KUALA LUMPUR: Kedudukan Malaysia pada tempat ke-13 dalam senarai terbaharu Indeks Pemulihan COVID-19 Nikkei, selepas hampir dua tahun memerangi pandemik COVID-19, merupakan pengiktirafan kepada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) Datuk Dr Kuljit Singh berkata kejayaan Malaysia memerangi pandemik itu adalah hasil penglibatan dan kerjasama antara penjagaan kesihatan awam, swasta dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
"Vaksinasi yang tersusun membantu negara kita. Bilangan kumpulan antivaksin juga tidak setinggi negara lain, malah kita berjaya mengubah mereka dan menerima vaksin akhirnya," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Selain itu, Dr Kuljit berkata aplikasi MySejahtera yang mantap turut menyumbang secara signifikan kepada negara dalam menangani kes COVID-19 walaupun perjuangan itu belum diisytihar 'menang'.
Berdasarkan Indeks Pemulihan COVID-19 Nikkei setakat 31 Dis 2021, Malaysia berada pada kedudukan ke-13 dengan 66.5 mata, manakala Bahrain tersenarai pada tempat teratas dengan 82 mata, diikuti Chile (76.5 mata) dan Taiwan (75.5 mata).
Menurut laman webnya, Indeks Pemulihan COVID-19 Nikkei menyenaraikan kira-kira 120 negara atau wilayah bagi pengurusan jangkitan, pelaksanaan pemberian vaksin dan mobiliti sosial.
Kedudukan lebih tinggi sesebuah negara atau wilayah dalam indeks tersebut menunjukkan ia semakin hampir kepada pemulihan dengan jumlah kes COVID-19 yang rendah, kadar vaksinasi lebih baik dan langkah penjarakan sosial yang kurang ketat; sumber data termasuk daripada Our World in Data, Google COVID-19 Community Mobility Reports, Oxford Covid-19 Government Response Tracker Cirium dan penyelidikan Nikkei Asia.
Sementara itu, pakar epidemiologi Universiti Putra Malaysia Prof Madya Dr Malina Osman berkata usaha Kementerian Kesihatan (KKM) yang diketuai Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan Menterinya Khairy Jamaluddin menggunakan strategi politik dan pengurusan wabak yang berkesan serta sokongan daripada semua agensi terlibat termasuk masyarakat, adalah penyebab sebenar kejayaan itu.
Beliau menegaskan bahawa dalam kesihatan awam, usaha kolektif adalah paling penting dan kejayaan tidak boleh sekadar bergantung kepada pencapaian individu.
"Saya berpendapat ia merupakan pencapaian yang sangat baik...menerusi komitmen semua pihak dalam memastikan pengendalian wabak COVID-19 yang optimum membolehkan negara berjaya melakukan pelan pemulihan sepertimana yang dirancangkan.
"Ini setanding dengan kebanyakan negara Asia yang lain. Komitmen ini perlu diteruskan bagi memastikan kejadian kes atau kluster dapat dibendung sekali gus membolehkan strategi pemulihan berkenaan tidak terhenti mahupun ditangguhkan," katanya.
Berkongsi sentimen sama, pakar epidemiologi dan kesihatan awam dari Universiti Malaya Prof Dr Sanjay Rampal berkata Malaysia kini agak baik dengan kes harian yang dilaporkan secara relatifnya lebih rendah dan kadar insiden juga lebih rendah berbanding negara lain.
"Kita mempunyai kadar insiden asas yang lebih rendah sejak beberapa minggu lepas. Ini mungkin disebabkan variasi bermusim dan imuniti masyarakat masih tinggi berikutan program vaksinasi yang lepas," katanya.
Dr Sanjay berkata jumlah kes pada beberapa bulan akan datang mungkin terus rendah atau boleh juga meningkat disebabkan beberapa faktor seperti kewujudan strain Omicron sebagai strain utama yang lebih mudah berjangkit berbanding varian Delta.
Bagaimanapun, beliau yakin perkhidmatan hospital tidak akan terbeban jika negara merancang perkhidmatan COVID-19 dengan proaktif dan bekerjasama untuk melibatkan seluruh masyarakat dalam memerangi COVID-19.
Dr Noor Hisham menerusi hantaran dalam Facebooknya semalam berkata Indeks Pemulihan COVID-19 Nikkei menunjukkan perbezaan antara Asia dengan Barat, dengan kebanyakan negara merekodkan peningkatan kes terutama disebabkan varian Omicron dalam tempoh yang singkat.
Beliau berkata Malaysia kini menduduki tempat keenam dalam Indeks COVID-19 Global (GCI) yang dibangunkan dengan input daripada pelbagai badan antarabangsa termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 10 2022
Siti Nor Shahira Mohd Dhali, 21, memakai kostum Doraemon ketika menerima suntikan vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada Ogos lalu. - Gambar hiasan/ Bernama
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Kedudukan Malaysia dalam Indeks Pemulihan Nikkei pengiktirafan terhadap PICK
Kedudukan Malaysia pada tempat ke-13 itu merupakan pengiktirafan kepada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Malaysia duduki tempat ke-13 Indeks Pemulihan COVID-19 Nikkei
Malaysia berada di kedudukan ke-13 dalam senarai terbaharu Indeks Pemulihan COVID-19 Nikkei, selepas hampir dua tahun memerangi pandemik COVID-19.