GWANGJU: Pihak penyelamat Korea Selatan menemui seorang lelaki di sebalik runtuhan bangunan yang berlaku di tapak pembinaan di bandar selatan gwangju pada Khamis.
Penemuan itu berlaku pada hari ketiga Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) dijalankan bagi mengesan enam pekerja binaan yang dilaporkan hilang dalam kejadian runtuhan itu.
Bagaimanapun, setakat laporan dikeluarkan, mangsa tidak dapat dikenal pasti sama ada masih bernyawa atau tidak.
Operasi SAR itu digerakkan oleh puluhan kru, dibantu oleh anjing pengesan dan dron yang dilengkapi kamera canggih bagi mengesan mangsa yang masih hilang.
Tahap kerosakan bangunan itu begitu teruk sehinggakan pihak penyelamat terpaksa memperlahankan operasi kerana bimbang akan ketidakstabilan struktur serpihan bangunan.
Kira-kira 10 kenderaan musnah dan hampir 200 isi rumah serta kedai berdekatan terpaksa berpindah berikutan sebahagian bangunan pangsapuri bertingkat tinggi runtuh pada Selasa.
Bangunan yang terletak di daerah Hwajeongdong itu sedang dalam pembinaan.
Astro Awani
Thu Jan 13 2022
![Runtuhan bangunan: Pihak penyelamat temui seorang mangsa lelaki Runtuhan bangunan: Pihak penyelamat temui seorang mangsa lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81642108340_TBBuildingCollapse.jpg)
Operasi SAR itu digerakkan oleh puluhan kru, dibantu oleh anjing pengesan dan dron yang dilengkapi kamera canggih bagi mengesan mangsa yang masih hilang. - Foto AP
![Mesir, Palestin bincang rancangan pemulihan Gaza “tanpa pindahkan penduduk Palestin” Mesir, Palestin bincang rancangan pemulihan Gaza “tanpa pindahkan penduduk Palestin”](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738793021_TBMohammadMustafa.jpg)
Mesir, Palestin bincang rancangan pemulihan Gaza “tanpa pindahkan penduduk Palestin”
Perbincangan berlangsung dalam satu mesyuarat di Kaherah antara Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty dan Perdana Menteri Palestin yang juga Menteri Luar, Mohamed Mustafa.
![Pembangunan IKN dipantau elak pembaziran kos, perlu fokus banyak projek lain - Menteri Pembangunan IKN dipantau elak pembaziran kos, perlu fokus banyak projek lain - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723452979_IbuKotaNusantara.jpg)
Pembangunan IKN dipantau elak pembaziran kos, perlu fokus banyak projek lain - Menteri
Agus Harimurti Yudhoyono berkata, semua kementerian sedang membuat penyesuaian untuk mengelakkan pembaziran kos.
![Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738792621_TBpasarkeramat.jpg)
Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha
Dr Zaliha minta DBKL menyegerakan bancian bagi memuktamadkan bilangan peniaga di kawasan Pasar Dato Keramat dalam tempoh dua minggu.
![Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737330147_GazaPalestineHam.jpg)
Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan
"Gaza adalah sebahagian daripada wilayah Palestin dan tiada sesiapa pun yang mempunyai kuasa untuk menentukan nasib penduduknya," kata Kementerian Luar Afghanistan
![445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI 445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738770997_GobindSinghDeo.jpg)
445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI
Fasa pertama program itu yang diperkenalkan pada Disember 2024 adalah perintis untuk menguji integrasi AI dalam aliran kerja kerajaan.
![Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713608544_kementerianpendidik.jpg)
Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir
Pengesanan awal tersebut membolehkan pihak sekolah membuat perancangan bagi melaksanakan intervensi yang bersesuaian.
![Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737481124_TBBENDERAASEAN.jpg)
Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.
![Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713670650_padi.jpg)
Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira
Pesawah di negeri ini berharap harga lantai belian padi baharu yang akan diumumkan minggu depan membawa perkhabaran gembira kepada mereka.
![UTM sedia menerajui pembangunan AI negara UTM sedia menerajui pembangunan AI negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41619931419_UTM.jpg)
UTM sedia menerajui pembangunan AI negara
Universiti Teknologi Malaysia sedia jadi peneraju pembangunan bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) negara khususnya melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT).
![FAMA tingkat perolehan kelapa pastikan bekalan mencukupi FAMA tingkat perolehan kelapa pastikan bekalan mencukupi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71642351694_KelapaMentah.jpg)
FAMA tingkat perolehan kelapa pastikan bekalan mencukupi
FAMA Pahang tangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran dengan meningkatkan pembelian bagi memastikan bekalan mencukupi terutama menjelang musim perayaan.
