Pasukan mencari dan menyelamat belum menemui petunjuk baharu dalam usaha mencari Mohammad Ashraf Hassan atau lebih dikenali sebagai Acap, peserta larian Gopeng Ultra Trail (GUT) 2019 yang hilang sejak lebih dua minggu lepas.
Pengarah Bahagian Latihan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Abdul Razak Muda berkata skop keluasan pencarian telah diperluaskan sebanyak radius 50 kilometer.
"Hari ini memasuki hari ke-18 tempoh pencarian, kita dapati tiada petunjuk baharu yang diperoleh walaupun telah menggunakan dua jenis anjing pengesan iaitu untuk mengesan mangsa yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal namun ia tidak membawa kepada sebarang penemuan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Penutupan Perkhemahan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia Peringkat Kebangsaan Kali Ke-29 Tahun 2019 di Kompleks Islam Darul Naim malam tadi.
Perkhemahan selama lima hari bermula 7 April lalu telah diadakan di Pusat Kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Tangok yang disertai 704 kadet bomba daripada 16 kontinjen di seluruh negara.
Hadir merasmikan majlis penutupan berkenaan ialah Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan dan Kecemerlangan Sukan, Kokurikulum dan Seni, Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni, Kementerian Pendidikan Razuki A. Rahim.
Abdul Razak berkata jika sebelum ini pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) beranggapan Mohamad Ashraf tergelincir atau terjatuh, tetapi apabila keluasan pencarian sudah menjangkau sebanyak 50 kilometer, kemungkinan tersebut terpaksa diubah.
"Saya dimaklumkan kemungkinan mangsa menghilangkan diri, ataupun ada kemungkinan yang beliau diculik.
"Operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan, dan seramai 50 anggota bomba akan menyertai operasi pencarian secara besar-besaran dengan pihak polis pada Sabtu ini," katanya.
Sementara itu, Razuki berkata sehingga kini seramai 185,841 pelajar di seluruh negara terlibat secara langsung dalam badan beruniform bomba dan penyelamat di peringkat sekolah.
"Penglibatan yang memberangsangkan ini memberi satu gambaran bahawa pelajar yang terlibat secara aktif dalam kokurikulum di peringkat sekolah mampu melahirkan modal insan kelas pertama.
"Penglibatan pelajar dalam perkhemahan dengan pelbagai aktiviti yang diadakan termasuk kawad kaki, 'Teachers Challenge', dan kebudayaan dapat memberi pendedahan awal secara praktikal kepada mereka jika mereka berminat untuk menjadi anggota bomba nanti," katanya.
Untuk rekod, johan keseluruhan bagi Perkhemahan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia Peringkat Kebangsaan Kali Ke-29 Tahun 2019 dinobatkan kepada kontinjen negeri Sabah, dan Melaka dipilih menjadi tuan rumah perkhemahan berkenaan kali ke-30 pada Tahun 2020.
Bernama
Thu Apr 11 2019

Pasukan mencari dan menyelamat belum menemui petunjuk baharu dalam usaha mencari Mohammad Ashraf Hassan atau lebih dikenali sebagai Acap. -Foto FizSaid

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Kehilangan Acap: Tiada petunjuk baharu - Bomba
Abdul Razak Muda berkata skop keluasan pencarian telah diperluaskan sebanyak radius 50 kilometer.