Kedudukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terus relevan dan kukuh bagi menjalankan tiga fungsi utamanya iaitu melaksanakan tugas-tugas penyelarasan dalam bidang undang-undang, pendidikan dan pentadbiran Islam.
Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata jabatan itu signifikan sebagai urusetia kepada Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam, yang ditubuhkan oleh Majlis Raja-Raja pada 1 Julai 1969.
"Jakim adalah sebuah agensi pusat yang ditubuhkan oleh kerajaan Persekutuan bagi menyelaraskan isu-isu berkaitan hal ehwal Islam.
"Selain itu, Jakim berperanan membantu Perdana Menteri dalam hal ehwal Islam selaras dengan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan Islam sebagai Agama Persekutuan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
Menurutnya semua dasar kerajaan juga perlu mengambil kira kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Beliau menjelaskan Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 12(2) secara nyata membenarkan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri menubuhkan dan menyediakan sejumlah wang bagi menyelenggara institusi-institusi Islam seperti masjid serta sekolah.
BACA: Tanggungjawab Jakim turut mencakupi isu global termasuk IS dan Syiah
Othman berkata Jakim sentiasa menjulang tinggi kuasa Islam yang terletak di bawah kuasa sultan di setiap negeri seluruh negara, manakala Raja-Raja Melayu mendapat nasihat daripada Majlis Agama Islam Negeri-Negeri dalam hal berhubung dengan pentadbiran dan kemaslahatan umat Islam.
"Oleh itu, kedaulatan Raja-Raja Melayu sebagai ketua agama Islam dan perkara-perkara yang melibatkan hal ehwal Islam terus diwarisi dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Justeru, Jakim berharap semua pihak dapat menghormati semangat Perlembagaan Persekutuan agar keamanan dan keharmonian yang dikecapi berkekalan," katanya.
Kenyataannya dipercayai merujuk kepada artikel sebuah portal yang mengandungi saranan supaya Jakim dimansuhkan.
BACA: Bubar JAKIM: Kenyataan Tawfik, kurang sopan dan tidak beradab - Perkasa
Bernama
Tue Nov 10 2015
![Kedudukan Jakim terus relevan, kukuh jalankan fungsi utama - Othman Kedudukan Jakim terus relevan, kukuh jalankan fungsi utama - Othman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/81443953167_othmanmustapha.jpg)
OTHMAN: Jakim adalah sebuah agensi pusat yang ditubuhkan oleh kerajaan Persekutuan bagi menyelaraskan isu-isu berkaitan hal ehwal Islam.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Fungsi JAKIM, Kementerian Perpaduan Negara berbeza - Mohd Na'im Fungsi JAKIM, Kementerian Perpaduan Negara berbeza - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714481036_MohdNaimMokhtar.jpg)
Fungsi JAKIM, Kementerian Perpaduan Negara berbeza - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar menegaskan fungsi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah berbeza dengan Kementerian Perpaduan Negara (KPN).
![Fungsi, tugas, objektif dan matlamat J-KOM diselaras semula - Fahmi Fungsi, tugas, objektif dan matlamat J-KOM diselaras semula - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702461882_TBFahmiFadzil.jpg)
Fungsi, tugas, objektif dan matlamat J-KOM diselaras semula - Fahmi
Fungsi, tugas, objektif dan matlamat Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) yang kini di bawah seliaan Kementerian Komunikasi akan diselaras semula.
![Tiada cadangan gabung ITBM dan DBP Tiada cadangan gabung ITBM dan DBP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/61564553048_TBDBPITBM.jpg)
Tiada cadangan gabung ITBM dan DBP
Teo Nie Ching berkata ITBM akan terus memberikan khidmat berkaitan terjemahan buku dan dokumen selain melatih dan meningkatkan kemahiran penterjemah dan jurubahasa untuk memenuhi keperluan negara.
![Akademi Pilihan Raya akan diperkasa - SPR Akademi Pilihan Raya akan diperkasa - SPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/41506512151_MohdHashimAbdullah.jpg)
Akademi Pilihan Raya akan diperkasa - SPR
Akademi itu tidak lagi hanya memberikan kursus kepada petugas SPR sahaja, sebaliknya telah turun padang di seluruh negara bagi memberi penjelasan kepada masyarakat pelbagai peringkat.
![Wajibkan pemeriksaan keselamatan bangunan dua tahun sekali - Juruukur Wajibkan pemeriksaan keselamatan bangunan dua tahun sekali - Juruukur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/81505616742_Kebakaran.jpg)
Wajibkan pemeriksaan keselamatan bangunan dua tahun sekali - Juruukur
Pihak RISM dan RBS mencadangkan kerajaan mewajibkan pemeriksaan keselamatan berkala bagi bangunan berkepadatan tinggi.
![Kedudukan Jakim terus relevan, kukuh jalankan fungsi utama - Othman Kedudukan Jakim terus relevan, kukuh jalankan fungsi utama - Othman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/81443953167_othmanmustapha.jpg)
Kedudukan Jakim terus relevan, kukuh jalankan fungsi utama - Othman
Kedudukan Jakim terus relevan dan kukuh bagi melaksanakan tugas-tugas penyelarasan dalam bidang undang-undang, pendidikan dan pentadbiran Islam.