Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo menyeru setiap rakyat mengekalkan semangat hormat-menghormati antara satu sama lain bagi memperkukuh perpaduan di negara ini.
Beliau berkata sikap seumpama itu akan membolehkan masyarakat menjalani kehidupan yang bahagia dan bertambah maju.
"Kita rakyat Malaysia terdiri daripada latar belakang, budaya dan agama berbeza, tetapi apa yang menjadikan kita masyarakat yang kuat dan rapat adalah kita hormat-menghormati antara satu sama lain.
"Kita perlu mengambil langkah supaya kita boleh pastikan bahawa semua rakyat Malaysia boleh meraikan adat-adat mereka, budaya mereka, keagamaan mereka dan sebagainya," katanya ketika berucap pada majlis perayaan Ponggal di Kuil Sri Maha Mariamman di sini, Rabu malam.
Turut hadir memeriahkan perayaan berkenaan ialah Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Dalam nada sama, Lim berkata semangat perpaduan dan toleransi yang ada dalam kalangan masyarakat selama ini perlu dikekalkan.
"Kita meraikan perayaan masing-masing bukan sahaja dengan hati terbuka, malah dengan rumah terbuka juga di mana kita makan bersama-sama. Itulah budaya Malaysia, kita raikan perayaan bersama-sama," katanya.
Tambahnya, masyarakat majmuk di negara ini tidak sepatutnya terpengaruh dengan pihak tertentu menggunakan isu-isu yang boleh menjejaskan keharmonian.
Pada perayaan itu, kedua-dua menteri itu turut menyaksikan nasi manis yang dimasak dengan susu menggunakan periuk tanah sehingga ia melimpah, memberi simbolik limpahan rezeki pada masa hadapan.
Ponggal atau pesta menuai merupakan perayaan utama masyarakat India khususnya bagi golongan petani, dan jatuh pada bulan ke-10 dalam kalendar Tamil.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 15 2020

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berucap pada sambutan Hari Ponggal di Kuil Sri Maha Mariamman Puchong, Rabu malam. - Foto BERNAMA
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Kementerian Digital akan perkenal sistem perisikan pantau aktiviti jual data peribadi
Kementerian Digital bakal memperkenalkan satu sistem perisikan yang pertama seumpamanya di negara ini untuk memantau aktiviti penjualan data peribadi di laman sesawang gelap.

Tingkah laku rasis dan kenyataan diskriminasi tiada tempat dalam masyarakat - Gobind
Gobind berkata, tindakan sedemikian bukan sahaja menyakitkan hati tetapi juga merosakkan keharmonian kaum.

Malaysia cipta lebih 450 pekerjaan AI berkemahiran tinggi menerusi kerjasama NAIO-GAIV
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata hasrat berkenaan disasarkan untuk dicapai dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI
Fasa pertama program itu yang diperkenalkan pada Disember 2024 adalah perintis untuk menguji integrasi AI dalam aliran kerja kerajaan.

Perkembangan AI Deepseek China tingkatkan permintaan pusat data - Gobind
Gobind yakin bahawa kemajuan teknologi AI tidak akan menjadi ancaman kepada usaha Malaysia untuk menjadi hab pusat data di rantau ini.

Govtech dijangka dilancarkan pada suku pertama 2025 – Gobind
Dasar untuk mendigitalkan penyampaian perkhidmatan kerajaan atau GovTech dijangka dilancarkan pada suku pertama tahun 2025.

DNB-Ericson lancar teknologi 5G Advanced, disokong teknologi AI, jimat tenaga
Digital Nasional Berhad (DNB) dan Ericsson melancarkan teknologi 5G Advanced pada rangkaian DNB.

Malaysia kaji impak platform AI Deepseek kepada negara - Gobind Singh
Kerajaan sedang mengkaji impak platform kecerdasan buatan (AI) sumber terbuka DeepSeek China terhadap Malaysia, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

Kerajaan rangka inisiatif bantu industri PMKS perkasa teknologi digital dalam perniagaan
Ia antara lain bagi mengatasi jurang penggunaan digital dalam kalangan PKS dan memastikan peranan mereka kekal relevan.

Kementerian Digital kenal pasti masalah usahawan PMKS guna pakai teknologi pendigitalan
Kementerian Digital sedang mengenal pasti cabaran serta masalah dihadapi usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menerima guna pendigitalan.