KUALA LUMPUR: Tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dalam kalangan murid dan pelajar sekolah adalah pada tahap sederhana, menurut Kementerian Pendidikan (KPM).
Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini kementerian itu memaklumkan bahawa dapatan itu diperoleh hasil Kajian Keberkesanan Pelaksanaan Home-based Learning yang dibuat secara dalam talian yang memberi tumpuan kepada PdPR semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Skop kajian meliputi aspek pelaksanaan PdPR dalam tempoh Mac hingga Julai tahun lepas merangkumi pendekatan, kaedah, strategi, aplikasi dan peralatan yang digunakan, selain penjadualan PdPR, penyusunan semula Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) dan pentaksiran yang melibatkan 13,156 pentadbir sekolah; 39,967 guru; 52,413 murid; dan 59,624 ibu bapa/penjaga.
"Dapatan kajian menunjukkan penglibatan murid di bandar dalam PdPR secara dalam talian adalah 59.3 peratus berbanding 51.4 peratus murid di luar bandar. Bagi RPT pula 46.2 peratus guru di bandar mencapai sasaran pelaksanaan berbanding dengan 39.1 peratus guru di luar bandar.
"51.2 peratus murid berasa tertekan semasa pembelajaran di rumah... daripada kumpulan itu 48.9 peratus murid menyatakan tertekan kerana interaksi yang terhad dengan guru, manakala 55.0 peratus murid tertekan disebabkan interaksi terhad dengan rakan-rakan dan 53.4 peratus pula tertekan disebabkan kurang bimbingan dalam sesi pembelajaran," katanya dalam jawapan yang disiarkan di laman web Parlimen Malaysia hari ini.
Jawapan oleh KPT itu merujuk kepada soalan Rubiah Wang (GPS-Kota Samarahan) yang meminta Menteri Kanan Pendidikan menyatakan pencapaian sistem PdPR sepanjang tempoh Pandemik COVID-19 dari segi penerimaan dan pencapaian pelajar, aduan guru dan maklum balas ibu bapa.
Menurut kementerian itu 56.6 peratus murid berjaya melibatkan diri secara aktif dalam sesi PdPR, manakala 66 peratus ibu bapa atau penjaga bersetuju kaedah PdPR berkesan untuk pembelajaran anak mereka.
Pada suku pertama tahun ini, KPM turut menjalankan Tinjauan Pelaksanaan PdPR melibatkan 500 sekolah melalui pemerhatian terhadap PdPR yang dilaksanakan dalam talian atau gabungan dalam dan luar talian.
Sebanyak 1,053 pemerhatian terhdap Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) guru melalui kehadiran Nazir Sekolah dalam kelas PdPR mendapati 97.4 peratus berjaya membimbing murid memahami isi, konsep dan fakta yang diajar.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 20 2021
Tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dalam kalangan murid dan pelajar sekolah adalah pada tahap sederhana, menurut Kementerian Pendidikan (KPM). - Gambar hiasan/BERNAMA
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Banjir: PdPR diteruskan, pastikan pelajar tidak keciciran - Fadhlina
Fadhlina berkata pihak sekolah sememangnya bersedia untuk melaksanakan kaedah PdPR termasuk menyediakan bahan kepada pelajar.
Banjir: Lapan sekolah di Perlis ditutup esok, pelajar belajar secara PdPR
Rose Aza berkata keputusan untuk menutup sekolah itu diambil bagi memastikan keselamatan pelajar dan guru terjamin.
Tiga sekolah di Kempas laksana PDPR akibat pencemaran bau
SK Kampung Maju Jaya, Sekolah Rendah dan Menengah Islam Hidayah ditutup hari ini akibat pencemaran bau.
Sekolah di Pulau Pinang dibenar PdPR sepanjang gangguan bekalan air
Namun bagi pelajar Tingkatan Lima dan Kolej Pra-Universiti, mereka akan menjalani pembelajaran seperti biasa di sekolah kerana peperiksaan yang telah dijadualkan.
Banjir: Dua sekolah di Pekan laksana PdPR esok
Dua sekolah di daerah Pekan akan meneruskan sesi pembelajaran melalui keadah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bermula Selasa.
PdPR hanya dilaksana apabila sekolah ditutup, bacaan IPU lebih 200 - Fadhlina
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) hanya akan dilaksanakan apabila sekolah ditutup dan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek
Banjir: Sesi persekolahan tidak tangguh, KPM beri kelonggaran PdPR
Kementerian beri perhatian khusus baik pulih semua sekolah yang terjejas akibat banjir dalam tempoh dua minggu sebelum sesi bermula.
Tiada lagi penggiliran, sekolah sesak sejak awal pagi namun keadaan teratur, terkawal
Keadaannya hampir sama ketika zaman sebelum pandemik, cuma kali ini ia lebih teratur dan mengikut prosedur operasi standard ditetapkan.
JENDELA bantu lancarkan PdPR di pedalaman Selangor
Melalui JENDELA, beberapa lokasi struktur menara komunikasi sedia ada telah dinaik taraf daripada teknologi 2G kepada 4G.
Murid pulang bercuti Tahun Baharu Cina tidak dibenar kembali ke asrama
KPM membuat ketetapan itu sebagai usaha mengawal jangkitan COVID-19 serta melindungi calon Sijil Pelajaran Malaysia.