Kebuntuan berhubung perjanjian air antara kerajaan negeri Selangor dan Persekutuan akan merugikan rakyat dan mungkin menghantar isyarat yang salah berhubung usaha untuk meningkatkan ekonomi negara jika isu itu tidak diselesaikan segera.
Presiden Persatuan Air Malaysia, Ir. Syed Mohamad Adnan Mansor Alhabshi berkata kedua-dua pihak harus berunding dan menyelesaikan kemelut ini yang telah berlarutan selama tujuh tahun demi semua pihak yang berkepentingan.
"Ini tidak harus berlaku. Ia akan memberi impak besar kepada semua pihak. Ia melibatkan projek menaik taraf bekalan air, mengurangkan projek air tidak berhasil, kapasiti rawatan air dan projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat2.
"Kami juga bimbang mengenai bekalan air yang mungkin menjejaskan pelabur, mereka yang terlibat dalam projek perumahan, projek komersial dan kilang.
"Mereka banyak menanggung kerugian semasa catuan air tahun lepas. Bayangkan, sesetengah daripada mereka mengalami kerugian besar kerana catuan menjejaskan pengeluaran mereka. Sesetengah pelabur telah berpindah di luar Lembah Klang," kata beliau pada Selasa.
Dilaporkan semalam bahawa kerajaan negeri Selangor memutuskan untuk membatalkan perjanjian penstrukturan air dengan Putrajaya kerana menurut Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali, Kerajaan Persekutuan gagal mematuhi beberapa terma perjanjian yang ditandatangani kedua-dua pihak tahun lepas.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Ongkili hari ini berkata perjanjian penstrukturan air di Selangur terlupus kerana keengganan kerajaan negeri menangani tiga daripada lapan syarat dalam perjanjian utama dengan kerajaan persekutuan.
Sementara itu, presiden Penyelidikan Air dan Tenaga (Awer), S. Piarapakaran berkata ia merupakan langkah kurang bijak yang akan menyebabkan penangguhan Projek Bekalan Air Langat 2 bagi memenuhi permintaan air yang meningkat setiap tahun.
Piarapakaran yang melahirkan rasa kesal terhadap tindakan menteri besar itu, berkata isu yang dibangkitkan oleh Mohamed Azmin cuma perkara kecil yang boleh diatasi melalui perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan.
"Beliau perlu memahami bahawa bekalan air di Selangor hampir menyamai permintaan dan saya percaya jika kita melambatkan untuk menyiapkan projek Langat 2, bagaimana kita akan menghadapi satu lagi krisis air dalam masa terdekat?.
"Politik tolak ke tepi, lihat kepada kebaikan yang lebih besar, isu yang dibangkitkan dalam kenyataan menteri besar hari ini boleh diselesaikan, hanya duduk bersama dan berbincang untuk mencari penyelesaian yang lebih baik," kata Piarapakaran.
Sementara itu, Presiden Persatuan Air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya Aldric Loong Kim Yew juga melahirkan rasa tidak setuju terhadap keputusan Mohamed Azmin.
Beliau meramalkan bahawa pembatalan perjanjian itu akan memburukkan lagi masalah air di Lembah Klang.
Loong berkata lebih 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah lama berusaha keras dan menyuarakan dengan lantang supaya isu air di Lembah Klang ditangani untuk melihat penyelesaian yang positif.
"Bertahun-tahun kami menggesa kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Selangor duduk semeja bagi mencari penyelesaian jangka panjang berhubung isu air, dan apabila kedua-dua pihak bersetuju untuk melaksanakan Langat 2, ia satu rahmat.
"Bekalan air Selangor tidak mampu memenuhi permintaan yang meningkat dengan ketara, dan beliau (Mohamed Azmin) perlu tahu bahawa pertumbuhan ekonomi dan penduduk Selangor meningkat 3 peratus setiap tahun," kata Loong.
Projek Bekalan Air Langat 2 adalah sebahagian daripada Skim Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor kerana air mentah akan disalurkan ke Langat 2 dari Sungai Semantan di Pahang melalui terowong pemindahan apabila air akan dirawat dan disalurkan ke Lembah Klang.
Ia merupakan komponen utama Skim Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor untuk merawat 2,260 juta liter air mentah sehari yang disalurkan dari Sungai Semantan di Pahang ke Sungai Langat untuk memenuhi permintaan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 2025.
Projek Langat 2, yang menelan belanja kira-kira RM3 bilion, dijangka siap sepenuhnya menjelang 30 April 2017.
Bernama
Wed Mar 11 2015
Kebuntuan berhubung perjanjian air antara kerajaan negeri Selangor dan Persekutuan akan merugikan rakyat. - Gambar Hiasan
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.
Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.
Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.
Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.
Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.
Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.
Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.
Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.
Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?
Ramai salah anggap, samakan plak dengan makanan yang tertinggal dalam mulut, sedangakan ia adalah benda yang bebeza.
Kerja penyenggaraan berjadual pastikan bekalan air berterusan - Air Selangor
Kerja-kerja penyenggaraan secara berjadual untuk beberapa aset utama Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), akan dilaksanakan pada tahun ini bagi memastikan pengguna mendapat perkhidmatan bek