![Melaka pantau struktur bangunan merah susulan runtuhan Melaka pantau struktur bangunan merah susulan runtuhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61735795626_tbbangunanlamarun.jpg)
Melaka pantau struktur bangunan merah susulan runtuhan
Kerajaan Melaka akan terus memantau struktur bangunan merah di sekitar Jalan Laksamana di sini susulan rasuk kayu di satu daripada deretan premis berusia ratusan tahun itu runtuh semalam.
![Runtuhan di tebing Sungai Kelantan: Bomba lakukan pemantauan secara berkala Runtuhan di tebing Sungai Kelantan: Bomba lakukan pemantauan secara berkala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734385132_TBtanahruntuh.jpg)
Runtuhan di tebing Sungai Kelantan: Bomba lakukan pemantauan secara berkala
Pemantauan dilaksanakan sebagai langkah berwaspada sekiranya terdapat sebarang kemungkinan berlaku runtuhan lagi.
![Banjir: JKR Kelantan mengesan 10 runtuhan di jalan persekutuan Banjir: JKR Kelantan mengesan 10 runtuhan di jalan persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733018451_RUNTUHANCERUN.jpg)
Banjir: JKR Kelantan mengesan 10 runtuhan di jalan persekutuan
Kawasan runtuhan jalan yang berlaku itu membabitkan jajahan iaitu Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah, Jeli dan Machang.
![Penduduk Gaza cari jalan urus saki-baki runtuhan termasuk dijadikan nisan Penduduk Gaza cari jalan urus saki-baki runtuhan termasuk dijadikan nisan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41728203623_tbGazaStrip.jpg)
Penduduk Gaza cari jalan urus saki-baki runtuhan termasuk dijadikan nisan
Di sebalik runtuhan sebuah kediaman dua tingkat, seorang kanak-kanak Palestin, Mohammed dilihat mengumpulkan serpihan bumbung yang musnah dan diletakkan di dalam baldi pada Ahad.
![Budak lelaki ditemui hidup selepas 9 hari terperangkap bawah runtuhan di Gaza Budak lelaki ditemui hidup selepas 9 hari terperangkap bawah runtuhan di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709250754_Gaza.jpg)
Budak lelaki ditemui hidup selepas 9 hari terperangkap bawah runtuhan di Gaza
Menurut pasukan penyelamat, Naim mengalami dehidrasi teruk dan mengalami kekurangan zat makanan.
![Lombong emas runtuh ragut sekurang-kurangnya 21 nyawa Lombong emas runtuh ragut sekurang-kurangnya 21 nyawa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-04/81554253841_Bodies.jpg)
Lombong emas runtuh ragut sekurang-kurangnya 21 nyawa
Sekurang-kurangnya 21 pelombong terbunuh dan beberapa lagi dilaporkan hilang dalam kejadian runtuhan di lombong emas ekoran hujan lebat.
![Kesemua 41 mangsa runtuhan terowong di India berjaya diselamatkan Kesemua 41 mangsa runtuhan terowong di India berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61701221422_tunnelcollapse.jpg)
Kesemua 41 mangsa runtuhan terowong di India berjaya diselamatkan
Kesemua mangsa berada dalam keadaan sihat bagaimanapun perlu mendapat rawatan dan pemantauan daripada pihak hospital.
![Lebih 2,000 orang hilang, Gaza perlukan segera pasukan pertahanan awam Lebih 2,000 orang hilang, Gaza perlukan segera pasukan pertahanan awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699264922_Jabaliarefugeecamp.jpg)
Lebih 2,000 orang hilang, Gaza perlukan segera pasukan pertahanan awam
"Kami tidak mempunyai sukarelawan dan jentera berat yang mencukupi untuk membantu mencari dan mengeluarkan mereka yang terperangkap di bawah runtuhan."
![Gempa bumi kuat ranapkan kampung di Maghribi Gempa bumi kuat ranapkan kampung di Maghribi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694348583_gempamaghribi.jpg)
Gempa bumi kuat ranapkan kampung di Maghribi
Gempa bumi itu memusnahkan sepenuhnya perkampungan yang terletak di wilayah Chichaoua berhampiran bandar Marrakesh.
![Angin baratan: Lebih 400 anggota APM sedia hadapi sebarang kemungkinan Angin baratan: Lebih 400 anggota APM sedia hadapi sebarang kemungkinan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51688216418_AminurrahimMohamed.jpg)
Angin baratan: Lebih 400 anggota APM sedia hadapi sebarang kemungkinan
Para petugas akan digerakkan setiap hari bagi memantau lokasi hotspot dan kawasan yang mungkin berlaku runtuhan, kenaikan air dan sebagainya.