KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menganugerahkan ganti rugi RM5.1 juta kepada pentadbir harta pusaka bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) yang mengalami kerosakan otak selepas pembedahan di sebuah hospital pakar swasta, lapan tahun lalu.
Hakim Datuk Mohd Arief Emran Arifin membuat keputusan tersebut selepas membenarkan saman difailkan pada 2018 oleh Allahyarham Datuk Zainudin A Kadir (plaintif) terhadap sebuah hospital swasta, seorang pakar bedah telinga, hidung dan tekak (ENT) serta pakar bius (defendan).
Ganti rugi itu perlu dibayar kepada Datin Nor Rizam Abdul Wahab (plaintif), sebagai isteri dan pentadbir harta pusaka Zainudin yang meninggal dunia pada 2021 ketika penularan COVID-19.
Dalam penghakiman setebal 79 muka surat, hakim memutuskan plaintif berjaya membuktikan imbangan kebarangkalian bahawa semua defendan bertanggungjawab atas kecuaian perubatan.
Katanya rantaian kejadian yang menyebabkan kecederaan kepada si mati melibatkan kebenaran keluar awal daripada proses pemulihan selepas pembedahan dan beberapa kejadian malang yang berlaku di wad.
"Ganti rugi diberikan oleh mahkamah akan ditanggung secara bersama dan berasingan oleh defendan," katanya dalam penghakiman yang disiarkan di laman web badan kehakiman awal minggu ini.
Beliau turut mengarahkan hospital dan dua doktor itu membayar kos RM210,000 lagi kepada pentadbir harta pusaka Zainudin.
"Sebahagian besar daripada ganti rugi berjumlah RM4 juta adalah akibat kehilangan pendapatan kerana mangsa bekerja dan memperoleh RM65,000 sebulan, manakala RM500,000 lagi adalah untuk kesakitan dan penderitaan, katanya.
Dalam penghakimannya, Mohd Arief Emran juga menjelaskan bahawa bukan fungsi mahkamah untuk menghukum doktor atau hospital tetapi memberi pampasan kepada plaintif.
"Penganugerahan ganti rugi adalah percubaan oleh sistem perundangan untuk meletakkan plaintif pada kedudukan yang sama sejauh mana pampasan kewangan boleh diberikan," katanya.
Mengikut fakta kes, Zainudin dimasukkan ke hospital itu pada 22 Feb 2016 dan menjalani pembedahan hidung empat hari kemudian.
Pembedahan bermula pada jam 5.45 petang dan berakhir pada jam 8.05 malam. Rekod menunjukkan pembedahan berjalan lancar dan tiada kejadian tidak diingini semasa pembedahan. Bagaimanapun, Zainudin rebah pada jam 9.30 malam.
Mengikut protokol hospital, doktor mesti memerhati pesakit di ruang pemulihan sekurang-kurangnya sejam selepas 'reversal anaesthesia' atau penarikan kembali bius sebelum dipindahkan ke wad.
Tetapi dalam kes ini, proses pemerhatian hanya berlangsung selama 25 minit.
Memandangkan pesakit masih mengantuk, pakar bedah ENT memasukkan tiub ke dalam esofagus dan bukannya trakea yang membawa kepada kerosakan otak.
Selepas pembedahan, beliau dipindahkan ke wad VIP di mana alat suai kuasa (adapter) oksigen turut hilang.
"Saya dapati defendan semuanya bertanggungjawab secara bersama dan berasingan atas apa yang berlaku dan kini tidak boleh meletakkan kesalahan itu semata-mata kepada defendan kedua (pakar bedah ENT)," kata hakim itu.
Semua defendan telah memfailkan rayuan terhadap liabiliti dan kuantum.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 07 2024

Plaintif mengalami kerosakan otak selepas pembedahan di sebuah hospital pakar swasta, lapan tahun lalu. - Gambar hiasan

Remaja ditahan bakar gerabak kereta api di Yogyakarta
Pihak berkuasa Indonesia menahan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dari Jakarta yang disyaki membakar tiga gerabak kereta api di landasan Stesen Tugu, Yogyakarta.

