat membimbangkan apabila jumlah kes mencatatkan peningkatan mendadak semalam.
![Lebih 1,000 pelancong dipindahkan akibat kebakaran hutan di Puglia, Itali Lebih 1,000 pelancong dipindahkan akibat kebakaran hutan di Puglia, Itali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721875834_PugliaWildfire.jpg)
Lebih 1,000 pelancong dipindahkan akibat kebakaran hutan di Puglia, Itali
Pelancong yang tidak mempunyai kenderaan dibawa menaiki bot untuk ditempatkan di gimnasium yang disediakan majlis perbandaran Vieste.
![Dua penuntut IPT lemas ketika mandi air terjun Dua penuntut IPT lemas ketika mandi air terjun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721824893_LemasGeneric.jpg)
Dua penuntut IPT lemas ketika mandi air terjun
Bomba menerima maklumat daripada orang awam memaklumkan tujuh lelaki dewasa yang juga penuntut IPT di Kuantan, Pahang mandi di kawasan itu.
![Helikopter terbang rendah kerana latihan, orang ramai diminta tidak panik - Bomba Helikopter terbang rendah kerana latihan, orang ramai diminta tidak panik - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721651620_helikopter.jpg)
Helikopter terbang rendah kerana latihan, orang ramai diminta tidak panik - Bomba
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah menasihatkan orang ramai supaya tidak panik apabila melihat helikopter jabatan itu terbang rendah atau berlegar-legar di daerah Putatan dan ka
![Tak dapat ikut piawaian keselamatan antara faktor pusat tahfiz tidak berdaftar - Zahid Tak dapat ikut piawaian keselamatan antara faktor pusat tahfiz tidak berdaftar - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720866271_ZahidHamidi.jpg)
Tak dapat ikut piawaian keselamatan antara faktor pusat tahfiz tidak berdaftar - Zahid
Tidak dapat mengikuti syarat dan piawaian keselamatan yang ditetapkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia merupakan antara faktor masih banyak pusat tahfiz di negara ini yang tidak berdaftar.
![Warga emas tinggal sendirian ditemukan maut dalam kebakaran Warga emas tinggal sendirian ditemukan maut dalam kebakaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51635002688_BOMBA.jpg)
Warga emas tinggal sendirian ditemukan maut dalam kebakaran
Halimah dijumpai anggota bomba di bilik air dalam keadaan tertiarap dan melecur pada beberapa bahagian anggota badan.