IPOH: Berkahwin dan tiada dokumen sah dikesan menjadi antara faktor penyumbang kepada isu keciciran murid sekolah di negeri ini, terutama bagi tahun 2018 sehingga 2021.
Faktor penyumbang lain adalah kemiskinan, masalah keluarga, masalah kesihatan, tidak berminat terhadap pelajaran, masalah disiplin, masalah pengangkutan ke sekolah, cacat, takut pergi ke sekolah, bekerja dan meninggal dunia.
Demikian dihuraikan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Saidi Mohammed Daud hari ini, memetik hasil dapatan kajian yang dijalankan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Bagaimanapun, katanya, tidak semua mereka tercicir daripada mengikuti persekolahan kerana sebahagian besar murid yang keluar daripada sistem persekolahan KPM akan meneruskan pembelajaran ke tempat lain.
Misalnya, ada antara mereka yang meneruskan pembelajaran ke sekolah pondok, sekolah antarabangsa atau sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM seperti madrasah.
Ada juga yang meneruskan pengajian di rumah atau mengikut keluarga berhijrah ke luar negara, tambahnya.
“Purata kadar keciciran yang direkodkan pada 2018 hingga 2021 bagi sekolah rendah di negeri Perak adalah antara 0.03 peratus dan 0.06 peratus.
“Manakala bagi sekolah menengah pula, peratus keciciran murid adalah sekitar 0.7 hingga 0.9, daripada jumlah keseluruhan murid tahun tersebut.
“Peratus yang dinyatakan ini adalah merangkumi murid di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, melalui rekod Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM),” katanya.
Ahmad Saidi berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Sandrea Ng (PH-Teja) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-14, di sini.
Dalam pada itu, Ahmad Saidi berkata, peraturan keciciran bagi Sekolah Murid Orang Asli (SMOA) mencatatkan 0.85 peratus pada 2018 berbanding 0.72 peratus pada 2019.
Katanya, apabila pandemik COVID-19 melanda, peratusan keciciran bagi SMOA pada 2020 mencatatkan 1.35 peratus manakala 0.82 peratus pada 2021.
Tambah beliau, kehadiran SMOA bagi tempoh sama direkodkan pada 90.15 peratus pada 2018, 91.4 peratus (2019), 87.16 peratus (2020) dan 90.28 peratus (2021).
“Justeru, bagi menangani isu keciciran dalam kalangan murid orang asli, beberapa inisiatif dan usaha dijalankan KPM.
"Antaranya, menyediakan pelbagai bantuan seperti pemberian buku teks secara percuma, Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan pembinaan asrama sekolah supaya semua kanak-kanak dapat bersekolah.
“Selain itu, KPM juga menyediakan biasiswa kepada murid daripada golongan berpendapatan rendah yang cemerlang iaitu Biasiswa Kecil Persekutuan," katanya.
Selain KPM, kata Ahmad Saidi, terdapat juga agensi lain yang menyediakan bantuan kepada murid daripada golongan berpendapatan rendah seperti Jabatan Kemajuan Hal Ehwal Orang Asli (JAKOA).
“Kerajaan negeri melalui Jabatan Pendidikan Negeri juga sentiasa berusaha mengurangkan kadar keciciran dengan mengadakan pelbagai program intervensi seperti Pelaksanaan Amalan Guru Penyayang, Pemantauan Kaunseling Berfokus dan Program Pembangunan Sahsiah Murid,” katanya lagi.
Amirrul Rabbani
Wed Mar 30 2022
![Keciciran murid: Berkahwin, tiada dokumen, antara faktor penyumbang Keciciran murid: Berkahwin, tiada dokumen, antara faktor penyumbang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/81644405670_PendidikanBUDGET.jpg)
Tidak semua mereka yang meninggalkan sekolah itu dianggap tercicir kerana sebahagian besarnya keluar daripada sistem persekolahan KPM untuk meneruskan pembelajaran di tempat lain. - Gambar hiasan
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39 Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739723174_MarshaMilanAJL.jpg)
Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39
Marsha Milan Londoh merangkul trofi Juara Lagu apabila lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik dihasilkan Ikhwan Fatanna mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37.
![JPN P.Pinang pergiat usaha tangani masalah keciciran murid JPN P.Pinang pergiat usaha tangani masalah keciciran murid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710154940_tbAbdulSaidHussain.jpg)
JPN P.Pinang pergiat usaha tangani masalah keciciran murid
Biarpun bilangan murid terlibat hanya sedikit dan tidak membimbangkan namun isu itu tetap perlu diberi perhatian serius.
![Kadar keciciran murid menunjukkan trend penurunan - Timbalan Menteri Kadar keciciran murid menunjukkan trend penurunan - Timbalan Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81680245628_TBTIMHUIYING.jpg)
Kadar keciciran murid menunjukkan trend penurunan - Timbalan Menteri
Antara sebab utama murid berhenti adalah tidak berminat ke sekolah, bekerja, masalah keluarga, berkahwin dan sukar ke sekolah disebabkan faktor jarak.
![RMK12: Sekolah model khas K11 kurangkan keciciran di Sabah, Sarawak RMK12: Sekolah model khas K11 kurangkan keciciran di Sabah, Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694407905_MuridSekolah.jpg)
RMK12: Sekolah model khas K11 kurangkan keciciran di Sabah, Sarawak
Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11) akan dibangunkan di Sabah dan Sarawak bagi mengurangkan kadar keciciran murid.
![Data keciciran murid NGO tidak tepat, sekolah rendah 0.07 peratus, menengah 0.99 peratus - KPM Data keciciran murid NGO tidak tepat, sekolah rendah 0.07 peratus, menengah 0.99 peratus - KPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61673600722_membacabacapelaj.jpg)
Data keciciran murid NGO tidak tepat, sekolah rendah 0.07 peratus, menengah 0.99 peratus - KPM
Sehingga Jun tahun lepas, kadar keciciran murid di seluruh negara pada peringkat sekolah rendah ialah sebanyak 0.07 peratus.
![Keciciran murid: Berkahwin, tiada dokumen, antara faktor penyumbang Keciciran murid: Berkahwin, tiada dokumen, antara faktor penyumbang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/81644405670_PendidikanBUDGET.jpg)
Keciciran murid: Berkahwin, tiada dokumen, antara faktor penyumbang
Antara faktor penyumbang lain adalah kemiskinan, masalah keluarga, masalah kesihatan dan tidak berminat terhadap pelajaran.
![Jabatan Pendidikan Melaka pantau isu keciciran murid sekolah Jabatan Pendidikan Melaka pantau isu keciciran murid sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/71614558958_SANDAKANmurid.jpg)
Jabatan Pendidikan Melaka pantau isu keciciran murid sekolah
Langkah itu bagi memastikan murid terlibat dapat dibantu dalam pelbagai aspek.