Anggota Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Rina Mohd Harun berharap agar nama Kampung Baru tetap dikekalkan walaupun kerajaan berhasrat untuk membangunkan semula kawasan berkenaan sebagai penempatan moden dan lebih sistematik.
Beliau yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata ini kerana nama Kampung Baru memiliki nilai sejarah dan warisan tersendiri yang perlu dikekalkan.
"Saya berharap agar kampung ini walaupun dibangunkan tapi akan dibangunkan dengan keunikan Kampung Baru itu.
"Jangan hilang nama Kampung Baru itu, jangan jenamakan, contoh macam sebelum ini Kampung Kerinchi jadi Bangsar South," katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa bersama Pakatan Harapan Parlimen Titiwangsa di Kampung Baru di sini hari ini.
Pada 22 April lepas, Menteri Wilayah Khalid Samad dipetik sebagai berkata kerajaan memerlukan dana RM10 bilion jika berhasrat membeli tanah di Kampung Baru untuk dibangunkan menjadi penempatan moden dan sistematik orang Melayu di tengah ibu kota.
Katanya dana itu diperlukan untuk membolehkan kementerian membangunkan Kampung Baru secara menyeluruh dan bukan secara berkelompok atau 'runcit' oleh pemilik tanah bersama pemaju.
Rina berkata, pembangunan dirancang kerajaan di Kampung Baru dilakukan secara menyeluruh dan holistik bukan sahaja merangkumi pembangunan fizikal, tetapi turut merangkumi sosial dan ekonomi.
"Kes Kampung Baru baru sudah terlampau lama, saya harap kali ini dapat dibuat satu keputusan lebih jelas, kita tidak boleh puaskan hati semua orang...so far Alhamduluillah ramai nak pembangunan, tapi jangan dipinggirkan hak mereka," katanya.
Beliau berkata pihaknya juga kini sedang menjalankan kajian menyeluruh bagi mengenalpasti jumlah dan status kewarganegaraan penduduk yang menetap di Kampung Baru.
"Saya percaya Perbadanan Kampung Baru juga telah jalankan siasatan dan mengenal pasti setiap penduduk di kampung ini...sama ada mereka ini warganegara atau tidak...kita nak pastikan rakyat kita mendapat manfaat daripada pembangunan ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 15 2019
Rina berkata, pembangunan dirancang kerajaan di Kampung Baru dilakukan secara menyeluruh dan holistik bukan sahaja merangkumi pembangunan fizikal, tetapi turut merangkumi sosial dan ekonomi. - Gambar fail
Ekonomi digital Malaysia tumbuh 16%
Menurut laporan E-conomy SEA 2024 oleh Google, Temasek dan Baian & Company, ekonomi digital Malaysia mencapai Nilai Dagangan Kasar (GMV) sebanyak AS$31 bilion atau sekitar RM141 bilion pada 2024.
'Ada aduan veteran ATM dinafikan hak rawatan di IJN' - YB Ketereh
Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd. Nor mendakwa masih ada veteran ATM yang menyatakan tentang hak rawatan mereka di IJN dinafikan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
HLIB jangka inflasi naik ke 2.7% tahun depan
Hong Leong Investment Bank menjangka penyelarasan subsidi RON95, kenaikan gaji minimum dan peluasan skop SST antara pendorong utama peningkatan inflasi pada 2025.
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Ireland peruntuk dana lindungi kejutan ekonomi daripada Trump - PM
Pihak berkuasa Ireland memperuntukkan dana yang besar untuk melindungi negara daripada potensi kejutan ekonomi yang mungkin timbul.
Lebih RM400,000 untuk pembangunan sukan wusyu tahun ini - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) memperuntukkan dana berjumlah RM492,460 untuk pembangunan sukan wusyu pada tahun ini.
China sumbang dana kepada UNRWA, tingkat bantuan ke Gaza
Katanya, China sentiasa memberikan sokongan kepada UNRWA sementara menyeru masyarakat antarabangsa menyokong agensi itu melaksanakan misinya.
Belia perlu kreatif manfaatkan sumber untuk menggerakkan persatuan - Adam Adli
Isu dana persatuan yang tidak mencukupi sering dibangkitkan setiap kali sesi pertemuan dengan pertubuhan belia.
TERAJU akan wujudkan dana RM1 bilion bantu perusahaan Bumiputera
Dana yang menggunakan kaedah leveraj dan penggandaan itu akan dilaksanakan dengan sokongan rakan usaha sama.
Malaysia tidak sokong kegiatan, pembiayaan kumpulan pengganas
KDN memahami kebimbangan disuarakan AS berhubung dakwaan wujudnya aktiviti penyaluran dana kepada kumpulan pengganas di negara ini.
Telegram meraih dana AS$330 juta melalui jualan bon
CEO Telegram menyatakan permintaan bon Telegram adalah tinggi, dan ia telah dilanggan lebih tinggi berbanding sasaran.
Rumah Muzik Pulau Pinang tutup sepenuhnya hari ini akibat masalah kewangan
Kekangan dana dalam menguruskan operasi di galeri itu membuatkan keputusan terpaksa diambil untuk menutupnya.
Malaysia sambut baik keputusan Australia mendanai kembali UNRWA - Anwar
Anwar gembira kerana rakan sejawatannya dari Australia Anthony Albanese mengambil keputusan itu, berikutan keadaan yang semakin meruncing di Gaza.
Sweden sambung salur dana kepada UNRWA
PBB sebelum ini memberi amaran satu per tiga daripada populasi di Semenajung Gaza kini di ambang kebuluran.