Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia (RISM) dan Pengamal Juruukur Bangunan Berdaftar (RBS) mencadangkan kerajaan mewajibkan pemeriksaan keselamatan berkala bagi bangunan berkepadatan tinggi kepada setiap dua tahun sekali berbanding amalan sekarang iaitu sekali pada setiap 10 tahun.
Naib Presiden RISM, Sr Mohd Amin Mohd Din berkata peruntukan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) itu perlu dikemas kini semula untuk memenuhi keperluan semasa selain menjamin keselamatan premis.
"Tempoh pemeriksaan wajib sekali setiap 10 tahun adalah terlalu lama khususnya bagi premis-premis berkepadatan tinggi seperti sekolah dan rumah-rumah kebajikan," katanya kepada wartawan di pejabat RISM di sini hari ini.
Mohd Amin, yang juga Anggota Exco RBS, berkata demikian sebagai mengulas arahan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahu kedua-dua badan itu menilai kembali status fizikal semua bangunan di negara ini, ekoran kebakaran Pusat Tahfiz Datuk Quran Ittifaqiyah di Datuk Keramat di sini bulan lepas yang meragut nyawa 21 pelajar dan dua guru.
Menyambut baik langkah itu, beliau berkata pemeriksaan keselamatan berkala harus dijadikan satu kewajipan oleh pemilik bangunan memandangkan aspek tersebut sering dipandang ringan oleh masyarakat.
Mohd Amin berkata pemeriksaan dan penilaian juruukur bangunan untuk sesebuah premis bangunan bukan hanya daripada sudut keselamatan sahaja, tetapi juga meliputi keseluruhan audit bangunan termasuk aspek fungsi, keadaan kesihatan dan keselamatan semasa.
Beliau berkata pemeriksaan keselamatan juga perlu dibuat setiap kali pertukaran hak milik, perubahan fungsi premis dan pengubahsuaian bangunan dilakukan.
"Ia juga merangkumi penilaian reka bentuk, elemen, komponen, peralatan dan kemudahan fasiliti yang mengambil kira kebajikan, suasana sejahtera, sihat dan selamat penghuni dan pengguna premis berkenaan.
"Penemuan dan hasil pemeriksaan daripada siasatan juruukur bangunan membolehkan urutan pemantauan keselamatan susulan dilakukan," katanya.
Mengenai piawaian keselamatan premis tahfiz, Mohd Amin berkata RISM akan mengemukakan kertas cadangan kepada Jawatankuasa Tertinggi Pasukan Petugas Khas Sekolah-Sekolah Tahfiz mengenai pelaksanaan pemeriksaan dan piawaian keselamatan yang akan dilakukan.-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 09 2017
![Wajibkan pemeriksaan keselamatan bangunan dua tahun sekali - Juruukur Wajibkan pemeriksaan keselamatan bangunan dua tahun sekali - Juruukur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/81505616742_Kebakaran.jpg)
Penilaian status keelamatan fizikal semua bangunan di negara ini perlu dikaji semula, susulan kes kebakaran yang melibatkan Pusat Tahfiz Datuk Quran Ittifaqiyah di Datuk Keramat di sini bulan lepas. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Lima kereta rosak akibat bongkah konkrit jatuh dari atas bangunan Lima kereta rosak akibat bongkah konkrit jatuh dari atas bangunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705768179_Limakeretarosak.jpg)
Lima kereta rosak akibat bongkah konkrit jatuh dari atas bangunan
Kereta tersebut mengalami kerosakan di bahagian bumbung selain tingkap pecah dalam kejadian pada kira-kira 11.30 pagi yang turut menyebabkan empat kereta lain terkena serpihan.
![Serangan dron berterusan, Kiev beri amaran jelas kepada Rusia Serangan dron berterusan, Kiev beri amaran jelas kepada Rusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41690927209_DronesHits.jpg)
Serangan dron berterusan, Kiev beri amaran jelas kepada Rusia
Ukraine memberi amaran kepada Rusia konflik antara kedua-dua negara itu akan beralih ke wilayahnya tidak lama lagi.
![Kemudahan mesra OKU di Malaysia masih rendah - Nancy Kemudahan mesra OKU di Malaysia masih rendah - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41686432207_NancyShukri.jpg)
Kemudahan mesra OKU di Malaysia masih rendah - Nancy
Perbincangan bersama kementerian lain dan penelitian dasar OKU di luar negara akan dilakukan bagi memastikan peningkatan di negara ini.
![Tapak pembinaan bangunan 42 tingkat terbakar Tapak pembinaan bangunan 42 tingkat terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71677796363_buildingfire.jpg)
Tapak pembinaan bangunan 42 tingkat terbakar
Kebakaran berlaku di tapak projek pembangunan semula The Mariners' Club yang terletak di daerah Tsim Sha Tsui pada Khamis malam.
![Runtuhan bangunan: Pihak penyelamat temui seorang mangsa lelaki Runtuhan bangunan: Pihak penyelamat temui seorang mangsa lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81642108340_TBBuildingCollapse.jpg)
Runtuhan bangunan: Pihak penyelamat temui seorang mangsa lelaki
Penemuan itu berlaku pada hari ketiga SAR dijalankan bagi mengesan enam pekerja binaan yang dilaporkan hilang.
![Rumah pekerja binaan musnah terbakar Rumah pekerja binaan musnah terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81634599524_TBMALLFIRE.jpg)
Rumah pekerja binaan musnah terbakar
Kebakaran berlaku di tingkat dua kawasan parkir yang dijadikan tempat tinggal pekerja dan penyimpanan peralatan pembinaan.
![Seorang maut insiden rumah meletup di Michigan Seorang maut insiden rumah meletup di Michigan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61625523749_TBexploded.jpg)
Seorang maut insiden rumah meletup di Michigan
Ketika kejadian, satu bunyi yang seakan bom meletup menyebabkan kawasan kejiranan bergegar dan bekalan elektrik terputus.
![Letupan Dhaka: Tujuh terbunuh, 50 cedera Letupan Dhaka: Tujuh terbunuh, 50 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81624847332_blast.jpg)
Letupan Dhaka: Tujuh terbunuh, 50 cedera
Pesuruhjaya Polis Dhaka, Shafiqul Islam berkata, tujuh bangunan berdekatan dan tiga bas mengalami kerosakan akibat letupan tersebut.
![Mayat warga emas ditemui di tangga bangunan dalam pembinaan Mayat warga emas ditemui di tangga bangunan dalam pembinaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81622732792_MAYATGENERIC.jpg)
Mayat warga emas ditemui di tangga bangunan dalam pembinaan
Mayat lelaki warga emas lelaki ditemui orang awam selepas terhidu bau busuk di tangga sebuah bangunan dalam pembinaan.
![Mayat lelaki ditemui terputus 2 terjatuh dari tingkat 26 kondominium Mayat lelaki ditemui terputus 2 terjatuh dari tingkat 26 kondominium](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71623833704_Mayatlelakiterputu.jpg)
Mayat lelaki ditemui terputus 2 terjatuh dari tingkat 26 kondominium
Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan terputus dua selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 26 sebuah kondominium di sini, hari ini.