Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir melahirkan kegembiraan apabila Kedah Darul Aman, yang dahulunya pernah dikenali sebagai 'Darul Sampah', kini berubah wajah menjadi antara negeri terbersih di Malaysia.
Malahan, katanya, perkara ini diakui sendiri oleh rakan-rakan sejawatannya yang datang melawat ke negeri ini.
"Mereka (rakan-rakan Menteri Besar) maklum kepada saya apabila berjumpa atau hantar teks mereka ucap tahniah kerana mereka melihat yang pertamanya bandaraya Alor Setar sangat bersih berbanding dahulu, dan kawasan-kawasan lain di sekitar negeri Kedah," katanya ketika berucap merasmikan Wisma Idaman di sini hari ini.
Mukhriz berkata, pencapaian tersebut banyak disumbangkan pihak syarikat pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di Kedah dan Perlis, Environmental Idaman Sdn Bhd (E-Idaman).
"Sepanjang tempoh perkhidmatan saya sebagai Menteri Besar, saya berpuas hati dengan prestasi dan komitmen yang telah ditunjukkan oleh E-Idaman, bukan sahaja dari aspek menjaga kebersihan, malahan merangkumi kerja kebajikan," katanya.
Mukkriz berkata, penduduk di negeri ini 'mengeluarkan' sebanyak hampir 1,400 tan sampah sehari dan ia meningkat kepada 1,800 tan pada hari perayaan.
Justeru beliau berharap pelaksanaan pengasingan sisa di punca yang akan dilaksanakan pada September ini dapat dipraktikkan oleh seluruh rakyat dalam meningkatkan kadar kitar semula di samping mengurangkan jumlah sisa yang perlu dilupuskan di tapak pelupusan.
Beliau juga berharap usaha dijalankan bersama bagi menjadikan Kedah negeri pertama capai status sifar aduan dalam aspek kebersihan persekitaran.
Bernama
Mon Aug 03 2015
Mukhriz berkata, pencapaian tersebut banyak disumbangkan pihak syarikat pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam. - Gambar Fail
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
Kedah 'Darul Sampah', kini antara negeri paling bersih - Mukhriz Mahathir
Menteri Besar Kedah melahirkan kegembiraan apabila Kedah Darul Aman, yang dahulunya pernah dikenali sebagai 'Darul Sampah', kini berubah wajah menjadi antara negeri terbersih di Malaysia.