Pelantikan Chong Wei sebagai duta sukan Johor mampu perkasa atlet muda - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh percaya pelantikan legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor mampu dimanfaatkan sepenuhnya.
Pemandu maut kemalangan dua kereta di Setiu
Kemalangan tragis di Kilometer 48 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu melibatkan dua kereta Proton Wira menyebabkan seorang pemandu maut di tempat kejadian, manakala dua lagi cedera.

Muhammad Irfan capai misi, rangkul perak di Australia
Muhammad Irfan melakukan catatan 60.00 meter (m) sekali gus mencapai misi diletakkannya sebelum bertanding pada saingan itu.

Herry akui misi Seluruh England 2025 gagal
Herry yang baharu memulakan tugas secara rasmi bulan lepas, mengakui keputusan mengecewakan itu antara pencapaian buruk sepanjang kariernya.

Penjawat awam wanita disaran ambil SKSSR - Presiden Cuepacs
Katanya, walaupun penjawat awam wanita menerima gaji dan bekerja sepanjang hari, mereka juga main peranan penting sebagai suri rumah.

Paus Francis sambut ulang tahun ke-12 sebagai ketua Vatican di hospital
Paus dimasukkan ke Hospital Gemelli selama 28 hari selepas mengalami jangkitan pernafasan pada Februari sebelum disahkan menghidap radang paru-paru.

Ismail Sabri keluar dari SPRM, hampir empat jam beri keterangan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi keterangan selama hampir empat jam di ibu pejabat SPRM, bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram.
AWANI Ringkas: Isu lulus kewarganegaraan kepada rakyat China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sosial media: Albania mula haramkan TikTok
Pengguna TikTok di Albania kini menghadapi kesukaran mengakses aplikasi popular itu selepas kerajaan melaksanakan larangan selama setahun bermula Khamis.

Meta disaman penerbit, penulis buku di Perancis disebabkan AI
Dalam kes yang masih dibicarakan, Meta mengaku gunakan karya penulis bersaiz sekurang-kurangnya 81.7TB yang dicetak rompak menerusi Torrent.

Saman sekolah selepas alami tekanan mental
Ortiz menyaman sekolah itu atas dakwaan pengabaian pendidikan yang menyebabkan tekanan emosi.

Kes saman Anwar terhadap Ahmad Amzad selesai secara baik
Saman itu berhubung dakwaan kenyataan berbaur fitnah bahawa Anwar berbohong menerima gaji RM1 ketika menjadi Penasihat Ekonomi Selangor.

New York saman pengedar vape jual e-rokok kepada kanak-kanak
New York pada Khamis menyaman beberapa pengedar rokok elektronik terbesar di negara itu, menuduh syarikat itu melanggar undang-undang negeri yang melarang penjualan vape kepada kanak-kanak.

Seseorang yang menyelamatkan negaranya tidak melanggar undang-undang - Trump
Trump menerima kritikan selepas menggunakan petikan yang diubah suai dan dikaitkan dengan maharaja Perancis yang menobatkan dirinya sendiri, Napoleon.

Op Selamat 23 catat penurunan kes kemalangan kematian di Selangor
Kadar kemalangan sepanjang Op Selamat 23 di Selangor sempena Tahun Baharu Cina mencatatkan penurunan 144 kes atau 6.8 peratus berbanding Op Selamat 21.

Data kanak-kanak British yang maut mungkin telah dipadamkan, kata ketua TikTok
Keluarga empat kanak-kanak itu telah memfailkan saman terhadap TikTok dan syarikat induknya, ByteDance, di Amerika Syarikat.

Pemilik Manchester United disaman New Zealand Rugby
All Blacks menuduh gergasi petrokimia itu enggan membayar ansuran bagi perjanjian enam tahun dan cuba 'berhenti tiga tahun lebih awal'.

Pengarah syarikat keselamatan didakwa pecah amanah wang lebih RM170,000
Seorang pengarah syarikat keselamatan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan pecah amanah wang syarikat lebih RM170,000, tiga tahun lepas.

Tiada pemandu kedua, JPJ saman 14 bas ekspres dan persiaran
JPJ Pulau Pinang memaklumkan kesalahan lain dikesan dalam operasi itu ialah tidak mengemas kini buku log dan kesalahan teknikal.