MALAYSIA wajar mengambil iktibar apa yang sedang berlaku di Sri Lanka. Negara tersebut lumpuh kerana politik dan ekonomi. Rakyat terkapai-kapai manakala pimpinan kerajaan lari meninggalkan negara.
Disebabkan asas pemerintahan tidak menentu, negara dalam keadaan keadaan tidak stabil lalu kesannya kepada ekonomi dan kualiti hidup rakyat.
Keharmonian ekonomi perlu seiring dengan keharmonian politik. Tanpa kedua-duanya, ia akan membantutkan pertumbuhan ekonomi, kenaikan harga barang keperluan, menghilangkan minat pelaburan asing, meningkatkan kos sara hidup dan rakyat sukar mendapat perkhidmatan asas.
Malaysia juga sedang melalui kenaikan harga barang dan kos sara hidup. Kenaikan harga barang makin membimbangkan di kala negara sedang beralih ke fasa endemik. Di mana kelemahan kita? Adakah di pihak pembekal, industri, pengeluar atau kerajaan?
Sedang isu kenaikan harga barang makin membimbangkan, polemik politik juga tidak berkesudahan. Muncul pula isu untuk mempercepatkan pilihan raya dan tuntutan jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Dalam menempuhi fasa pemulihan daripada pandemik, tiada salah sekiranya para pemain politik turut sama matang dan harmoni dalam berdepan dengan cabaran kenaikan harga barang serta kos sara hidup.
Politik yang sarat dengan pertelingkahan pasti memberi kesan kepada kawalan dan arah tuju ekonomi negara, sekali gus menentukan aliran pasaran. Ditambah dengan dasar yang salah oleh kerajaan apabila tidak berada dalam politik stabil akan memporak-perandakan ekonomi.
Maka berlangsunglah demonstrasi aman “Turun” pada Sabtu yang lalu. Walaupun demonstrasi bukan budaya orang Malaysia, namun ia sebenarnya mengggambarkan kebimbingan rakyat ke atas keharmonian ekonomi dan politik. Impian kesejahteraan rakyat dapat dijelmakan sekiranya kecukupan keperluan asas, kualiti dan kos hidup yang setimpal dapat disempurnakan oleh pihak kerajaan.
Dalam suasana politik tidak menentu, kawalan pelbagai aspek pengurusan negara akan terkesan kerana keputusan besar tidak mungkin boleh dicapai jika politik menjadi medan persaingan antara ahli politik, dan bukannya untuk menangani nasib rakyat yang terhimpit.
Selain itu, kestabilan politik daripada kerajaan utuh boleh mengekang manipulasi harga dan mengawal sektor korporat daripada memonopoli barangan.
Keharmonian politik dan ekonomi menjadi tanggungjawab semua sektor masyarakat - dari kerajaan, pihak industri, pembekal dan rakyat - bagi memastikan kesihatan pertumbuhan ekonomi negara akan terus subur dan berkembang.
* Penulis Immie Rozianie Abd Rahim merupakan Penyelidik Pengiklanan Politik.
* Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Kolumnis AWANI
Tue Jul 26 2022

Walaupun demonstrasi bukan budaya orang Malaysia, namun ia sebenarnya mengggambarkan kebimbingan rakyat ke atas keharmonian ekonomi dan politik. - Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Pemilihan kepimpinan pusat PKR pada 24 Mei
Pemilihan bagi jawatan di peringkat Cabang, Wanita Cabang dan Angkatan Muda Keadilan Cabang pula ditetapkan pada 11 hingga 20 April.

'Kami yakin buat keputusan tepat berdasarkan undang-undang dan fakta' - Ketua Hakim Negara
Tengku Maimun berkata, tempoh enam tahun pentadbirannya di bawah empat Perdana Menteri, semuanya daripada gabungan politik berbeza.

'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.

Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.

Keputusan letak jawatan demi perkukuh PN - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri menafikan peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung PN berpunca daripada keretakan dalam gabungan berkenaan.

Perpecahan dalaman boleh lemahkan PBB - Uggah
Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata keperluan untuk semua ahli parti berkenaan supaya bersatu semakin mendesak.

AS Memilih: Persepsi buruk terhadap imigran, mampu undang kekalahan Trump - Diaspora Malaysia
Persepsi buruk calon Presiden AS dari Parti Republikan, Donald Trump terhadap golongan pendatang di negara itu mampu menyumbang kepada kekalahannya pada Pilihanraya Presiden, Selasa ini.

AS Memilih: Sokongan pempengaruh dan selebriti popular main peranan besar
Sokongan daripada golongan selebriti dan pempengaruh media sosial memainkan peranan besar dalam mempengaruhi pengundi khususnya golongan muda membuat keputusan dalam memilih Presiden Amerika Syarikat.

Kabinet ‘gemuk’ Prabowo perlu buktikan prestasi, bukan sekadar berbahagi kuasa - Pakar
Anggota Kabinet baharu yang diumumkan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto perlu membuktikan prestasi kerja yang jelas kepada rakyat.

Tak salah berunding untuk tubuh kerajaan - Nazri
Mohamed Nazri menegaskan rundingan antara parti untuk membentuk kerajaan merupakan perkara biasa dalam amalan demokrasi.