Malang menimpa 142 orang penduduk sebuah rumah panjang di Nanga Bilat, Entabai di Julau, kira-kira 94km dari sini apabila kediaman mereka musnah dalam satu kebakaran hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata ketiadaan sumber air menyebabkan penduduk Rumah Panjang Chat Chemalien tidak mampu melakukan apa-apa bagi memadamkan kebakaran yang memusnahkan kira-kira 90 peratus bangunan sepanjang 20 pintu itu pada kira-kira pukul 1.00 petang tadi.
"Jarak perjalanan dari balai bomba terdekat dengan lokasi kejadian adalah kira-kira 71km dan mengambil masa satu jam 24 minit (untuk jentera sampai)," katanya ketika dihubungi di sini.
Menurutnya sepasukan enam anggota bomba dan penyelamat yang tiba di lokasi kejadian juga mendapati satu-satunya sumber air yang ada di situ adalah sebuah kolam kecil.
"Pihak Bomba dan Penyelamat masih lagi menjalankan operasi pemadaman," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 17 2020
Sepasukan enam anggota bomba dan penyelamat yang tiba di lokasi kejadian juga mendapati satu-satunya sumber air yang ada di situ adalah sebuah kolam kecil. -Gambar hiasan
"Zaman keemasan Amerika kini bermula”- Donald Trump
Kata Trump, beliau kembali ke White House sebagai Presiden AS ke-47 dengan "penuh keyakinan dan optimis."
Trump angkat sumpah sebagai Presiden AS ke-47
Donald Trump angkat sumpah untuk penggal kedua sebagai Presiden menandakan perubahan besar dalam pentadbiran Amerika Syarikat.
PM setuju draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan - Jemilah
Perdana Menteri Anwar telah memberi persetujuan kepada draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan sebagai langkah konkrit menangani isu-isu alam sekitar global.
60 peratus wanita di Malaysia tidak pernah jalani saringan kanser serviks
Statistik itu mencerminkan tahap kesedaran yang masih rendah dalam kalangan wanita mengenai kepentingan pengesanan awal penyakit terbabit.
Krisis sebenar adalah pada kepimpinan, bukan perubahan iklim - Jemilah
Krisis sebenar dihadapi dunia terletak kepada kepimpinan yang gagal membuat keputusan dan tindakan bermakna untuk menangani isu perubahan iklim.
SUKMA 2026 di Selangor dijangka berlangsung Ogos - Exco
Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Selangor dijangka berlangsung pada bulan Ogos, kata Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan negeri Mohd Najwan Halimi.
Pelarasan pencen susulan SSPA: Veteran boleh hubungi JHEV jika ada persoalan
Veteran ATM yang mempunyai persoalan mengenai kiraan pencen susulan pelaksanaan SSPA boleh berhubung dengan JHEV ATM untuk penerangan.
Abang Johari cadang pertubuhan Melayu wujudkan dana amanah
Premier Sarawak cadang pertubuhan Melayu di Sarawak mewujudkan dana amanah bagi memelihara dan menguruskan hartanah milik orang Melayu di negeri itu.
Syarikat logistik Malaysia digesa teroka peringkat serantau - Liew
Syarikat Malaysia, terutamanya yang berkecimpung dalam sektor logistik, perlu meneroka ke peringkat serantau dengan pendekatan keseluruhan kerajaan untuk menjadi jaguh antarabangsa.
JBPM dijangka terima tiga helikopter baharu tahun depan
JBPM dijangka menerima tiga helikopter baharu AgustaWestland AW139 pada tahun depan, dalam usaha meningkatkan keupayaan penyelamatan terutama di kawasan pedalaman.
Pembukaan banyak pusat data boleh jejas sumber air negara
Meskipun Malaysia mengalu-alukan pelaburan itu, pakar bimbang tidak ada cukup langkah untuk melindungi air bagi kegunaan awam dan persekitaran.
Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.
Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.
Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.
Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.
Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.
Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.
Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.
Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.
Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?
Ramai salah anggap, samakan plak dengan makanan yang tertinggal dalam mulut, sedangakan ia adalah benda yang bebeza.